Perjanjian Baru 2023
22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: “Anak Manusia Datang”


“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: “Anak Manusia Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku —Untuk Sekolah Minggu: 2023

Kedatangan Kedua

The Second Coming [Kedatangan Kedua], oleh Harry Anderson

22–28 Mei

Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21

“Anak Manusia Datang”

Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan doa dan membaca Joseph Smith—Matius 1; Matius 24-25; Markus 12–13; dan Lukas 21. Cari inspirasi anda sendiri, dan kemudian kaji semula panduan ini untuk idea-idea tambahan.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di papan tulis, buat satu senarai perumpamaan Juruselamat yang didapati dalam pembacaan minggu ini, seperti pokok ara, lelaki baik dan pencuri, hamba beriman dan hamba jahat, sepuluh orang gadis, keping wang emas, dan domba dan kambing. Minta ahli-ahli kelas berkongsi kebenaran yang mereka belajar dari perumpamaan-perumpamaan ini yang boleh membantu mereka bersedia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Apa yang mereka sedang lakukan untuk menggunakan kebenaran-kebenaran ini dalam hidup mereka?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Joseph Smith—Matius 1:21–37

Nubuat tentang Kedatangan Kedua Juruselamat boleh membantu kita menghadapi masa depan dengan iman.

  • Tanda-tanda Kedatangan Kedua Juruselamat mungkin susah untuk difahami oleh sesetengah ahli-ahli kelas. Ia mungkin membantu mereka untuk belajar dalam kumpulan dan mengenali tanda-tanda yang mereka jumpai dalam Joseph Smith—Matius 1:21–37. Ia juga boleh membantu mereka memahami dengan lebih baik kepentingan tanda-tanda ini jika mereka membandingkannya dengan tanda-tanda jalan. Mengapakah tanda-tanda jalan penting? Bagaimanakah tanda-tanda Kedatangan Kedua seperti tanda-tanda jalan? Apakah perbezaannya? Anda boleh memberi setiap kumpulan sekeping kertas dalam bentuk tanda jalan dan menjemput mereka untuk menulis pada setiap kertas satu tanda yang akan mendahului Kedatangan Kedua. Biar mereka berkongsi apa yang mereka jumpai, dan jemput kelas untuk membincangkan bukti tanda-tanda ini dalam dunia hari ini.

Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55; Matius 25:1–13

Kita mesti sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

  • Perumpamaan dalam Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55 dan Matius 25:1–13 boleh membantu ahli-ahli kelas mengenali kepentingan bersedia untuk Kedatangan Kedua. Jemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki ayat-ayat ini dan kongsikan apa yang mereka rasa Juruselamat menjemput kita untuk lakukan. Elder David A. Bednar memberi satu tafsiran perumpamaan sepuluh orang gadis yang boleh membantu (lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Mengapakah setiap kita mesti mengalami penukaran hati untuk diri kita sendiri? Bagaimanakah kita lakukan ini? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 45:56–57 menambah kepada pemahaman kita tentang perumpamaan ini?

  • Sambil anda belajar tentang pengembalian Juruselamat, anda mungkin baca atau nyanyikan bersama lagu rohani berkenaan Kedatangan Kedua (lihat “Yesus Kristus—Kedatangan Kedua” dalam indeks bertajuk di belakang buku nyanyian rohani).

Matius 25:14–46

Di Penghakiman Terakhir, kita akan memberi Tuhan laporan hidup kita.

  • Perumpamaan keping wang emas dan perumpamaan domba dan kambing boleh memberi kita inspirasi untuk berfikir tentang laporan hidup kita yang akan diberi kepada Tuhan pada Penghakiman Terakhir. Anda boleh membaca perumpamaan-perumpamaan bersama dan menjemput setiap ahli kelas untuk berkongsi satu soalan yang Juruselamat mungkin tanyakan mengenai kehidupan kita apabila kita dihakimi. Berikan masa kepada ahli-ahli kelas untuk merancang cara-cara mereka akan bertindak atas tanggapan yang mereka terima dalam perbincangan.

    domba dan kambing

    Kristus menggunakan domba dan kambing untuk mengajar tentang Penghakiman Terakhir (lihat Matius 25:31–33).

  • Untuk mengilhamkan satu perbincangan tentang Matius 25:34–40, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi contoh-contoh orang yang menunjukkan rasa kasihan yang digambarkan dalam ayat-ayat ini. Beri mereka masa untuk merenung siapa yang mungkin memerlukan pelayanan mereka. Apakah beberapa cara praktikal kita boleh beri makanan kepada yang lapar, pakaian kepada yang tidak berpakaian, dan melawat yang sakit?

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Minyak penukaran hati.

Elder David A. Bednar mencadangkan penterjemahan mungkin tentang perumpamaan sepuluh orang gadis:

“Pertimbangkan minyak itu sebagai minyak penukaran hati [lihat Matius 25:4–9]. …

“Adakah lima orang gadis yang bijak mementingkan diri sendiri dan tidak rela berkongsi, atau mereka sedang menunjukkan dengan betul bahawa minyak penukaran hati tidak boleh dipinjam? Bolehkah kekuatan rohani yang datang dari kepatuhan konsisten kepada perintah-perintah diberi kepada orang lain? Bolehkah pengetahuan yang didapati melalui pembelajaran tekun dan renungan tulisan suci diberikan kepada orang yang mempunyai keperluan? Bolehkah kedamaian yang dibawa oleh injil kepada seorang Orang Suci Zaman Akhir yang beriman dipindahkan kepada seorang individu yang mengalami kesukaran atau cabaran besar? Jawapan jelas kepada setiap soalan-soalan ini adalah tidak.

“Seperti gadis-gadis yang bijak berkata dengan baik, setiap daripada kita mesti beli untuk diri kita sendiri. Wanita-wanita terilham ini bukan menggambarkan satu urusan perniagaan; sebaliknya, mereka sedang menekankan tanggungjawab individu untuk memastikan pelita kesaksian membakar dan mendapatkan bekalan minyak penukaran hati yang mencukupi. Minyak berharga ini diperoleh satu titis demi satu setiap masa—‘baris demi baris [dan] ajaran demi ajaran’ (2 Nefi 28:30), dengan kesabaran dan berterusan (“Converted unto the Lord,” Liahona, Nov. 2012,109).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pastikan bahawa anda sedang mengajar ajaran yang benar. “Sentiasa tanyakan diri, ‘Bagaimanakah apa yang saya ajar membantu ahli-ahli kelas saya membina iman dalam Kristus, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan menerima Roh Kudus?’” (Teaching in the Savior’s Way20).