“18–24 November. Yakobus: ‘Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“18–24 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
18–24 November
Yakobus
“Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja”
Sebelum membaca rangka panduan ini, baca Surat Yakobus dan beri perhatian kepada dorongan yang anda terima. Apakah asas yang anda dapati yang akan memberkati dan meneguhkan ahli-ahli kelas anda? Rujuk rangka panduan ini untuk idea pengajaran tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat dari Yakobus yang mengilhami mereka untuk “lakukan apa yang difirmankan” (Yakobus 1:22). Sekiranya ia tidak terlalu peribadi, mereka juga boleh berkongsi apa yang mereka rasa mereka perlu lakukan secara individu atau sebagai keluarga.
Mengajar Ajaran
Apabila kita meminta dengan iman, Tuhan memberikan dengan murah hati.
-
Asas-asas yang diajarkan dalam Yakobus 1:5–6 membawa Joseph Smith ke pengalaman rohani yang mengubah hidup, dan mereka dapat memberkati setiap daripada kita dalam beberapa cara. Mungkin anda boleh menulis soalan seperti berikut di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk merenungkannya dengan senyap: Apakah pengaruh Yakobus 1:5–6 dalam hidup anda? Apakah yang pengalaman Joseph Smith dengan ayat-ayat ini mengajarkan anda tentang mencari kebijaksanaan tentang soalan anda sendiri? (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:10–17). Apakah pengalaman yang mengajar anda bahawa “kesaksian Yakobus [adalah] benar”? (Joseph Smith—Sejarah 1:26). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pendapat mereka setelah memikirkan soalan-soalan ini.
-
Mungkin ahli kelas boleh menyatakan James 1:5–6 dengan kata-kata mereka sendiri. Bagaimanakah ini membantu mereka memahami ayat-ayat ini dengan lebih baik?
-
Untuk membantu ahli kelas mengingati bahawa Tuhan telah berjanji untuk memberikan dengan murah hati kepada anak-anak-Nya ketika mereka mendekati-Nya dalam doa, minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman di mana janji dalam Yakobus 1:5–6 ditunaikan dalam hidup mereka. Apakah yang mereka pelajari apabila mereka telah meminta Bapa Syurgawi untuk mengesahkan soalan mereka sendiri tentang kebenaran Injil?
Kesabaran untuk bertahan membawa kepada kesempurnaan.
-
Untuk memulakan perbincangan tentang ajaran Yakobus mengenai kesabaran dalam ayat-ayat ini, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman ketika mereka harus bersabar dan apa yang mereka pelajari dari pengalaman itu. Kemudian mereka boleh mencari Yakobus 1:2–4; 5:7–11 untuk asas-asas yang mereka boleh gunakan untuk pengalaman mereka. Mereka juga mungkin mencari prinsip yang sesuai dalam video “Continue in Patience” (LDS.org) atau pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Continue in Patience” (Ensign atau Liahona, Mei 2010, 56–59). Mengapa kesabaran diperlukan apabila kita berusaha mencapai kesempurnaan? Apakah yang telah membantu ahli-ahli kelas membangunkan kesabaran dalam kehidupan mereka?
“Iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia.”
-
Salah satu cara untuk membincangkan ajaran Yakobus mengenai iman dan perbuatan adalah dengan membahagikan kelas anda kepada dua kumpulan—satu kumpulan meneroka mengapa iman memerlukan tindakan dan kumpulan lain meneroka mengapa tindakan kita memerlukan iman. Untuk melakukan ini, mereka boleh membaca Matius 7:21–23; Yakobus 1:6–8, 21–25; 2:14–26; dan Joseph Smith—Sejarah 1:19. Kemudian setiap kumpulan boleh berkongsi apa yang mereka jumpa dan membincangkan mengapa kedua-dua iman dan perbuatan diperlukan.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan lebih mendalam frasa yang tidak dapat dilupakan “Iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia” (Yakobus 2:26), anda boleh menulis ayat berikut di papan tulis: Iman tanpa perbuatan adalah seperti tanpa . Jemput ahli-ahli kelas untuk berfikir tentang cara kreatif untuk menyelesaikan ayat tersebut, dan biarkan mereka menulis idea mereka di papan tulis. Mereka mungkin juga mendapat manfaat dari melakukan aktiviti ini secara berpasangan atau kumpulan kecil. Cerita oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh menambah pemahaman mereka tentang asas ini. Apakah yang boleh kita lakukan untuk terus bertindak atas iman kita kepada Yesus Kristus?
Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita harus mengasihi semua orang, tanpa mengira keadaan mereka.
-
Untuk membantu mengilhami ahli-ahli kelas untuk menunjukkan kasih Kristus kepada semua orang tanpa mengira keadaan atau penampilan orang lain, anda boleh meminta ahli-ahli kelas bergilir membaca ayat-ayat dari Yakobus 1:9–11; 2:1–10; 5:1–6. Bincangkan soalan seperti yang berikut: Apakah maksudnya “menghormati orang”? (Yakobus 2:9). Mengapakah kita kadang-kadang melayani orang yang mempunyai wang, kemasyhuran, atau kuasa berbeza daripada mereka yang tidak mempunyainya? Bagaimanakah kita boleh mengelak dari melayani orang lain secara berbeza berdasarkan keadaan mereka? Dalam cara apakah yang pengikut beriman Juruselamat benar-benar yang terkaya? (lihat Yakobus 2:5).
Kata-kata yang kita gunakan mempunyai kuasa untuk menyakiti atau memberkati orang lain.
-
Gambaran yang berkuasa yang Yakobus gunakan dapat memberikan peringatan dan motivasi berguna untuk menggunakan kata-kata—yang diucapkan dan ditulis—untuk mengangkat orang lain. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mengimbas Yakobus 3 mencari gambaran yang menggambarkan bagaimana bahasa digunakan untuk menyakiti atau memberkati orang lain; sesetengah ahli kelas mungkin menikmati melukiskan gambar-gambar ini. Bagaimanakah gambar ini menggambarkan arahan Yakobus dalam bab ini? Contohnya, bagaimanakah kata-kata kita seperti api? Gambar apakah yang boleh difikirkan oleh ahli-ahli kelas untuk menunjukkan kekuatan positif yang boleh dimiliki oleh bahasa? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan bagaimana mereka boleh menggunakan nasihat Yakobus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca 1 dan 2 Peter, jemput mereka untuk mencari ajaran ajaran dalam surat-surat ini yang lebih difahami kerana Pemulihan injil. Bagaimanakah ajaran-ajaran ini memberi kesaksian tentang misi nabi Joseph Smith?
Sumber-sumber Tambahan
Iman dan tindakan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:
“Terdapat suatu kisah Yahudi tentang seorang pembuat sabun yang tidak percaya kepada Tuhan. Satu hari semasa dia berjalan kaki bersama seorang rabbi, dia berkata, “Ada sesuatu yang saya tidak dapat faham. Kita ada agama untuk beribu-ribu tahun. Tetapi di mana-mana kamu melihat ada kejahatan, kebinasaan, ketidakjujuran, ketidakadilan, kesakitan, kelaparan, dan keganasan. Kelihatannya agama tidak memperbaiki dunia sama sekali. Jadi saya menanya kamu, apa gunanya?”
“Rabbi tidak menjawab untuk satu masa tetapi terus berjalan kaki dengan pembuat sabun. Akhirnya mereka menghampiri taman permainan di mana kanak-kanak, diliputi dengan debu, tengah bermain di dalam tanah.
“Ada sesuatu yang saya tidak faham,” rabbi berkata. “Pandanglah kanak-kanak itu. Kita ada sabun untuk beribu-ribu tahun, tetapi kanak-kanak itu masih kotor. Apa guna sabun?”
“Pembuat sabun menjawab, ‘Tetapi rabbi, tidak adilnya untuk menyalahkan sabun disebabkan kanak-kanak kotor ini. Sabun perlu digunakan sebelum ia boleh mencapai tujuannya.’
“Rabbi senyum dan berkata, ‘Tentulah.’ (“Orang Benar akan Hidup Oleh Iman,” Ensign atau Liahona, Apr. 2017, 4).