Ikutlah Aku
11–17 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik’ yang Akan Datang


“11–17 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik’ yang Akan Datang” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Imej
Melkisedek sedang memberi satu berkat kepada Abram

Melchizedek Blesses Abram, oleh Walter Rane

11–17 November

Ibrani 7–13

“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik” yang Akan Datang”

Ketika anda membaca Ibrani 7–13, renungkan apa pesanan Tuhan bagi Orang Suci Ibrani. Juga kaji pesanan-pesanan-Nya kepada anda dan kepada mereka yang anda ajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sebelum kelas, jemput beberapa ahli kelas datang bersedia untuk kongsikan ayat-ayat daripada Ibrani 7–13 yang telah membantu mereka “hampiri [kepada Tuhan] dengan hati yang tulus dan iman yang teguh” (Ibrani 10:22).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ibrani 7:1–22

Hidup layak untuk perjanjian dan berkat Imamat Melkisedek membawa ke permuliaan.

  • Satu cara untuk mengkaji bab ini adalah dengan menjemput ahli-ahli kelas tuliskan di atas papan tulis beberapa penyataan benar mengenai Imamat Melkisedek (untuk idea-idea, mereka boleh baca “Melchizedek Priesthood” dalam True to the Faith,101–2). Kemudian mereka boleh mencari dalam Ibrani 7:1–22 untuk frasa yang menyokong penyataan di atas papan tulis. Mereka juga boleh gunakan Panduan Tulisan Suci untuk mencari ayat-ayat suci sokongan yang lain.

  • Dalam Ibrani 7:11 Paulus telah bertanya, “Jika apa yang dilakukan imam-imam suku Lewi dahulu itu sempurna, maka [mengapa] perlu ada imam lain seperti Imam Melkisedek, yang bukan keturunan Imam Harun?” Dalam kata lain, mengapa kita memerlukan Imamat Melkisedek bersama Imamat Harun? Ahli-ahli kelas mungkin boleh cari jawapan dalam Teguh pada Iman, “Imamat Harun” dan “Imamat Melkisedek.” Anda juga mungkin jemput mereka untuk pertimbangkan berkat-berkat yang kita peroleh akibat dua imamat tersebut (lihat juga petikan dari Sister Sheri L. Dew dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah ahli-ahli kelas mengalami berkat-berkat ini?

Ibrani 8–10

Tatacara Injil silam dan moden merujuk kepada Yesus Kristus.

  • Walaupun kita tidak mempersembahkan pengorbanan binatang, kita mengambil serta dalam tatacara Injil hari ini yang, secara samanya, mengarahkan jiwa kita ke Kristus dan menyediakan “cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita” (David A. Bednar, “Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 60). Anda mungkin dapat mengkaji bersama beberapa butiran tatacara Injil silam yang dijelaskan dalam Ibrani 8–10 dan lambang maksudnya. Contohnya, apakah darah lembu dan kambing mewakili? (lihat Ibrani 9:13–14). Siapakah yang diwakili oleh imam tinggi itu? (lihat Ibrani 9:24–26). Video “Sacrifice and Sacrament” (LDS.org) boleh membantu. Bagaimanakah tatacara Injil moden memberkati kita dan membantu mengarahkan kita ke Yesus Kristus? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membuat tatacara Injil tersebut lebih bermakna dan lebih berpusat kepada Juruselamat?

Ibrani 10:34–3811

Iman memerlukan kepercayaan dalam janji-janji Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham ajaran Paulus tentang iman, anda mungkin bermula dengan meminta mereka memikirkan bagaimana mereka menjelaskan iman dalam satu ayat. Kemudian, baca dan bincangkan bersama kelas definisi yang Paulus telah berikan dalam Ibrani 11:1. Anda kemudian boleh bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil dan tugaskan setiap kumpulan untuk mengkaji salah seorang yang disebut dalam Ibrani 11. Ahli-ahli kelas boleh gunakan Panduan Tulisan Suci untuk mengkaji semula pengalaman seseorang dalam Perjanjian Lama, dan kemudian satu wakil dari setiap kumpulan boleh kongsikan dengan kelas apa yang dijumpai oleh kumpulan itu. Bagaimanakah orang tersebut faham apa yang mereka rasai ialah “yakin … akan perkara-perkara yang diharapkan”? (Terjemahan Joseph Smith, Ibrani 11:1). Apakah lagi contoh-contoh orang beriman yang ahli-ahli kelas boleh kongsikan? Bilakah kita melatihkan keimanan terhadap janji-janji yang belum dimakbulkan?

  • Ia mungkin seronok untuk mencipta satu permainan yang membantu ahli-ahli kelas belajar tentang iman daripada Ibrani 11. Contohnya, anda boleh bahagikan kelas ke dalam dua kumpulan dan tanyakan soalan-soalan berkenaan iman yang akan dijawab dalam Ibrani 11 (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk contoh). Kumpulan pertama yang peroleh jawapan yang disokong oleh ayat suci menerima satu markah. Minta ahli-ahli kelas untuk bincangkan apa yang mereka belajar daripada ayat-ayat tersebut yang membantu mereka memahami iman dengan lebih baik.

  • Selepas mengkaji ajaran-ajaran Paulus dalam Ibrani 10:34–3811, adakah ahli-ahli kelas peroleh faedah daripada pelajaran mengenai iman daripada sumber-sumber lain? Anda boleh menugaskan beberapa ahli kelas sebelum ini untuk mengkaji satu soalan mengenai iman seperti berikut: Apakah itu iman? Bagaimanakah kita membina keimanan? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita melatih keimanan kita? Apakah yang akan berlaku apabila kita memilih untuk tidak melatih keimanan kita? Kemudian, di dalam kelas, mereka boleh kongsikan apa yang mereka telah pelajari. Atau anda boleh menjemput ahli-ahli kelas bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari jawapan. Terdapat sumber-sumber yang mereka boleh gunakan termasuklah Alma 32:21–43; Eter 12; “Faith in Jesus Christ,” Gospel Topics, topics.lds.org; dan Panduan Tulisan Suci, “Iman.” Setelah ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka telah pelajari, minta mereka bayangkan apa yang mereka mungkin lakukan untuk memperkuatkan keimanan mereka. Jemput beberapa ahli kelas untuk kongsikan pendapat mereka.

  • Nasihat kepada Orang suci Ibrani yang tergoda untuk “tidak percaya” dari kepercayaan mereka mungkin bernilai bagi ahli-ahli kelas yang sedang bergelutan dengan kesaksian mereka. Untuk meneroka nasihat ini, ahli-ahli kelas boleh bacakan Ibrani 10:34–38 dan penyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Mengapakah orang di dunia hari ini mencampakkan keyakinan mereka (lihat Ibrani 10:35) terhadap Tuhan dan Injil-Nya? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membina dan mengekalkan keimanan dan keyakinan untuk “menerima janji [Tuhan]”? (Ibrani 10:36). Video-video “Good Things to Come” dan “An High Priest of Good Things to Come” (LDS.org) boleh menjadi tambahan pada perbincangan ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Ahli-ahli kelas mungkin biasa dengan pengalaman Joseph Smith membaca Yakobus 1:5, yang mendorong ke Penglihatan Pertama. Jemput mereka untuk beri perhatian kepada pemahaman baru tentang Yakobus 1:5 apabila mereka membacanya minggu ini dengan pesanan Yakobus yang lebih luas.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Ibrani 7–13

Soalan berkenaan iman dari Ibrani 11.

  • Bagaimanakah Ibrani 11 mendefinisikan keimanan? (lihat ayat 1).

  • Apakah yang iman benarkan Habel lakukan? (lihat ayat 4).

  • Mengikut Ibrani 11, apakah yang mustahil untuk dilakukan tanpa keimanan? (lihat ayat 6).

  • Apakah iman ilham yang dicarikan oleh Abraham? (lihat ayat 10).

  • Apakah yang Ishak lakukan dengan keimanannya? (lihat ayat 20).

  • Apakah yang iman mengilhami Musa untuk lepaskan? (lihat ayat 24–27).

Berkat Imamat Melkisedek adalah untuk semua orang.

Sister Sheri L. Dew, penasihat Lembaga Pertolongan Presidensi Umum sebelumnya, telah berkata: “Berkat-berkat imamat wujud untuk semua lelaki dan wanita yang soleh. Kita semua boleh menerima Roh Kudus, wahyu peribadi, dan dianugerahkan di bait suci, di mana kita muncul “bersenjata” dengan kuasa. Kuasa imamat menyembuh, melindungi, dan menyuntik segala kesolehan terhadap kuasa kegelapan” (“It Is Not Good for Man or Woman to Be Alone,” Ensign, Nov. 2001, 13).

“Jangan buangkan keyakinan anda [Janganlah putus harapan] …”

Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Pastinya ia susah—sebelum anda menyertai Gereja, ketika anda cuba untuk menyertai, dan selepas anda turut serta. Itulah caranya bertahun lama, Paulus berkata, tetapi janganlah balik. Jangan panik dan mengundur diri. Jangan kehilangan keberanian anda. Jangan lupa bagaimana anda merasainya satu-satu kali. Jangan sangsi pengalaman yang anda pernah rasai. …

“Dengan apa pun keputusan terdapatnya bahaya dan pertimbangan yang perlu di lakukan, namun apabila penerangan telah berlaku, berhati-hatilah godaan untuk mengundur daripada satu perkara yang baik. Jika ia sebaik sahaja selepas anda berdoa dan percayainya dan hidup baginya, sekaranglah masanya. Jangan putus asa apabila tekanan meningkat. … Hadapi keraguan anda. Kuasai ketakutan anda. ‘Jangan buangkan keyakinan anda.’ Kekal pada jalan dan lihat keindahan hidup terbuka kepada anda” (“Cast Not Away Therefore Your Confidence,” Ensign, Mei. 2000, 6–11).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan tulisan suci terdahulu. Tulisan suci haruslah menjadi sumber utama bagi pengkajian dan persediaan anda. Kata-kata nabi moden boleh melengkapkan tulisan suci standard kita (lihat Teaching in the Savior’s Way, 17).

Cetak