“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
8–14 Mei
Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18
“Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?”
Semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan dengan penuh doa bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka telah pelajari atau rasakan semasa pembelajaran mereka sendiri.
Jemput Perkongsian
Ia mungkin membantu untuk kadangkala bincangkan pengalaman keseluruhan ahli-ahli kelas dengan pembelajaran injil yang berpusat di rumah. Apakah pengalaman berjaya yang boleh mereka kongsikan? Apakah halangan atau cabaran yang mereka sedang hadapi? Apakah nasihat yang mereka boleh berikan kepada satu sama lain?
Mengajar Ajaran
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita adalah penting kepada rancangan abadi Tuhan.
-
Pandangan dunia berkenaan perkahwinan semakin menyimpang daripada kebenaran abadi. Untuk membantu kelas anda belajar pandangan Tuhan berkenaan perkahwinan, anda boleh menjemput mereka untuk baca Matius 19:3–9 dan senaraikan di atas papan tulis kebenaran-kebenaran yang dijumpai berkenaan perkahwinan. Mereka juga boleh senaraikan kebenaran tambahan yang dijumpai dalam ayat-ayat berikut: Kejadian 1:27–28; 1 Korintus 11:11; Ajaran dan Perjanjian 42:22; 49:15–17; 131:1–4; 132:19; dan Musa 3:18, 21–24. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran tersebut diperkukuhkan dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”? (ChurchofJesusChrist.org).
Semua orang boleh terima berkat kehidupan abadi, tidak kira bila mereka menerima injil.
-
Apakah yang akan membantu ahli-ahli kelas anda mengaplikasikan asas-asas dalam perumpamaan pekerja-pekerja di ladang anggur? Anda boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk menyediakan satu lakonan perumpamaan itu untuk dipersembahkan kepada kelas. Selepas persembahan itu, mereka yang berlakon sebagai pekerja-pekerja boleh berkongsi perasaan mereka berkenaan bayaran yang mereka terima dan mengapa. Apakah yang dicadangkan oleh perumpamaan ini berkenaan kerajaan syurga? Apakah pandangan tambahan yang kita perolehi tentang perumpamaan ini dari pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pekerja Di Ladang Anggur”? (Liahona, Mei 2012, 31–33).
Matius 19:16–22; Markus 10:17–27
Juruselamat akan membimbing kita untuk mendekati-Nya apabila kita meminta bantuan daripada-Nya.
-
Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas mengenal pasti dan mengaplikasikan asas-asas dari kisah lelaki muda yang kaya? Satu cara adalah dengan meminta mereka baca Markus 10:17–27 dan pertimbangkan jika mereka pernah berasa seperti lelaki muda kaya itu. Apakah yang telah membantu kita mengikuti nasihat Juruselamat walaupun melakukannya sukar? Ahli-ahli kelas mungkin rela berkongsi pengalaman di mana mereka bertanya “Apakah lagi yang harus saya lakukan?” (Matius 19:20) dan telah menerima dorongan khas untuk menjadi lebih baik Untuk membantu ahli-ahli kelas yang mungkin kecewa kerana menumpu pada apa yang mereka kekurangan, anda boleh kongsikan pernyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
-
Ahli-ahli kelas mungkin telah membaca pesanan persidangan yang berkaitan dengan ayat-ayat ini seperti yang dicadangkan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka perolehi.
Kita harus percaya pada belas kasihan Tuhan, bukannya kesolehan diri kita.
-
Perumpamaan Juruselamat yang membandingkan doa seorang Farisi dan seorang pemungut cukai dapat membantu anda menyerlahkan sikap yang di minta oleh Tuhan bagi mereka yang ingin mengikut-Nya. Untuk membantu ahli-ahli kelas mengaplikasikan perumpamaan ini ke dalam zaman kita, anda boleh menjemput mereka untuk menulis semula doa orang Farisi itu dengan menggunakan kata-kata moden tetapi dengan sikap yang sama. Mereka boleh melakukan yang sama dengan doa pemungut cukai dan berkongsi apa yang mereka telah tulis. Bagaimana ayat-ayat 15–17 dan 18–24 berkaitan dengan ajaran Juruselamat dalam perumpamaan ini? Anda juga boleh berkongsi kenyataan berikut oleh Elder Dale G. Renlund berkenaan ayat-ayat tersebut : “Pesanan ini jelas untuk kita: seorang berdosa yang bertaubat mendekat Tuhan lebih daripada seorang yang menganggap diri lebih soleh dan menghukum orang berdosa itu” (“Gembala yang Baik Kita,” Liahona, Mei 2017, 31).
Sumber-sumber Tambahan
Janganlah kita puas hati atau patah hati.
Elder D. Todd Christofferson mengajar:
“Jika kita bertanya dengan ikhlas, ‘Adakah lagi yang harus saya lakukan?’ [Tuhan] tidak akan membiarkan kita meneka, tetapi dia akan menjawab dengan kasih demi kegembiraan kita. Dan Dia akan memberi kita harapan.
“Ia satu usaha yang susah, dan akan menjadi sangat menakutkan jika usaha untuk memperoleh kesucian dilakukan keseorangan. Jawapan yang indahnya adalah bahawa kita tidak keseorangan. Kita mempunyai kasih Tuhan, rahmat Kristus, hiburan dan bimbingan Roh Kudus, dan persahabatan dan galakan Orang suci dalam tubuh Kristus. Janganlah berasa puas hati dengan di mana kita berada, tetapi juga janganlah kita berputus asa” (“Roti Hidup yang Turun dari Syurga,” Liahona, Nov. 2017, 39).