Perjanjian Baru 2023
27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: “Jangan Takut”


“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: ‘Jangan Takut’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Yesus berjalan bersama para pengikut membawa bakul roti

27 Mac–2 April

Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6

“Jangan Takut”

Apabila anda bersedia untuk mengajar dari Matius 14; Markus 6; dan Yohanes 5–6, cari pesanan yang berkaitan dengan kelas anda. Pertimbangkan bagaimana untuk melibatkan ahli-ahli kelas dalam satu pengalaman yang bermakna dengan tulisan suci.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Satu cara untuk memulakan satu perbincangan adalah dengan menjemput beberapa ahli kelas untuk memilih satu bab dari pembacaan dan berkongsi satu pesanan dari bab itu yang bermakna bagi mereka. Ketika mereka berkongsi, ahli-ahli kelas lain boleh bertanya soalan atau menambah pandangan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 5:16–47

Yesus Kristus ialah Putera Terkasih Bapa Syurgawi.

  • Dalam Yohanes 5, Jesus menyediakan beberapa pandangan tentang Diri-Nya, Bapa-Nya, dan hubungan-Nya dengan Bapa. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui pandangan-pandangan ini, cuba bahagikan mereka kepada kumpulan dan memberi mereka beberapa minit untuk menyenaraikan kebenaran-kebenaran yang mereka boleh cari dalam ayat-ayat 16–47 tentang ciri-ciri Tuhan dan Yesus Kristus, dan hubungan Mereka. Jemput kumpulan-kumpulan untuk mengambil giliran membaca kebenaran dari senarai mereka. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu kita lebih memahami Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya? Bagaimanakah kita boleh mengikuti contoh kepatuhan Yesus Kristus kepada Bapa?

  • Satu aktiviti di panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menjemput pelajar-pelajar untuk mencatatkan setiap kali Yesus menggunakan perkataan Bapa dalam Yohanes 5:16–47. Jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka belajar apabila mereka menyelesaikan aktiviti itu. Minta mereka untuk berkongsi tanggapan yang mereka peroleh tentang Bapa Syurgawi dan Putera Terkasih-Nya.

Matius 14:15–21; Markus 6:33–44; Yohanes 6:5–14

Juruselamat boleh mengembangkan pemberian kita yang rendah hati untuk mencapai tujuan-Nya.

  • Apakah yang boleh membantu ahli-ahli kelas mencari makna peribadi dalam mukjizat Yesus memberi makan kepada lima ribu orang? Anda boleh menanya bagaimana membaca tentang mukjizat ini meningkatkan iman mereka dalam kebolehan Juruselamat untuk memberkati mereka secara peribadi. Mereka boleh berbicara tentang pengalaman ketika mereka rasa Juruselamat membesarkan atau melipatgandakan usaha mereka untuk membantu mereka mencapai sesuatu yang kelihatan mustahil. Sebelum kelas, anda juga boleh meminta ahli-ahli kelas untuk membawa satu gambar atau objek yang mewakili pengalaman mereka ke kelas.

    Imej
    roti dan ikan

    Yesus secara ajaibnya telah memberi makan kepada lima ribu orang dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan.

  • Bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas renungkan mukjizat dengan lebih mendalam yang diceritakan dalam petikan-petikan ini. Butiran apakah dalam cerita ini meningkatkan iman kita dalam Juruselamat? Dalam cara apakah Juruselamat boleh memberi makan kepada kita secara rohani? Bilakah kita pernah diberi makan dan disokong oleh Yesus Kristus?

Matius 14:22–33

Yesus Kristus menjemput kita untuk mengetepikan ketakutan dan keraguan kita supaya kita boleh lebih datang kepada-Nya.

  • Cerita dalam Matius 14:22–33 boleh membantu ahli-ahli kelas meningkatkan iman mereka dalam Juruselamat dan keinginan mereka untuk mengikuti-Nya. Jemput ahli-ahli kelas untuk membaca cerita ini, memberi perhatian istimewa kepada kata-kata yang diucapkan oleh Kristus, Petrus, dan Rasul lain. Bagaimana firman Yesus boleh membantu Petrus mempunyai iman untuk meninggalkan perahu dan berjalan di atas air? Bagaimanakah peringatan Yesus untuk “tabahkan hati” dan “janganlah takut” (ayat 27) boleh digunakan bagi kita hari ini? Apakah yang boleh kita belajar dari Petrus tentang makna menjadi pengikut Yesus Kristus dan mempercayai-Nya? Anda boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berfikir tentang dan berkongsi pengalaman di mana mereka, seperti Petrus, mengambil tindakan untuk mengikuti Juruselamat, walaupun hasilnya tidak pasti. Minta mereka berkongsi apa yang mereka pelajari dari pengalaman itu. Bagaimanakah Yesus Kristus telah menyelamatkan kita dalam masa ketakutan atau keraguan?

Yohanes 6:22–71

Sebagai pengikut Kristus, kita mesti rela mempercayai dan menerima kebenaran walaupun ia susah dilakukan.

  • Peristiwa dalam Yohanes 6 boleh menyediakan satu perspektif yang berguna apabila orang mempersoalkan ajaran, sejarah, atau polisi Gereja Kristus. Untuk membantu ahli-ahli kelas anda memahami peristiwa-peristiwa tersebut, anda boleh menulis soalan-soalan seperti berikut di papan tulis untuk mereka menjawab: Apakah yang orang ramai harapkan? (lihat ayat 26). Apakah yang Kristus tawarkan kepada mereka? (lihat ayat 51). Apakah yang orang ramai salah faham? (lihat ayat 41–42, 52). Anda juga boleh menanya soalan-soalan seperti berikut untuk membantu ahli-ahli kelas menggunakan laporan ini dalam kehidupan mereka: Apakah beberapa cara kita boleh memilih untuk berjalan bersama Kristus walaupun kita mempunyai soalan atau keraguan? (lihat ayat 66). Apakah beberapa ajaran, tatacara, atau “kata-kata kehidupan abadi” lain yang hanya boleh didapati dalam Gereja Kristus yang dipulihkan? (lihat ayat-ayat 67–69). Untuk pandangan daripada seorang Rasul moden, lihat pesanan Presiden M. Russell Ballard “Kepada Siapakah Kami Akan Pergi?.” (Liahona, Nov. 2016, 90–92).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar. “Mendengar ialah satu tindakan kasih. … Minta Bapa Syurgawi untuk membantu anda memahami perkara yang dikatakan oleh ahli-ahli kelas anda. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan yang diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan, kebimbangan dan keinginan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way34).

Cetak