Perjanjian Baru 2023
6–12 Februari. Yohanes 2–4: “Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”


“6–12 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“6–12 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Yesus sedang bercakap dengan Nikodemus

6–12 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Membaca Yohanes 2–4 merupakan satu cara yang baik untuk memulakan persediaan mengajar. Catatkan sebarang tanggapan rohani yang anda terima, dan gunakan panduan ini untuk gambaran tambahan dan idea-idea pengajaran.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan tiga tajuk di atas papan tulis: Yohanes 2, Yohanes 3, dan Yohanes 4. Ahli-ahli kelas boleh mengambil beberapa minit untuk mengkaji semula bab-bab tersebut, dan kemudian tuliskan di bawah setiap tajuk satu ayat yang telah membantu mereka memahami ajaran dan peristiwa dalam bab itu. Bincangkan ayat-ayat suci yang mereka telah tuliskan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 2:1–11

Mukjizat Yesus Kristus “menyatakan kemuliaan-Nya.”

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk membaca Yohanes 2:1–11 dari perspektif seseorang yang hadir ketika Yesus menukar air menjadi wain. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pandangan yang mereka peroleh dari melakukan ini. Apakah yang kita belajar tentang Juruselamat dari ayat-ayat ini? Bagaimanakah mukjizat ini menyatakan kemuliaan Tuhan? (lihat ayat 11).

Yohanes 2:13–22

Kita boleh mempertahankan tempat dan perkara yang kudus.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas belajar dari laporan Yesus menghalau pengurup wang dari bait suci, anda boleh minta mereka memikirkan hal-hal lain, selain daripada bait suci, yang Tuhan menganggap sebagai kudus. Bagaimanakah kita dapat membantu memelihara kesucian hal-hal kudus ini?

Yohanes 3:1–21

Kita haruslah dilahirkan semula untuk memasuki kerajaan Tuhan.

  • Bagaimanakah kita boleh menjelaskan kepada seseorang maksud dilahirkan semula? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas melatih bagaimana mereka akan menjawab soalan ini dengan rakan sebelah mereka. Semasa mereka melakukannya, mereka boleh membincangkan soalan-soalan seperti berikut: Apakah yang kita pelajari dari firman Yesus dalam Yohanes 3:3–7? Bagaimanakah pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan membantu kita dilahirkan semula? Kenyataan-kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh menambah kepada perbincangan ini.

  • Sesetengah orang percaya bahawa seseorang tidak dapat benar-benar berubah. Namun, Nikodemus, adalah contoh seseorang yang berubah akibat mengikuti injil Yesus Kristus. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat ini, anda boleh menjemput mereka untuk kaji Yohanes 3:1–2; Yohanes 7:45–52; dan Yohanes 19:38–40. Apakah yang kita pelajari daripada petikan ini berkenaan sikap dan kepercayaan Nikodemus? Bagaimanakah lambat laun dia berubah? Apakah contoh-contoh yang kita boleh kongsikan berkenaan orang yang telah berubah kerana injil?

Yohanes 4:5–34

Yesus Kristus menawarkan kita “air yang memberikan hidup” dan “makanan” kerana melakukan pekerjaan Tuhan.

  • Badan-badan kita memerlukan makanan dan air setiap hari. Yesus merujuk kepada keperluan sejagat tersebut apabila Dia mengajar wanita Samaria dan pengikut-pengikut-Nya.(lihat Yohanes 4:5–34). Untuk membantu ahli-ahli kelas faham apa yang Juruselamat sedang ajarkan, anda boleh tunjukkan gambar-gambar makanan dan air di atas papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan kebenaran tentang makanan dan air rohani yang Yesus telah ajarkan di bawah setiap gambar. Bagaimanakah Juruselamat memuaskan kelaparan rohani dan kehausan rohani kita?

    aliran air

    Yesus Kristus menawarkan kita air yang memberikan hidup.

  • Membayangkan perkembangan kesaksian wanita Samaria berkenaan Yesus Kristus dapat membantu ahli-ahli kelas renungkan bagaimana mereka kenal bahawa Dia ialah Mesias. Secara satu kelas, carikan istilah-istilah yang wanita Samaria telah gunakan untuk merujuk kepada Juruselamat dalam Yohanes 4:6–30. Apakah pengetahuannya tentang identiti Yesus dengan istilah-istilah ini? Bagaimanakah kesaksian kita telah bertambah bahawa Dia Juruselamat kita?

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Apakah maksudnya untuk dilahirkan semula.

Elder David A. Bednar mengajar: “Penukaran hati … amat kuat, tidak lemah—satu kelahiran semula rohani dan perubahan dasar berkenaan apa yang kita rasa dan inginkan, apa yang kita fikirkan dan lakukan, dan apakah kita. Pastinya, intipati injil Yesus Kristus melibatkan perubahan dasar dan tetap dalam alamiah kita yang terjadi akibat pergantungan kita kepada ‘jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus’ (2 Nefi 2:8). Apabila kita memilih untuk mengikut Tuan, kita memilih untuk diubahkan—dilahirkan semula secara rohani” (“Ye Must Be Born Again,” Liahona, Mei 2007,20).

President Dallin H. Oaks mengajar: “Kita dilahirkan semula apabila kita memulakan perhubungan perjanjian bersama Juruselamat melalui pelahiran semula dengan air dan Roh dan mengambil nama Yesus Kristus. Kita boleh memperbaharui kelahiran semula itu setiap hari Sabat apabila kita mengambil sakramen. Orang Suci Zaman Akhir mengesahkan bahawa mereka yang telah dilahirkan semula dengan cara ini merupakan putera dan puteri roh Yesus Kristus (lihat Mosia 5:7; 15:9–13; 27:25). Namun, untuk memahami berkat-berkat status dilahirkan semula, kita harus mematuhi perjanjian-perjanjian dan bertahan sampai akhir” (“Have You Been Saved?,” Ensign, Mei 1998, 56).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pengajar tidaklah lebih baik daripada pelajar. Peranan anda sebagai seorang pengajar amat penting, namun anda bukanlah satu-satunya punca ilham dalam kelas itu. Bantu ahli-ahli kelas belajar daripada Roh dan berkongsi dengan satu-sama lain apa yang mereka telah belajar.