Perjanjian Baru 2023
26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: “Dia Sudah Bangkit”


“26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia Sudah Bangkit’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Yesus berfirman kepada Petrus di tepi laut

Feed My Sheep [Peliharalah Domba-Domba-Ku], oleh Kamille Corry

26 Jun–2 Julai

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21

“Dia Sudah Bangkit”

Sebelum meneroka idea-idea mengajar dalam panduan ini, baca Matius 28; Markus 16; Lukas 24; dan Yohanes 20–21, dan renungkan bagaimana bab-bab itu boleh digunakan untuk memperkuatkan iman mereka yang anda ajar.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka telah pelajari dalam kajian peribadi atau keluarga, minta mereka menulis satu kebenaran daripada tugas bacaan minggu ini yang mereka rasa perlu dikongsi dengan “seluruh dunia” (lihat Markus 16:15). Di akhir kelas, tanya jika mereka peroleh kebenaran tambahan yang ingin dikongsikan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20

Oleh kerana Yesus telah dibangkitkan, kita juga akan dibangkitkan.

  • Anda boleh memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula tugas bacaan minggu ini dan “Kebangkitan” dalam Panduan Tulisan Suci dan menulis kebenaran yang mereka pelajari tentang Kebangkitan. Benarkan beberapa orang berkongsi apa yang mereka telah tulis, dan galakkan ahli-ahli kelas untuk mengangkat tangan apabila mereka mendengar seseorang berkongsi kebenaran yang serupa dengan apa yang mereka telah tuliskan. Mengapakah kebenaran-kebenaran itu penting bagi kita? Bagaimanakah mereka mempengaruhi hubungan kita? Bagaimanakah mereka mempengaruhi pilihan kita?

Lukas 24:13–35

Kita boleh menjemput Juruselamat untuk “tinggallah dengan kami.”

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat perhubungan di antara pengalaman mereka dengan pengalaman pengikut-pengikut dalam perjalanan ke Emaus, lukiskan satu jalan di papan tulis, dan jemput ahli-ahli kelas untuk menulis butiran daripada laporan dalam Lukas 24:13–35 pada satu belah jalan itu. Kemudian, di sebelah lain jalan itu, mereka boleh menulis persamaan yang diperhatikan dalam pengalaman diri sebagai pengikut Yesus Kristus. Contohnya, mereka boleh menulis Mata mereka tidak mengenal (Lukas 24:16) di satu belah jalan dan Kita kadangkala tidak mengenali pengaruh Tuhan dalam hidup kita di belah yang lain. Bagaimana kita boleh menjemput Juruselamat untuk tinggallah bersama kita?

Kristus yang Dibangkitkan muncul kepada Rasul-rasul

Yesus telah mengajar Tomas, “Janganlah ragu-ragu, tetapi percayalah” (Yohanes 20:27).

Yohanes 20:19–29

“Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!”

  • Kelas Sekolah Minggu anda boleh menjadi tempat untuk ahli-ahli kelas memperkukuhkan iman satu sama lain dalam perkara-perkara yang tidak dapat dilihat. Anda boleh bermula dengan meminta seseorang untuk meringkaskan pengalaman Tomas dalam Yohanes 20:19–29. Ahli-ahli kelas boleh senaraikan perkara-perkara yang Tuhan minta kita percaya tanpa melihat. Kemudian anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pengalaman yang telah memperkuatkan kesaksian mereka tentang hal-hal ini dan berkat-berkat yang telah datang kepada mereka semasa mereka menjalankan iman.

Yohanes 21:1–17

Juruselamat menjemput kita untuk memelihara domba-domba-Nya.

  • Apakah yang akan membantu ahli-ahli kelas menerima jemputan Juruselamat untuk “peliharalah domba-domba [Dia]”? Anda boleh bermula dengan menjemput mereka untuk membaca Yohanes 21:15–17 dengan senyap, menggantikan nama Simon dengan nama diri dan “anak dombaku” dan “dombaku” dengan nama-nama orang yang mereka rasa Tuhan inginkan mereka untuk melayan—contohnya, mereka yang dilayani, jiran-jiran, atau orang yang mereka kenali di sekolah atau tempat kerja. Selepas beberapa minit, ahli-ahli kelas boleh berkongsi tanggapan-tanggapan yang mereka perolehi. Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat dari tindakan-Nya dalam Yohanes 21:4–13? Apakah yang kita boleh buat untuk memelihara domba dan anak domba Juruselamat? Kenyataan oleh Elder Gary E. Stevenson dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu menjawab soalan ini.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Bagaimana kita boleh “peliharalah domba-domba [Dia]”?

Elder Gary E. Stevenson menjelaskan bagaimana kita boleh memenuhi perintah Tuhan untuk memelihara domba-Nya:

“Siapakah gembala itu? Setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak dalam kerajaan Tuhan ialah seorang gembala. Kita tidak perlukan satu panggilan. Dari saat kita keluar dari air pembaptisan, kita dipanggil ke kerja ini. Kita melayan orang lain dengan kasih kerana Juruselamat memerintah kita untuk berbuat demikian. … Apabila jiran kita bersengsara secara jasmani atau rohani, kita cepat memberi bantuan. Kita menanggung beban satu sama lain, agar ia boleh menjadi ringan. Kita berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa. Kita menghibur mereka yang memerlukan penghiburan [lihat Mosia 18:8–9]. Tuhan pengasih mengharapkan ini dari kita. Dan hari itu akan datang apabila Dia akan menghakimi kita demi pelayanan kita kepada domba-domba-Nya [lihat Matius 25:31–46]” (“Mengembala Jiwa,” Liahona, Nov. 2018, 111).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan masa untuk pelajar-pelajar berkongsi. “Apabila pelajar-pelajar berkongsi apa yang mereka pelajari, mereka bukan sahaja merasai Roh dan memperkuatkan kesaksian mereka sendiri, tetapi mereka juga menggalakkan ahli-ahli kelas lain untuk menemui kebenaran bagi diri mereka sendiri. … Berikan masa untuk pelajar berkongsi dalam setiap pelajaran—dalam beberapa kes, anda mungkin akan mendapati bahawa perbincangan tersebut adalah ajaran itu (Teaching in the Savior’s Way30).