Ikutlah Aku
28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya’


“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

tiga wanita berdiri di luar bait suci

28 Oktober–3 November

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”

Baca 1 dan 2 Timotius; Titus; dan Filemon dengan memikirkan ahli-ahli kelas anda. Fikiran dan tanggapan yang datang akan membantu anda mengarah ahli-ahli kelas ke ayat suci yang berpatutan dan membawa Roh ke dalam bilik kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ia mungkin dapat membantu bagi ahli-ahli kelas mendengar kejayaan dan cabaran satu sama lain ketika mengkaji tulisan suci, secara individu dan bersama keluarga. Pertimbangkan untuk mulakan kelas anda dengan menjemput ahli-ahli kelas berkongsikan apa yang baik dalam pengajian tulisan suci mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

1 dan 2 Timotius; Titus

Memahami ajaran yang benar akan membantu kita mengelakkan daripada tertipu.

  • Ahli-ahli kelas anda kini hidup dalam zaman di mana banyak ajaran palsu diajarkan. Timotius dan Titus juga hidup dalam zaman seperti itu, jadi mungkin nasihat Paulus kepada mereka dapat memberi faedah kepada ahli-ahli kelas anda. Beberapa ayat yang mengandungi nasihat Paulus boleh didapati dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda boleh menugaskan setiap ahli kelas untuk membaca salah satu ayat tersebut dan kongsikan apa yang dia belajar tentang kepentingan ajaran yang benar (lihat juga Alma 31:5).

1 Timotius 4:10–16

Jika kita “teladan bagi semua orang yang percaya,” kita boleh membimbing mereka yang lain ke Juruselamat dan Injil-Nya.

  • Mungkin ahli-ahli kelas anda tidak menyedari kuasa teladan baik yang mereka tunjukkan. Pertimbangkan untuk jemput mereka berkongsi tentang orang yang mereka kenali, termasuk rakan ahli kelas, yang telah menjadi teladan pengikut Kristus. Ia mungkin membantu perbincangan itu jika anda senaraikan di atas papan tulis kata-kata dari ayat 12 yang menghuraikan bagaimana kita harus menjadi teladan—percakapan, kelakuan (juga bermaksud tingkah laku), kasih ihsan, roh, kepercayaan, dan suci. Ahli-ahli kelas boleh bincangkan bagaimana kita boleh menjadi teladan bagi semua orang yang percaya dalam setiap cara tersebut.

2 Timotius 1

“Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.”

  • Dalam rangka panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, ahli-ahli kelas anda dijemput melihat 2 Timotius untuk nasihat Paulus beri kepada Timotius bagi memberi galakkan kepada dia dalam pelayanan dia. Minta ahli-ahli kelas kongsikan sebarang pemahaman yang mereka peroleh, atau mungkin anda boleh berikan mereka beberapa minit untuk mencari dan berkongsikan beberapa nasihat Paulus (bab 1 mengandungi beberapa contoh yang baik). Mereka juga boleh kongsikan satu pengalaman di mana Tuhan telah membantu mereka mengatasi ketakutan dan memberi mereka “roh … kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri” (2 Timotius 1:7).

2 Timotius 3

Mengkaji tulisan suci dapat membantu kita menangani bahaya hari-hari terakhir.

  • Selepas memberi amaran kepada Timotius tentang “banyak kesusahan” yang akan datang, Paulus memberi saksi kuasa dan kepentingan tulisan-tulisan suci (lihat 2 Timotius 3:1, 14–17). Untuk memulakan satu perbincangan tentang kepentingan tulisan-tulisan suci di masa yang susah, anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula huraian bahaya hari-hari terakhir Paulus yang didapati dalam 2 Timotius 3:1–7. Kemudian mereka boleh mencari atau kongsikan ayat suci yang telah membantu melindungi mereka daripada kesusahan seperti tersebut (beberapa contoh telah disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah kajian tulisan suci melindungi kita daripada masalah dunia hari ini?

  • Mengkaji nasihat Paulus berkenaan kuasa tulisan suci boleh menjadi satu peluang bagi ahli-ahli kelas menggalakkan satu sama lain dalam usaha mereka untuk mengkaji firman Tuhan. Mungkin ahli-ahli kelas juga boleh membaca 2 Timotius 3:14–17 dan kenal pasti berkat-berkat dan perlindungan yang datang daripada pengajian tulisan-tulisan suci. Kemudian mereka boleh kongsikan ketika berkat-berkat tersebut disempurnakan dalam kehidupan mereka akibat pengkajian kitab suci mereka. Anda juga boleh berikan beberapa ketika bagi ahli-ahli kelas renungkan apa yang mereka boleh lakukan untuk peroleh pengalaman yang bermakna bersama tulisan suci, secara individu dan juga secara seluruh keluarga.

Filemon

Pengikut-pengikut Kristus mengampuni satu sama lain.

  • Sebelum anda memulakan satu perbincangan tentang Surat kepada Filemon, anda mungkin boleh tanyakan seorang ahli kelas untuk kongsikan beberapa maklumat tentang Filemon dan pekerjanya Onesimus (terdapat satu deskripsi ringkas dalam rangka panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Kemudian anda boleh bahagikan kelas kepada dua kumpulan dan berikan setiap kumpulan satu daripada soalan berikut: Apakah persamaan yang anda perhati di antara apa yang Paulus bersedia untuk lakukan bagi Onesimus dan apa yang Juruselamat dengan sukacitanya lakukan untuk kita? Walaupun ia mungkin susah bagi Filemon untuk mengampuni hambanya yang telah melarikan diri, bagaimanakah Injil Yesus Kristus membuatkan pengampunan itu lebih senang? Selepas kumpulan-kumpulan kongsikan apa yang mereka pelajari, pertimbang untuk jemput ahli-ahli kelas kongsikan ayat-ayat suci atau pengalaman yang telah membantu mereka memahami pengampunan dengan lebih. Pesanan Elder Kevin R. Duncan dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin membantu dalam perbincangan ini.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas membaca Surat kepada Bangsa Ibrani, tanyakan jika mereka kenal seseorang yang berasa bahawa Tuhan renggang, tidak bersifat peribadi, atau tidak dapat didekati. Beritahu bahawa mereka akan mendapati ayat-ayat dalam Ibrani 1–6 yang boleh dikongsi dengan seseorang untuk menunjukkan Tuhan Bapa dan Yesus Kristus Makhluk berbelas kasihan yang ingin membantu apabila kita menderita.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

Nasihat Paulus berkenaan ajaran yang benar.

Tulisan suci yang melindungi kita daripada bahaya hari-hari terakhir dihuraikan dalam 2 Timotius 3:2.

Bahaya Hari-hari terakhir

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Bahaya Hari-hari terakhir

Pencinta diri sendiri

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Yohanes 15:12–13

Bahaya Hari-hari terakhir

Tamak

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 88:123

Bahaya Hari-hari terakhir

Bercakap besar

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Mosia 2:24-25

Bahaya Hari-hari terakhir

Sombong

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Alma 5:27-28

Bahaya Hari-hari terakhir

Mereka yang menghina Tuhan

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 63:64

Bahaya Hari-hari terakhir

Tidak menghormati ibu bapa

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Efesus 6:1–3

Bahaya Hari-hari terakhir

Tidak bersyukur

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 78:19

Bahaya Hari-hari terakhir

Tidak suci

Tulisan Suci Yang Melindungi Kita

Ulangan 7:6

Salap menyembuh Korban Tebusan Juruselamat membantu kita mengampuni orang.

Elder Kevin R. Duncan telah mengajar:

“Tiada seorang pun yang tidak akan, pada satu masa, menjadi mangsa tindakan cuai orang lain, kelakuan yang melukakan, atau tingkah laku yang berdosa. Itulah satu-satunya perkara yang kita semua kongsi.

“Syukurnya, Tuhan, kerana kasih-Nya dan rahmat untuk anak-anak-Nya, telah menyediakan jalan untuk membantu mengemudi kita dalam pengalaman hidup yang kadangkala susah. Dia telah menyediakan jalan keluar untuk semua yang menjadi mangsa perbuatan jahat orang lain. Dia telah mengajar kita supaya kita boleh mengampuni! …

“Bertahun lalu, ketika sedang membaiki sebuah pagar, satu serpihan kayu kecil memasuki jari saya. Saya cuba mengeluarkan serpihan itu dan terfikir ia telah pun keluar, tetapi sebenarnya tidak. Masa pun berlalu, dan kulit baru tumbuh menutupi serpihan itu, menghasilkan satu benjolan pada jari saya. Ia sangat menjengkelkan dan kadangkala menyakitkan.

“Bertahun kemudian saya akhirnya membuat keputusan untuk bertindak. Saya hanya mengaplikasikan salap pada benjolan itu dan menutupkannya dengan sebuah pembalut. Saya mengulangi proses ini dengan kerap. Pada satu hari saya terkejut, ketika membuka balutan, serpihan kayu itu telah timbul dari jari saya.

“Salap itu telah melembutkan kulit dan membentuk jalan keluar untuk perkara yang telah menyebabkan kesakitan selama beberapa tahun. Setelah serpihan itu dikeluarkan, jari itu sembuh dengan cepat, dan kini, tiada bukti kecederaan apa pun.

“Secara yang sama, hati yang tidak mengampuni mengandungi banyak kesakitan yang tiada gunanya. Apabila kita mengaplikasikan salap penyembuhan Korban Tebusan Juruselamat, Dia akan melembutkan hati kita dan membantu kita untuk berubah. Dia boleh menyembuh jiwa yang tercerdera (lihat Yakub 2:8)” (“Salap Penyembuhan Pengampunan,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 33).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Perkembangan rohani berlaku di rumah. Anda hanya bersama ahli-ahli kelas buat masa yang pendek setiap hari Ahad. Sepanjang minggu itu, ramai mengalami pengalaman rohani yang bermakna. Tanyakan soalan-soalan yang menggalakkan mereka untuk kongsikan apa yang mereka telah belajar di luar kelas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 18.)