Perjanjian Baru 2023
19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: “Sudah Selesai”


“19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Kristus di depan Pilatus

Ecce Homo, oleh Antonio Ciseri

19–25 Jun

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

“Sudah Selesai”

Mulakan penyediaan anda untuk mengajar dengan doa dan membaca Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19. Berusaha untuk hidup layak penemanan Roh supaya anda boleh memberi kesaksian yang berkuasa tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput setiap ahli kelas untuk memilih satu bab dari bacaan minggu ini dan luangkan masa beberapa minit mengimbasnya, untuk mencari satu perkataan, satu frasa, atau butiran yang mengajar mereka sesuatu yang bermakna tentang Juruselamat dan misi-Nya. Berikan mereka peluang untuk berkongsi apa yang mereka dapati dan jelaskan mengapa ia bermakna kepada mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

Kesanggupan Yesus Kristus untuk menderita menunjukkan kasih-Nya kepada Bapa dan kepada kita semua.

  • Untuk membantu kelas anda memahami bagaimana penderitaan dan kematian Juruselamat di atas salib menunjukkan kasih-Nya, cuba satu aktiviti seperti ini: Beri setiap ahli kelas satu kertas berbentuk hati, dan minta mereka menulis di kertas satu frasa dari 1 Korintus 13:4–7 yang menggambarkan kasih ihsan. Kemudian minta mereka untuk mencari Matius 27; Markus 15; Lukas 23; atau Yohanes 19 dan menulis sebelah hati mereka beberapa ayat yang membuktikan cara Juruselamat menunjukkan kasih yang digambarkan dalam frasa yang mereka pilih. Biarkan mereka berkongsi apa yang mereka temui. Apakah pengalaman-pengalaman yang telah membantu kita memahami kasih Juruselamat?

    Imej
    mahkota duri

    Askar-askar “membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu meletakkannya pada kepala Yesus” (Markus 15:17).

  • Seni boleh membantu ahli-ahli kelas membayangkan beberapa peristiwa yang mereka telah baca minggu ini. Anda boleh membahagikan kelas ke dalam beberapa kumpulan dan tugaskan satu gambar kepada setiap kumpulan (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk gambar-gambar yang dicadangkan). Ahli-ahli kelas boleh membaca ayat-ayat yang menghuraikan peristiwa yang digambarkan dalam gambar mereka. Kemudian mereka boleh berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang peristiwa-peristiwa tersebut—termasuk bagaimana gambar itu membantu mereka lebih memahami Korban Tebusan Juruselamat. Galakkan ahli-ahli kelas untuk memberi kesaksian tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.

Matius 27:11–60

Para nabi kuno meramalkan penderitaan dan Penyaliban Juruselamat.

  • Para nabi kuno telah menubuatkan banyak peristiwa di saat-saat terakhir Juruselamat. Satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas melihat ini adalah dengan memberi setiap orang satu atau lebih tulisan suci dari “Sumber-sumber Tambahan” dan minta mereka untuk mencari ayat-ayat dalam Matius 27 yang menunjukkan bagaimana tulisan suci telah dipenuhi. Anda boleh membuat carta yang memadankan nubuat dengan kejadiannya. Bagaimanakah nubuat-nubuat ini menguatkan iman kita kepada Yesus Kristus?

Matius 27:27–49; Markus 15:16–32; Lukas 23:11, 35–39; Yohanes 19:1–5

Pertentangan tidak dapat menghentikan kerja Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas menghadapi pertentangan dengan iman sambil hidup setia, anda boleh menjemput mereka untuk membaca ayat-ayat yang menggambarkan penganiayaan Juruselamat (lihat Matius 27:27–49; Markus 15:16–32; Lukas 23:11, 35–39; Yohanes 19:1–5). Apakah yang kita pelajari dari tindak balas Juruselamat yang boleh membantu kita menghadapi pertentangan? Apakah contoh-contoh lain tentang menghadapi pertentangan yang boleh menolong kita? (Lihat, sebagai contoh, Joseph Smith—Sejarah 1:24–25.)

Lukas 23:34–43

Juruselamat menawarkan harapan dan pengampunan kepada kita.

  • Malah pada saat-saat terakhir-Nya, Juruselamat terus menawarkan harapan dan pengampunan. Pertimbangkan cara-cara untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk mengikuti teladan-Nya. Contohnya, anda boleh meminta separuh daripada kelas untuk membaca Lukas 23:34–38. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dari ayat-ayat yang ditugaskan kepada mereka. Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladan Juruselamat?

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Gambar-gambar penganiayaan, penderitaan, dan kematian Yesus.

Tulisan suci yang meramalkan percubaan dan kematian Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mendapatkan kekuatan daripada Juruselamat. “Dalam usaha anda untuk meneladani dan mengajar lebih seperti Juruselamat, anda akan gagal pada masa-masa tertentu. Jangan menjadi kecewa; sebaliknya, biarkan kesilapan dan kelemahan anda mengarahkan anda kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat” (Teaching in the Savior’s Way14).

Cetak