“17–23 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apa yang Harus Saya Lakukan untuk Mewarisi Kehidupan Abadi?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“17–23 April. Matius 18; Lukas 10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
17–23 April
Matius 18; Lukas 10
“Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”
Baca Matius 18 dan Lukas 10, dan catatkan tanggapan rohani anda. Apabila anda menerima tanggapan, anda mungkin bertanya, seperti dicadangkan Elder Richard G. Scott, “Adakah saya perlu tahu lebih lanjut?” (“To Acquire Spiritual Guidance,” Liahona, Liahona, Nov. 2009, 8).
Jemput Perkongsian
Bab-bab berikut mengandungi banyak contoh ajaran injil yang berbeza daripada apa yang dunia ajar kita. Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi beberapa contoh yang mereka temui dalam pembacaan mereka minggu ini. Bagaimana Tuhan memberkati kita apabila kita mengaplikasikan ajaran-Nya?
Mengajar Ajaran
Kita mesti memaafkan orang lain jika kita mahu menerima pengampunan daripada Tuhan.
-
Bagaimanakah anda boleh menggunakan perumpamaan hamba yang tidak berbelas kasihan untuk mengilhami ahli-ahli kelas lebih saling memaafkan? Mungkin anda boleh menulis soalan seperti berikut di papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk merenungkannya sambil seorang menceritakan balik perumpamaan itu: Siapakah yang raja itu wakili? Siapakah yang hamba tidak berbelas kasihan itu wakili? Siapakah yang hamba itu wakili? Apakah yang hutang itu wakili? Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan apakah pesanan perumpamaan ini bagi mereka secara peribadi. (Lihat juga “Sumber-sumber Tambahan.”)
-
Anda boleh menjemput kelas untuk membuat penyesuaian kepada perumpamaan hamba tidak berbelas kasihan bagi pelajaran yang sama tentang pengampunan menggunakan situasi dan butiran moden. (Pertimbangkan untuk meminta mereka melakukan ini dalam kumpulan.) Bincangkan bagaimana perumpamaan itu menjawab soalan Petrus tentang berapa kali dia harus memaafkan orang lain.
Untuk memperoleh kehidupan abadi, kita mesti mengasihi Tuhan dan jiran kita.
-
Berikut adalah idea yang mungkin memberi ahli-ahli kelas pandangan baru tentang perumpamaan orang Samaria yang baik hati: Jemput mereka untuk berpura-pura menyiasat kes serangan dan rompakan di jalan antara Yerikho dan Yerusalem. Minta beberapa ahli kelas datang ke kelas bersedia untuk mewakili orang yang berbeza dalam perumpamaan itu dan bercakap mengenai penglibatan mereka dalam kes itu. Contohnya, apakah sebab imam dan orang Lewi tidak berhenti untuk membantu lelaki yang cedera itu? Mengapakah orang Samaria berhenti? Apakah fikiran yang boleh ditambah oleh penjaga rumah penginapan itu? Apakah perasaan lelaki yang cedera terhadap setiap orang lain itu? Pastikan perbincangan mengilhami ahli-ahli kelas untuk menjadi seperti orang Samaria yang baik hati dan penjaga rumah penginapan dan elakkan dari menjadi seperti imam dan orang Lewi.
-
Bagaimanakah perumpamaan orang Samaria yang baik hati menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada Yesus dalam Lukas 10:25–29? Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan tentang masa mereka rasa seperti “seorang lelaki” (ayat 30) yang sangat memerlukan bantuan. Bagaimanakah bantuan datang? Bagaimanakah kita sebagai ahli bahagian bekerjasama untuk membantu orang lain, seperti orang Samaria yang baik hati dan penjaga rumah penginapan?
Kita memilih “perkara baik” dengan membuat pilihan harian yang membawa kepada kehidupan abadi.
-
Selepas membaca Lukas 10:38–42 sebagai satu kelas, anda boleh bertanya kepada ahli-ahli kelas bagaimana mereka mungkin bertindak balas terhadap nasihat Juruselamat jika mereka berada di rumah Marta. Bagaimanakah pengalaman ini dapat mempengaruhi pilihan masa depan mereka? Bagaimanakah kita dapat mengetahui apa perkara-perkara dalam kehidupan kita yang layak menerima lebih banyak masa dan perhatian? Ahli-ahli kelas boleh membaca pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Baik, Lebih Baik, Terbaik” (Liahona, Nov. 2007, 104–8) untuk mencari nasihat yang boleh membantu mereka.
Sumber-sumber Tambahan
Hutang dalam perumpamaan tentang hamba tidak berbelas kasihan.
Mengulas tentang hutang yang terhutang dalam perumpamaan hamba yang tidak berbelas kasihan, Elder Jeffrey R. Holland berkata:
“Terdapat beberapa pendapat yang berbeza di kalangan sarjana mengenai nilai wang yang disebut di sini—menggunakan rujukan kewangan Amerika Syarikat—untuk memudahkan pemahaman, jika jumlah kecil satu ratus yang tidak dimaafkan itu adalah seperti 100 dollar zaman semasa, maka beratus-ratus juta yang diampuni dengan bebas mungkin hampir 1 bilion dollar—atau lebih!
“Sebagai satu hutang peribadi, ini satu jumlah yang amat besar, di luar pemahaman kita. (Tiada seorang pun boleh membeli belah sebanyak ini!) Untuk tujuan perumpamaan ini, ia seharusnya di luar pemahaman kita, ia sepatutnya di luar keupayaan kita untuk memahami, lebih lagi di luar keupayaan kita untuk membayar hutang itu. Kerana ini bukan satu cerita tentang pergaduhan dua orang hamba dalam Perjanjian Baru. Cerita ini adalah tentang kita, keluarga manusia yang sudah jatuh—semuanya penghutang fana, pelanggar, dan banduan. Setiap daripada kita seorang penghutang, dan hukumannya adalah pemenjaraan untuk setiap daripada kita. Dan di sana kita semua akan tinggal jika tidak ada rahmat seorang Raja yang membebaskan kita kerana Dia mengasihi kita dan ‘digerakkan dengan rasa kasihan terhadap kita’ [Ajaran dan Perjanjian 121:4]” (“Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya,” Liahona, Nov. 2017, 41).