“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
20–26 Mac
Matius 13; Lukas 8; 13
“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”
Sambil anda membaca, fikirkan soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh ahli-ahli kelas anda apabila mereka cuba memahami pesanan setiap perumpamaan. Apakah yang mungkin susah difahami? Bagaimanakah pengkajian anda menyediakan anda untuk menjawab soalan-soalan mereka?
Jemput Perkongsian
Kaji semula bersama kelas “Idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan kaedah-kaedah yang mereka gunakan untuk mengkaji Matius 13 dan Lukas 8;13.
Mengajar Ajaran
Hati kita harus bersedia untuk menerima firman Tuhan.
-
Bagaimanakah anda dapat menggunakan perumpamaan tentang seorang penabur untuk mengilhami ahli-ahli kelas anda menyediakan hati untuk menerima firman Tuhan? Anda boleh tuliskan Pengikut dan Orang Lain di papan tulis. Jemput ahli-ahli kelas untuk membaca Matius 13:10–17 dan perhatikan bagaimana Juruselamat menjelaskan perbezaan di antara pengikut-pengikut-Nya dan mereka yang telah mendengar perumpamaan-Nya. Kemudian minta ahli-ahli kelas untuk bacakan ayat 18–23, cari apa yang mungkin menyebabkan telinga kita menjadi “pekak” atau mata kita tertutup terhadap perkara-perkara rohani. Apakah arahan yang kita terima hari ini dari Tuhan dan hamba-hamba-Nya? Bagaimanakah kita boleh memupuk “tanah subur” untuk menerima arahan mereka? (ayat 23).
-
Anda boleh jemput beberapa ahli-ahli kelas datang bersedia untuk mengajar sebahagian pesanan Elder Dallin H. Oaks “Perumpamaan Seorang Penabur” (Liahona, Mei 2015, 32–35). Bagaimanakah pesanan ini memberi pemahaman tambahan bagi perumpamaan ini?
Perumpamaan-perumpamaan Yesus membantu kita memahami perkembangan, takdir, dan nilai Gereja-Nya.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham kebenaran mengenai Gereja yang diajar dari perumpamaan-perumpamaan Yesus dalam Matius 13? Anda boleh senaraikan beberapa perumpamaan di atas papan tulis (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ahli-ahli kelas boleh mengkaji satu atau lebih perumpamaan secara individu atau dalam kumpulan kecil dan berkongsi apa yang mereka pelajari tentang perkembangan dan takdir Gereja Kristus.
-
Apakah yang kita pelajari dari perumpamaan harta yang terpendam di tanah dan mutiara yang sangat berharga berkenaan nilai untuk tergolong dalam Gereja, yang didapati dalam Matius 13:44–46? Terdapat ahli-ahli kelas anda (atau orang yang mereka kenali) yang telah membuat pengorbanan—secara besar atau kecil—untuk menjadi ahli Gereja. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengorbanan yang mereka atau orang lain telah lakukan untuk menjadi ahli Gereja. Apakah berkat-berkat yang datang dari keputusan itu? Jemput ahli-ahli kelas untuk renungkan apa yang mereka rasa terdorong korbankan untuk Gereja.
Di akhirat dunia, Tuhan akan mengumpul semua yang soleh dan musnahkan mereka yang jahat.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas pelajari ajaran daripada perumpamaan gandum dan lalang yang akan membantu mereka tetap beriman sebagai Orang Suci Zaman Akhir? Bermula dengan menjemput seorang ahli kelas untuk merumuskan perumpamaan itu dan maksudnya. Apakah ajaran-ajaran dari perumpamaan ini bagi kita hari ini? Mengapakah ia penting untuk ketahui bahawa Tuhan membenarkan Orang Suci-Nya “tumbuh bersama-sama” (Matius 13:30) dengan orang yang jahat sehinggalah masa menuai? Bagaimanakah kita tetap menguatkan iman kita dalam Yesus Kristus apabila kejahatan berada di sekeliling kita? Bagaimanakah Kristus boleh membantu kita? Ajaran dan Perjanjian 86:1–7 dan kenyataan Elder L. Tom Perry dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh memberi pandangan tambahan dalam penggunaan perumpamaan ini pada zaman akhir.
Sumber-sumber Tambahan
Kita harus memupuk kebaikan.
Elder L. Tom Perry telah mengajar: “Musuh manusia itu telah menggunakan sebanyak mungkin cara untuk menyebarkan benih lalang di merata-rata tempat. Dia telah menjumpai cara untuk memasukkan lalang bahkan ke dalam rumah kita. Cara-cara yang jahat dan duniawi telah menjadi begitu tersebar sehingga nampaknya tidak ada cara untuk menyingkirkan semuanya. Cara-cara duniawi datang melalui wayar dan melalui udara ke dalam peranti-peranti yang telah kita ciptakan untuk mengajar dan menghiburkan kita. Gandum dan lalang telah saling mendekat. Seseorang yang bertanggungjawab atas pengurusan ladang mesti, dengan semua kuasanya, menyuburkan hal yang baik dan menjadikannya begitu kuat dan indah sehingga lalang-lalang tidak akan menarik minat dari mata atau telinga.” (“Mencari Kedamaian yang Bertahan dan Membina Keluarga yang Abadi,” Liahona, Nov. 2014, 44).