Perjanjian Baru 2023
20–26 Februari. Matius 6–7: “Dia Mengajar Dengan Wibawa”


“20–26 Februari. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Dengan Wibawa’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“20–26 Februari. Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Yesus mengajar di pantai laut

Jesus Teaching the People by the Seashore [Yesus Mengajar Orang Ramai di Tepi Laut, oleh James Tissot

20–26 Februari

Matius 6–7

“Dia Mengajar Dengan Wibawa”

Apabila anda bersedia untuk mengajar, bermula dengan menyediakan diri sendiri. Kaji Matius 6–7, dan catatkan tanggapan rohani anda. Ini akan membantu anda menerima wahyu tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan kelas anda. Kemudian kaji panduan ini untuk idea-idea pengajaran.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi petikan manakah dalam Khutbah di atas Bukit yang mereka rasa paling diperlukan hari ini. Galakkan ahli-ahli kelas untuk menambah kepada pandangan satu sama lain.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 6–7

Jika kita mendengar dan bertindak mengikut ajaran-ajaran Tuhan, hidup kita akan dibina pada landasan yang kukuh.

  • Apakah ajaran khusus dari Matius 6–7 yang akan paling memanfaatkan mereka yang anda ajar? Pertimbangkan untuk menulis pada papan tulis beberapa rujukan dari Matius 6–7 yang mengandungi ajaran-ajaran ini. Ahli-ahli kelas boleh memilih satu rujukan untuk belajar dengan senyap dan kemudian menulis pada papan tulis apa-apa kebenaran rohani yang mereka belajar. Bagaimanakah ajaran-ajaran ini mempengaruhi hidup kita?

  • Juruselamat mengakhiri khutbah-Nya dengan satu perumpamaan yang mungkin boleh membantu kelas anda lebih memahami kepentingan pengamalan ajaran-ajaran Juruselamat (lihat Matius 7:24–27; lihat juga Helaman 5:12). Untuk menggambarkan perumpamaan ini, ahli-ahli kelas boleh bekerjasama untuk membina satu landasan yang kukuh dengan menggunakan blok, cawan, atau bahan lain dan kemudian menguji kekuatan landasan mereka. Mereka juga boleh melabel bahan binaan mereka dengan perkara-perkara yang mereka boleh lakukan untuk mengaplikasikan ajaran Juruselamat. Bagaimanakah perkara-perkara ini boleh membantu kita menahan ribut kehidupan?

Matius 6:5–13

Juruselamat mengajar kita bagaimana untuk berdoa.

  • Mengkaji Doa Tuhan boleh membantu ahli-ahli kelas mengenal pasti bagaimana mereka boleh memperbaikkan doa mereka sendiri dengan mengikuti contoh Tuhan. Anda boleh menjemput mereka untuk menulis di papan tulis frasa-frasa dari Matius 6:9–13 (atau Lukas 11:1–4) yang menonjol kepada mereka. Semasa kita merenungkan kata-kata Juruselamat, apakah yang kita pelajari tentang doa? Ia mungkin membantu untuk ahli-ahli kelas mengatakan dengan kata-kata sendiri beberapa frasa Juruselamat sebagai perkara yang mereka mungkin katakan dalam doa mereka sendiri. Sebagai contoh, “Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini” boleh dikatakan sebagai “Tolong membantu saya dalam usaha menjaga keluarga saya.”

  • Selepas membaca Matius 6:5–13 sebagai kelas, anda boleh membincangkan soalan-soalan seperti berikut: Bagaimana doa telah menguatkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi? Bagaimanakah doa telah membantu anda mengetahui kehendak Tuhan?

Matius 7:7–11

Bapa Syurgawi menjawab doa-doa.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas menguatkan iman mereka bahawa Tuhan akan mendengar dan menjawab doa-doa mereka, anda boleh menulis tanya, cari, dan ketuk di papan tulis. Kemudian ahli-ahli kelas boleh mencari dalam tulisan suci untuk contoh-contoh orang yang “tanya,” “cari,” dan “ketuk” (untuk contoh-contoh, lihat 1 Nefi 11:1; Eter 2:18–3:6; Joseph Smith—Sejarah 1:11–17). Apakah yang kita belajar dari contoh-contoh ini tentang mendapatkan jawapan bagi doa kita?

  • Beberapa konteks penting untuk Matius 7:7–11 boleh didapati dalam Terjemahan Joseph Smith dari Matius 7:12–17 (dalam Panduan Tulisan Suci). Dalam ayat-ayat ini, para pengikut Yesus menjangkakan beberapa sebab yang mungkin orang berikan kerana tidak mencari kebenaran daripada Bapa Syurgawi. Anda boleh meminta ahli kelas untuk membayangkan mereka mempunyai seorang kawan yang enggan mencari bimbingan atau berkat daripada Tuhan. Apakah yang ahli-ahli kelas boleh katakan untuk menggalakkan kawan ini? Bagaimanakah mereka boleh menggunakan kata-kata Juruselamat dalam Matius 7:7–11?

Matius 7:15–20

Kita boleh mengenal pasti nabi benar dan palsu melalui hasil mereka.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin telah terdedah kepada falsafah palsu dan penipuan musuh yang lain, sama ada dari Internet atau dari sumber yang lain. Mereka mungkin pernah dengar orang lain mengkritik hamba-hamba Tuhan. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka memahami bagaimana untuk membezakan nabi dan pengajaran palsu daripada pengajaran dari nabi yang benar? Anda boleh paparkan beberapa buah-buahan dan minta ahli-ahli kelas untuk memikirkan pokok setiap buah itu. Bagaimanakah latihan ini membantu kita memahami Matius 7:15–20? Anda juga boleh membaca bersama beberapa pesanan baru dari nabi hidup. Apakah “buah” atau hasil yang datang dari mengikuti nasihat mereka?

    buah

    Kita boleh mengetahui nabi benar melalui buah atau hasil mereka.

  • Matius 7:15–20 boleh membantu membina iman ahli-ahli kelas dalam misi ilahi Nabi Joseph Smith. Apakah buah atau hasil dari pekerjaan Joseph Smith yang dicapai? Untuk beberapa idea, lihat pesanan Elder Neil L. Andersen “Joseph Smith” (Liahona, Nov. 2014, 28–31). Bagaimanakah kita boleh menggunakan analogi Juruselamat dalam Matius 7:15–20 untuk memberi kesaksian kepada keluarga dan kawan-kawan kita tentang Nabi Joseph?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jangan takut dengan kesenyapan. “Soalan baik mengambil masa untuk dijawab. Mereka memerlukan renungan, pencarian, dan inspirasi. Masa yang anda gunakan untuk menunggu jawapan kepada satu soalan boleh menjadi masa kudus untuk renungan. Elakkan godaan untuk mengakhirkan masa dengan menjawab soalan anda sendiri atau beralih kepada sesuatu yang lain” (Teaching in the Savior’s Way, 31).