“3–9 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“3–9 April. Easter”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
3–9 April
Easter
“Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”
Ketika anda membuat persediaan untuk mengajar minggu ini, pertimbangkan bagaimana perbincangan kelas pada Hari Ahad Easter dapat membina iman kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.
Jemput Perkongsian
Tanyakan ahli-ahli kelas bagaimana mereka akan menjawab soalan-soalan seperti “Apakah itu Korban Tebusan Yesus Kristus?” dan “Bagaimanakah saya boleh menerima berkat-berkat Korban Tebusan Kristus?” Jemput mereka untuk berkongsi apa-apa tulisan suci dari bacaan minggu ini yang membantu menjawab soalan-soalan tersebut.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus membebaskan kita daripada dosa dan kematian, memperkuatkan kita ketika lemah, dan menghiburkan kita dalam cabaran.
-
Adakah ahli-ahli kelas anda faham bahawa Yesus menghiburkan kita dalam percubaan kita dan menguatkan kita dalam kelemahan kita, dan juga membebaskan kita dari dosa dan kematian? Satu cara untuk membantu mereka menemui asas-asas tersebut adalah dengan menulis kata-kata berikut di papan tulis: Dosa, Kematian, Godaan, Kelemahan. Setiap ahli kelas boleh membaca salah satu ayat suci yang tersenarai dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan renungkan bagaimana Juruselamat membantu kita mengatasi atau menahani perkara-perkara tersebut. Ahli-ahli kelas boleh menulis apa yang dipelajari dari tulisan suci di bawah setiap tajuk dan kongsikan kesaksian mereka berkenaan Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.
-
Mungkin satu ajaran objek mudah dapat membantu menggambarkan perbezaan di antara bersih daripada dosa dan disempurnakan: Anda boleh tuliskan beberapa baris ayat daripada Moroni 10:32, tetapi masukkan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Kemudian jemput seorang ahli kelas untuk padamkan (tetapi jangan betulkan) kesalahan-kesalahan tersebut. Adakah masalah itu diselesaikan? Apakah ajaran-ajaran yang kita belajar daripada ayat suci ini dan ajaran berobjek berkenaan kesan Korban Tebusan Juruselamat bagi kita? Kenyataan ini daripada Presiden Dieter F. Uchtdorf mungkin juga dapat membantu: “Jika keselamatan hanya bermaksud pemadaman kesalahan dan dosa kita, maka keselamatan—walau betapa hebatnya ia—tidak memenuhi aspirasi Bapa untuk kita. Hasrat Dia lebih tinggi: Dia inginkan putera dan puteri-Nya menjadi seperti Dia” (“Kurnia Rahmat,” Liahona, Mei 2015, 108).
-
Beberapa cerita dan analogi dapat membantu kita memahami Korban Tebusan Kristus. Anda mungkin mahu berkongsi satu cerita atau analogi dari salah satu pesanan persidangan umum dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi apa-apa fikiran atau perasaan yang mereka ada tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya untuk kita.
Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Yohanes 20:19–29; 1 Korintus 15:3–8, 55–58
Saksi-saksi dalam Perjanjian Baru memberi kesaksian bahawa Yesus Kristus telah mengatasi kematian.
-
Pertimbangkan untuk mengkaji semula laporan tulisan suci berkenaan Hari Easter pertama—Kebangkitan Yesus Kristus. Anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk kongsikan cerita itu dalam kata-kata sendiri (lihat Yohanes 20:1–17).
-
Kelas anda mungkin dapat peroleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kesaksian Kebangkitan Yesus Kristus jika mereka membayangkan diri seorang peguam atau wartawan yang sedang menyiasat tuntutan bahawa Kristus telah dibangkitkan. Jemput mereka untuk cari orang di dalam tulisan suci yang dapat menjadi saksi (lihat Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Yohanes 20:19–29; 1 Korintus 15:3–8, 55–58). Mereka juga boleh tuliskan satu rumusan pendek berkenaan apa yang orang-orang ini akan katakan ketika memberi saksi di mahkamah atau ketika ditemu duga untuk satu laporan surat khabar.
-
Satu cara untuk meningkatkan penghargaan kita terhadap Kebangkitan Juruselamat adalah dengan memikirkan bagaimana kita akan menerangkan kepercayaan kita kepada orang lain. Bagaimanakah ahli-ahli kelas kongsikan kesaksian Yesus Kristus mereka dalam situasi-situasi berikut: seorang ahli keluarga telah didiagnosis dengan penyakit yang serius; seorang rakan kehilangan orang tersayang; seorang jiran bertanya mengapa anda merayakan Easter. Galakkan mereka untuk merujuk kepada tulisan suci (seperti yang terdapat dalam “Sumber-sumber-sumber Tambahan”) ketika merancang jawapan mereka. Jemput beberapa ahli kelas untuk kongsikan pendapat mereka.
Sumber-sumber Tambahan
Tulisan suci berkenaan Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat.
Pesanan-pesanan berkenaan Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat.
-
Dale G. Renlund, “Renungkan Kebaikan dan Keagungan Tuhan,” Liahona, Mei 2020, 41–44
-
Gerrit W. Gong, “Gembala yang Baik, Anak Domba Tuhan”, Liahona, Mei 2019, 97–100
-
Sharon Eubank, “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” Liahona, Mei 2019, 73–76
-
Cristina B. Franco, “Kuasa Penyembuhan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2020, 60–62