Perjanjian Baru 2023
15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: “[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang”


“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘Rajamu Sedang Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

lelaki di atas pokok apabila Yesus mendekatinya

Zacchaeus in the Sycamore Tree [Zakheus di atas Pokok Sycamore], oleh James Tissot

15–21 Mei

Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12

“[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang”

Apabila anda membaca Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; dan Yohanes 12, carikan asas-asas yang akan membantu memenuhi keperluan ahli-ahli kelas anda. Roh Kudus akan mengilhami anda untuk mengetahui bagaimana untuk membantu ahli-ahli kelas menemui asas-asas tersebut.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa hari sebelum kelas, jemput beberapa ahli kelas datang ke kelas bersedia untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada semasa mengkaji bab yang diberikan minggu ini. Minta mereka ceritakan tentang berkat-berkat yang datang kepada mereka semasa mengkaji tulisan suci sepanjang minggu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Lukas 19:1–10

Juruselamat kenal kita secara peribadi.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin terasa tidak diendahkan atau dilupai pada masa-masa tertentu dalam kehidupan mereka. Laporan Zakheus dapat membantu mereka memahami bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengenali mereka dan ambil berat terhadap mereka. Untuk membantu ahli-ahli kelas menyamakan kisah ini dengan kehidupan mereka, jemput mereka untuk bayangkan diri mereka sebagai Zakheus. Apakah yang anda fikir dia pelajari tentang Juruselamat dari pengalamannya? Apakah yang kita dapat pelajari dari usaha Zakheus mencari Juruselamat?

Matius 21:1–11; Markus 11:1–11; Lukas 19:29–44; Yohanes 12:12–16

Yesus Kristus ialah Raja kita.

  • Satu aktiviti mudah dapat memperkenalkan perbincangan mengenai kemasukan berjaya Juruselamat ke Yerusalem: Beberapa ahli kelas dapat melukis perkara-perkara yang berkaitan dengan raja di papan tulis, seperti mahkota atau takhta, sementara yang lain meneka apa yang mereka lukiskan. Kemudian ahli kelas lain boleh melukis kuda muda dan cabang pokok. Apakah kaitan perkara-perkara ini dengan seorang raja? Anda kemudiannya boleh menunjukkan gambar kemasukan kemenangan Juruselamat ke Yerusalem dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan jemput ahli-ahli kelas untuk membaca Markus 11:1–11. Bagaimanakah mereka mengenali Yesus sebagai Raja mereka? Bagaimanakah kita menyembah Yesus Kristus sebagai Raja kita melalui pertuturan dan tindakan kita?

Matius 22:34–40

Dua perintah utama adalah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi orang lain seperti diri kita sendiri.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham bahawa dua perintah utama ini—mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia—adalah asas kepada seluruh hukum dan ajaran nabi-nabi? (Matius 22:40). Selepas membaca Matius 22:34–40 bersama, anda boleh tuliskan Mengasihi Tuhan dan Mengasihi Sesama Manusia di papan tulis. Berikan setiap ahli kelas satu keping kertas dengan satu perintah yang tertulis di atasnya. Jemput beberapa daripada mereka untuk membaca perintah mereka dan bercakap tentang bagaimana perintah mereka membantu kita mematuhi satu atau kedua-dua perintah utama ini. Selepas mereka membincangkan perintah mereka, mereka boleh meletakkan kertas mereka di papan tulis. Mengapakah ia penting untuk ingat bahawa semua perintah berkaitan dengan dua perintah utama? (Lihat “Sumber-sumber Tambahan”).

Matius 23:13–33

Kita akan dilindungi apabila kita mengelak dari mengikuti pemimpin buta.

  • Adakah ahli-ahli kelas anda mendapat manfaat dari membincangkan istilah “pemimpin buta,” yang digunakan oleh Juruselamat untuk menggambarkan orang Farisi dan jurutulis yang buta secara rohani? (Matius 23:16). Anda boleh memikirkan satu cara untuk menunjukkan apa yang akan terjadi apabila seseorang mengikuti orang yang tidak dapat melihat. Atau kelas boleh menyenaraikan di papan tulis ciri-ciri pemimpin buta, seperti yang dinyatakan dalam Matius 23:13–33. Untuk menambah kepada senarai, pertimbangkan untuk mencari tulisan suci tambahan yang mengajar tentang buta secara rohani, seperti 2 Korintus 4:3–4; 2 Nefi 9:28–32; dan Yakub 4:14. Bagaimanakah kita dapat mengenali dan mengelakkan pemimpin buta?

Yesus berbicara dengan Orang Farisi

Juruselamat mengecam orang Farisi sebagai hipokrit dan pemimpin buta.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia adalah landasan kepada segala yang kita lakukan.

Merujuk kepada dua perintah utama yang terdapat dalam Matius 22:37–39, Presiden M. Russell Ballard mengajar:

“Kepatuhan kepada dua perintah itu akan menyediakan cara untuk mengalami kedamaian dan kebahagiaan yang lebih. Apabila kita mengasihi dan melayan Tuhan dan mengasihi dan melayan sesama, kita akan secara semula jadinya merasai kegembiraan lebih yang datang dengan cara yang terbaik.

“Mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama merupakan dasar ajaran pelayanan rohani; pembelajaran yang berpusatkan di rumah, disokongi Gereja; persembahan rohani hari Sabat; dan usaha penyelamatan di dua belah tirai yang disokong dalam Lembaga Pertolongan dan kuorum elder. Semua hal-hal ini berdasarkan perintah ilahi untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama. Apakah lagi perkara yang lebih utama, lebih asas, dan lebih mudah daripada itu?” (“Injil Yesus Kristus yang Benar, Suci, dan Mudah,” Liahona, Mei 2019, 29).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Anda tidak perlu mengajarkan semuanya. Terdapat banyak perkara untuk dibincangkan dalam setiap pelajaran, tetapi anda tidak perlu mengajar segala sesuatu dalam satu tempoh kelas untuk menyentuh hati seseorang—seringkali satu atau dua perkara utama adalah mencukupi. Semasa anda merenungkan keperluan pelajar, Roh akan membantu anda mengenal pasti asas, kisah, atau tulisan suci yang akan menjadi sangat bermakna kepada mereka” (Teaching in the Savior’s Way7).