Perjanjian Baru 2023
27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7: “Oleh Sebab Kamu Percaya kepada-Ku, Kamu Diselamatkan”


“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7: ‘Oleh Sebab Kamu Percaya kepada-Ku, Kamu Diselamatkan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Yesus membangkitkan seorang lelaki dari katil

27 Februari–5 Mac

Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7

“Oleh Sebab Kamu Percaya kepada-Ku, Kamu Diselamatkan”

Persediaan anda bermula apabila anda mengkaji Matius 8; Markus 2–4; dan Lukas 7. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh meningkatkan pengkajian anda dan mendorong idea pengajaran tambahan kepada yang boleh didapati di sini.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas anda mungkin telah memperoleh pandangan yang berkuasa ketika pengkajian peribadi tentang mukjizat-mukjizat dalam bab-bab tersebut (lihat senarai pemulihan Juruselamat di panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan pandangan mereka dengan seorang ahli kelas lain atau seluruh kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 8; Markus 2; Lukas 7

Mukjizat berlaku menurut kehendak Tuhan dan keimanan kita terhadap Yesus Kristus.

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan laporan mukjizat Juruselamat untuk membantu ahli-ahli kelas meningkatkan iman mereka kepada-Nya? Anda boleh meminta mereka untuk menyenaraikan di papan tulis beberapa penyembuhan mukjizat dari Matius 8; Markus 2; dan Lukas 7. Ahli-ahli kelas boleh membincangkan bagaimana orang yang disembuhkan menunjukkan iman mereka kepada Kristus. Apakah yang laporan-laporan ini ajarkan tentang iman dan mukjizat? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi kebenaran tambahan tentang iman dan mukjizat dari Mormon 9:15–21; Eter 12:12–16; Moroni 7:27–37; dan Ajaran dan Perjanjian 35:8 (lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Mukjizat”). Bilakah kita telah melihat mukjizat apabila kita beriman kepada Yesus Kristus?

  • Laporan mukjizat dalam Markus 2:1–12 mengajar, di antara hal-hal lain, nilai bekerjasama untuk membantu Juruselamat dalam pelayanan kepada mereka yang memerlukan secara rohani atau jasmani. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas kaji semula laporan dari tulisan suci dan kongsikan pandangan tambahan dari pesanan Elder Chi Hong (Sam) Wong “Menyelamat dalam Perpaduan” (Liahona, Nov. 2014, 14–16; lihat juga “Sumber-sumber Tambahan”). Apakah yang boleh kita belajar dari Markus 2:1–12 mengenai nilai bekerjasama untuk melayan mereka yang memerlukannya? (lihat juga Markus 3:24–25).

Markus 4:35–41

Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membawa kedamaian dalam ribut kehidupan.

  • Anda mungkin prihatin terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi ahli-ahli kelas anda. Oleh kerana kita semua menghadapi cabaran dalam kehidupan kita, pengkajian semula kisah dalam Markus 4:35–41 boleh membina keimanan ahli-ahli kelas bahawa Juruselamat boleh memberi kedamaian. Berikan setiap orang sehelai kertas, dan jemput mereka untuk tuliskan satu cabaran yang pernah dialami pada satu belah kertas itu. Di belakang kertas, minta mereka tuliskan sesuatu dari Markus 4:35–41 yang mengilhami mereka untuk berpaling kepada Juruselamat ketika menghadapi cabaran. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang ditulis, jika mereka selesa berbuat demikian.

  • Lagu rohani “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk” (Nyanyian Rohani, no. 38) berdasarkan kisah dalam Mark 4:35–41. Ahli-ahli kelas mungkin dapat mencari seni kata lagu dalam nyanyian rohani yang berkaitan dengan ayat-ayat dalam kitab suci. Anda juga boleh tunjukkan satu gambar yang menunjukkan senario itu (lihat Buku Seni Injil, no. 40) dan bincangkan saat yang digambarkan oleh pelukis itu. Apakah cara lain yang boleh bantu ahli-ahli kelas faham maksud dan kuasa mukjizat ini?

Yesus di perahu menenangkan ribut

From Fear to Faith [Daripada Ketakutan kepada Keimanan], oleh Howard Lyon

Lukas 7:36–50

Apabila dosa-dosa kita diampuni, kasih kita kepada Juruselamat semakin mendalam.

  • Apakah yang dapat kita pelajari dari contoh wanita dan ajaran Juruselamat dalam Lukas 7:36–50 ketika kita mencari keampunan bagi dosa-dosa kita sendiri? Bagaimanakah pertaubatan membantu kita lebih mendekati Yesus Kristus? Bagaimanakah laporan ini mempengaruhi cara kita melihat mereka yang telah berdosa?

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

“Apabila Yesus melihat iman mereka.”

Elder Chi Hong (Sam) Wong berkongsi pemahaman berikut tentang laporan dalam Markus 2:1–12:

“Saya akan kongsikan satu lagi harta karun yang tersorok dalam ayat suci ini. Dalam ayat 5: ‘Yesus melihat iman mereka’ (penekanan ditambahkan). Saya tidak menyedari perkara ini dahulu—iman mereka

“Siapakah orang yang Yesus sebutkan? Ia mungkin ialah empat orang penyelamat yang mengangkat lelaki dangan palsi itu, lelaki itu sendiri, orang yang berdoa untuk dia, dan semua mereka yang berada di situ dan mendengar ajaran Kristus dan bersorak dalam hati mereka untuk keajaiban yang akan terjadi itu. Ia boleh termasuk seorang suami atau isteri, seorang ibu atau bapa, seorang anak, seorang misionari, seorang presiden kuorum, seorang Presiden Lembaga Pertolongan, seorang uskup, dan seorang kawan yang jauh. Kita semua boleh menolong satu sama lain. Kita harus sentiasa bersemangat dalam penglibatan untuk mencari dan menyelamatkan mereka yang berkeperluan.” (“Menyelamat dalam Perpaduan,” Liahona, Nov. 2014, 16).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan kesaksian dengan kerap. Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap mereka yang anda ajar. Kesaksian anda tidak perlu panjang lebar. Contohnya, satu kesaksian mudah berkenaan mukjizat memiliki injil dalam kehidupan anda.