“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 23; Yohanes 13: ‘Sebagai Peringatan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
29 Mei–4 Jun
Matius 26; Markus 14; Lukas 13
“Sebagai Peringatan”
Baca Matius 26; Markus 14; dan Yohanes 13, dan renungkan fikiran dan tanggapan yang datang ke minda anda. Apakah pesanan yang akan memberkati ahli-ahli kelas anda?
Jemput Perkongsian
Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan sesuatu yang mereka pelajari minggu ini yang telah membantu mereka memperoleh makna lebih dalam sakramen. Apa yang telah mereka lakukan dan bagaimanakah ia mempengaruhi pengalaman mereka ketika mengambil sakramen?
Mengajar Ajaran
Kita harus periksa kehidupan diri sendiri untuk memastikan bagaimana firman Tuhan boleh diaplikasikan kepada kita.
-
Kita mendengar banyak ajaran injil dalam kehidupan kita, tetapi kadangkala ia mudah untuk menganggapkan ajaran-ajaran tersebut adalah untuk orang lain. Satu perbincangan berkenaan Matius 26:20–22 boleh membantu kita untuk mengatasi kecenderungan ini. Apakah pelajaran yang kita dapat belajar daripada cara pengikut-pengikut mengamalkan firman Juruselamat untuk diri mereka sendiri? Jika terdapat ahli-ahli kelas yang membaca rujukan Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam pesanannya “Tuhan, Adakah Ia Saya?,” mereka boleh berkongsi pemahaman yang mereka telah perolehi (Liahona, Nov. 2014, 56–59).
Sakramen adalah satu peluang untuk mengingati Juruselamat.
-
Bagaimanakah ahli-ahli kelas menjelaskan tatacara kudus sakramen kepada seseorang yang tidak biasa dengannya? Anda mungkin boleh membuat satu senarai bersama tentang soalan-soalan yang seseorang mungkin ada tentang sakramen, seperti “Mengapa Juruselamat memberi kita sakramen? Mengapakah roti dan air merupakan lambang-lambang Yesus Kristus yang begitu berkuasa? Apakah yang kita janjikan semasa kita mengambil sakramen? Apakah janji-janji yang kita terima?” Ahli-ahli kelas boleh mencari jawapan dalam sumber-sumber berikut: Matius 26:26–29; Ajaran dan Perjanjian 20:75–79. Anda juga boleh berkongsi pandangan dari Elder D. Todd Christofferson dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
-
Ahli-ahli kelas akan mendapat manfaat daripada mendengar idea satu sama lain berkenaan bagaimana untuk mengingati Juruselamat ketika sakramen dan sepanjang minggu (lihat Lukas 22:19–20; Ajaran dan Perjanjian 6:36–37). Anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi apa yang membantu mereka dan keluarga mereka mengingati Juruselamat dan mentaati perjanjian-perjanjian mereka. Mereka juga boleh kongsikan apa yang mereka lakukan untuk menjadikan sakramen satu pengalaman kudus.
Juruselamat merupakan teladan melayan orang dengan rendah hati.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas merenung kepentingan Yesus membasuh kaki para pengikut-Nya, anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk berlakon sebagai Petrus dan ditemu bual oleh ahli-ahli kelas lain. Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Yohanes 13:1–17 dan memikirkan soalan-soalan bermakna yang mereka boleh tanya Petrus untuk belajar tentang pengalamannya. Bagaimanakah laporan ini mungkin mempengaruhi cara kita melayan orang lain?
Kasih kita terhadap orang lain adalah tanda bahawa kita ialah pengikut Yesus Kristus yang sejati.
-
Bagaimanakah anda boleh mengilhami ahli-ahli kelas untuk menjadi lebih penyayang? Anda boleh bertanyakan mereka sifat-sifat yang mereka perhatikan ketika mereka bertemu dengan seseorang yang merupakan pengikut Kristus. Anda boleh menjemput mereka baca Yohanes 13:34–35 untuk belajar bagaimana pengikut Juruselamat yang sejati boleh dikenalpasti. Apakah yang boleh kita lakukan supaya kasih menjadi ciri yang terutama dalam penganutan kita? Anda boleh membincangkan bagaimana mengasihi orang lain adalah satu cara bersaksi tentang Yesus Kristus. Bagaimanakah kita boleh melakukan ini dalam keluarga kita, di media sosial, dan dalam keadaan lain?
-
Bersama kelas, anda telah pelajari banyak tentang kehidupan Juruselamat tahun ini, termasuklah banyak teladan bagaimana Dia menunjukkan kasih-Nya kepada orang lain. Satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan perintah dalam Yohanes 13:34 adalah dengan menuliskan Sebagaimana Aku Sudah Mengasihi Kamu di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan contoh-contoh yang diingati dari Perjanjian Baru yang menggambarkan kasih Yesus. Kemudian anda boleh tuliskan Saling Mengasihi di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan cara-cara kita boleh mengikuti teladan kasih-Nya.
Sumber-sumber Tambahan
“Menghayati sifat-sifat dan watak Kristus.”
Elder D. Todd Christofferson mengajar, “Secara kiasan, memakan daging [Juruselamat] dan meminum darah-Nya [bermaksud] untuk menghayati sifat-sifat dan watak Kristus, menanggalkan manusia alamiah dan menjadi Orang Suci ‘melalui korban tebusan Kristus Tuhan’ [Mosiah 3:19]. Apabila kita mengambil sakramen roti dan air setiap minggu, kita haruslah pertimbangkan bagaimana untuk mengikut corak dan teladan hidup-Nya yang sempurna secara seluruh dan sepenuhnya dalam kehidupan kita” (“Roti Hidup yang Turun dari Syurga,” Liahona, Nov. 2017, 37).