Perjanjian Baru 2023
13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6: “Berbahagialah Kamu”


“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Yesus mengajar di atas gunung

Jesus Preaching Sermon on the Mount [Yesus Berkhutbah di atas Gunung], oleh Gustave Doré

13–19 Februari

Matius 5; Lukas 6

“Berbahagialah Kamu”

Catatkan tanggapan anda apabila anda mengkaji Matius 5 dan Lukas 6. Wahyu akan datang apabila anda berusaha memenuhi keperluan kelas anda.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Presiden Joseph Fielding Smith berkata bahawa Khutbah di atas Bukit adalah “khutbah terbesar yang pernah dikhutbahkan, sejauh yang kita ketahui” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Fielding Smith [2013], 234). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang mengapa ini benar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 5:1–12

Kegembiraan yang kekal datang dari mematuhi ajaran Yesus Kristus.

  • Dalam Khutbah di atas Bukit, Juruselamat menjemput para pengikut-Nya untuk memikirkan semula apa yang dimaksudkan untuk menjalani kehidupan yang diberkati—kehidupan kegembiraan yang berpanjangan. Untuk memulakan perbincangan mengenai kebahagiaan berpanjangan, anda boleh meminta ahli-ahli kelas berkongsi apa yang membuat mereka bahagia. Menurut Matius 5:1–12, apakah yang Yesus katakan membuat seseorang “diberkati,” atau bahagia secara abadi? Bagaimanakah ajaran Yesus berbeza dari cara lain yang orang cuba untuk mencari kebahagiaan?

  • Pertimbangkan untuk menyenaraikan di papan tulis beberapa sifat atau kualiti dari ayat 3–12, seperti “suci hati” atau “pendamai.” Kemudian jemput ahli-ahli kelas untuk mencadangkan pertentangan bagi setiap istilah. Apakah yang kita pelajari tentang sifat-sifat ini dengan mempertimbangkan pertentangan mereka? Minta ahli-ahli kelas renungkan apa yang mereka boleh ubah untuk menjadi jenis orang yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut. Apakah yang 3 Nefi 12:3, 6 tambahkan kepada pemahaman kita tentang Matius 5:3, 6?

Yesus mengajar para pengikut

Juruselamat mengajar bagaimana untuk hidup dengan bahagia dan menjadi seperti Bapa Syurgawi kita.

Matius 5:14–16

Para pengikut Juruselamat menjadi cahaya bagi dunia.

  • Apakah maksudnya untuk menjadi “cahaya bagi dunia”? (ayat 14). Apakah maksudnya untuk menyembunyikan cahaya kita “di bawah pasu”(ayat 15), dan mengapakah kita tergoda untuk melakukan ini? Pernyataan oleh Presiden Bonnie H. Cordon dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan 3 Nefi 18:24 boleh membantu ahli-ahli kelas menjadi lebih berniat untuk menjadi cahaya kepada orang lain. Mereka juga boleh bercakap tentang orang-orang yang telah menjadi cahaya kepada mereka dan membawa mereka ke arah Yesus Kristus. Bagaimanakah kita boleh mencontohi individu-individu ini?

Matius 5:17–48

Yesus Kristus mengajarkan hukum lebih tinggi yang dapat membawa kita ke arah kesempurnaan.

  • Beberapa situasi yang digambarkan dalam Matius 5 adalah khusus untuk zaman Juruselamat, tetapi asas-asas yang Dia ajarkan adalah universal. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat aplikasi-aplikasi dalam kehidupan mereka, jemput mereka untuk memilih salah satu ayat berikut dan memikirkan contoh moden yang menggambarkan apa Juruselamat sedang ajarkan: ayat 21–24; 27–30; 33–37; 38–39; 40–42; dan 43–44. Mereka boleh melakukan ini secara individu atau dalam kumpulan kecil dan berkongsi contoh mereka dengan kelas.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas melihat bahawa perintah Juruselamat untuk menjadi sempurna (Matius 5:48) bermaksud, seperti Presiden Russell M. Nelson jelaskan, untuk menjadi “lengkap” atau “selesai”? (“Perfection Pending,” Ensign, Nov. 1995, 86–88). Anda boleh guntingkan satu gambar Yesus menjadi teka-teki, dan menjemput ahli-ahli kelas menulis di belakang setiap bahagian satu ajaran dari Matius 5 yang mereka rasa diilhami untuk digunakan dalam kehidupan mereka. Biarkan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki itu. Bagaimanakah Korban tebusan Yesus Kristus membantu kita menjadi “lengkap” atau “selesai”? (lihat Panduan Tulisan Suci, “Rahmat”) Apakah kata-kata Presiden Joy D. Jones dalam “Sumber-sumber Tambahan” menambah kepada pemahaman kita tentang proses ini?

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Menjadi cahaya.

Presiden Bonnie H. Cordon mengajar: “Tuhan tidak menjemput kita untuk menyinarkan cahaya secara rawak dan buatkan dunia ini lebih terang secara umumnya. Jemputan itu adalah untuk menumpukan cahaya kita supaya orang lain boleh melihat jalan kepada Kristus. Ia adalah untuk mengumpul Israel di sebelah tirai ini—menolong orang lain melihat langkah seterusnya untuk membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan” (“Agar Mereka Boleh Melihat,” Liahona, Mei 2020, 79).

Mencari kesempurnaan.

Presiden Joy D. Jones menjelaskan:

“Tuhan suka usaha, dan usaha mendatangkan ganjaran. Kita terus berlatih. Kita selalu maju ke depan jika kita berusaha untuk mengikut Tuhan. Tuhan tidak harapkan kesempurnaan hari ini. Kita terus mendaki Gunung Sinai peribadi kita. Seperti pada masa lalu, perjalanan kita memerlukan usaha, kerja keras, dan pembelajaran, tetapi komitmen kita untuk berkembang mendatangkan ganjaran abadi. …

“Marilah kita mengisytiharkan ketaatan kita kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, ‘dengan iman yang tak tergoncang kepada-Nya, bersandar sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan.’[2 Nefi 31:19]. Marilah kita teruskan perjalanan ini dengan gembira ke arah potensi rohani tertinggi kita” (“Satu Panggilan yang Teramat Mulia,” Liahona, Mei 2020, 16–17).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tingkatkan penglibatan ahli-ahli kelas. Banyak aktiviti boleh dilakukan sebagai satu kelas, dalam kumpulan kecil, berpasangan, atau sebagai satu perbincangan panel. Gunakan pelbagai kaedah untuk membolehkan orang ramai melibatkan diri yang mungkin tidak berpeluang untuk melakukannya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way33.)