“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
3–9 Julai
Kisah Rasul-Rasul 1–5
“Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”
Jika anda membaca Kisah Rasul-Rasul 1–5 dan mencari bimbingan Roh, anda akan menerima ilham berkenaan kebenaran dalam bab-bab yang akan membantu ahli-ahli kelas bergantung lebih kepada Roh Kudus dan menjadi saksi beriman Tuhan Yesus Kristus.
Jemput Perkongsian
Terdapat banyak ayat-ayat dan asas-asas yang bermakna dalam Kisah Rasul-Rasul 1–5. Satu cara untuk menemui yang mana paling bernilai dan berkaitan untuk ahli-ahli kelas adalah dengan membenarkan mereka memberitahu anda apa yang menonjol dalam pengkajian mereka. Bagaimanakah anda menjemput perkongsian sedemikian? Ia mungkin mudah seperti memberikan mereka beberapa minit untuk mencari dan berkongsi ayat-ayat dari Kisah Rasul-Rasul 1–5 di mana mereka mendengari suara Tuhan berfirman kepada mereka.
Mengajar Ajaran
Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:37–39; 4:1–13, 31–33
Yesus Kristus mengarah Gereja-Nya melalui Roh Kudus.
-
Membaca pengalaman Rasul-rasul dapat membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana mereka dapat menerima kuasa dan bimbingan daripada Roh Kudus dalam panggilan dan tugas Gereja mereka. Satu cara untuk mengkaji semula pengalaman-pengalaman dalam Kisah Rasul-Rasul 1–5 adalah dengan menulis di papan tulis Roh Kudus membantu Rasul-rasul memimpin Gereja dengan: dan kemudian menjemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:37–39; dan 4:1–13, 31–33, mencari cara-cara untuk melengkapkan ayat tersebut. Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi pengalaman di mana Roh Kudus membantu mereka dengan cara-cara ini. Mengapakah para Rasul memerlukan Roh Kudus—dan mengapakah kita memerlukan Dia?
Rasul-rasul Yesus Kristus telah dipanggil oleh Tuhan melalui wahyu.
-
Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas jelaskan bagaimana satu perusahaan memilih penggantian untuk jawatan eksekutif. Apakah kelayakan yang mereka cari? Minta ahli-ahli kelas untuk membandingkan ini dengan bagaimana Rasul Matias dipanggil (lihat Kisah Rasul-Rasul 1:15–26; lihat juga 1 Samuel 16:1–13) dan dengan kata-kata Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan” menggambarkan bagaimana para Rasul dipanggil hari ini. Bagaimanakah kaedah Tuhan untuk memilih pemimpin mempengaruhi iman kita kepada pemimpin-pemimpin yang Dia panggil? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah memperoleh kesaksian bahawa para rasul dan nabi hari ini dipanggil oleh-Nya.
Roh Kudus mengilhami kita untuk bertindak atas perkara yang kita pelajari.
-
Apabila ahli-ahli kelas mengkaji tulisan suci di rumah atau bersama di dalam kelas setiap minggu, mereka mungkin sering berasa “sangat gelisah” (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Anda mungkin diilhami untuk membantu mereka mengambil langkah seterusnya dengan bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan?” (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Baca Kisah Rasul-Rasul 2:37–47 bersama, menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari perkara-perkara yang mana kumpulan 3,000 orang itu lakukan akibat jemputan Petrus. Mereka juga boleh berkongsi cara-cara mereka telah bertindak atas ilham yang diterima dari pengkajian firman Tuhan. Kemudian anda boleh luangkan sedikit masa di akhir kelas untuk setiap orang bertanyakan diri soalan “Apakah yang harus saya lakukan?” dan catatkan tanggapan mereka.
Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–21; 5:12–42
Apabila kita dipenuhi dengan Roh Kudus, kita boleh berkongsi injil dengan berani.
-
Ahli-ahli kelas boleh mengkaji semula Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–21; 5:12–42, mencari contoh-contoh Petrus memberi kesaksian dengan berani. Apakah maksudnya untuk menyampaikan “perkhabaran daripada Tuhan dengan keberanian”? (Kisah Rasul-Rasul 4:31). Bagaimanakah Roh Kudus membantu kita berkongsi injil dengan berani? Bagaimanakah keberanian seperti ini berbeza dengan pertikaian? Ahli-ahli kelas mungkin mempunyai pengalaman untuk dikongsi di mana mereka, atau seseorang yang mereka kenali, mempertahankan atau bersaksikan injil dengan berani.
Sumber-sumber Tambahan
Pemanggilan seorang ahli Rasul.
Gordon B. Hinckley berkongsi gambaran tentang proses pemanggilan Rasul baru: “Prosedurnya unik dalam Gereja Tuhan. Tiada yang cuba mendapatkan jawatan, tiada berebut jawatan, tiada kempen untuk mempromosikan hemah seseorang. Bandingkan cara Tuhan dengan cara dunia. Cara Tuhan lebih sunyi, lebih damai, dan tiada keriuhan atau kos kewangan. Ia tanpa keegoan atau keangkuhan atau cita-cita. Di bawah rancangan Tuhan, mereka yang bertanggungjawab untuk memilih pemimpin-pemimpin dibimbing oleh satu soalan paling penting: ‘Siapakah yang Tuhan inginkan?’ Terdapatnya perbincangan yang tenang dan penuh pertimbangan. Dan terdapatnya banyak doa untuk menerima pengesahan Roh Kudus bahawa pilihan itu adalah baik” (“God Is at the Helm,” Ensign, Mei 1994, 53).