Perjanjian Baru 2023
17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: “Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”


“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Petrus bercakap dengan Kornelius

17–23 Julai

Kisah Rasul-Rasul 10–15

“Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”

Mengkaji dengan doa Kisah Rasul-Rasul 10–15 sebelum membaca panduan ini akan membantu anda menerima tanggapan daripada Tuhan. Idea-idea di bawah adalah cadangan sahaja.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi dengan seseorang yang duduk berdekatan sesuatu yang Roh mengajar mereka semasa mereka membaca Kisah Rasul-Rasul 10–15. Jemput beberapa orang untuk berkongsi fikiran mereka dengan kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kisah Rasul-Rasul 10; 11:1–18; 15:1–25

Bapa Syurgawi mengajar kita baris demi baris melalui wahyu.

  • Sesetengah ahli-ahli kelas mungkin mempunyai tanggapan salah tentang proses menerima wahyu. Ia boleh membantu mereka untuk membincang bagaimana wahyu datang kepada Petrus dan bagaimana mereka boleh bergerak ke hadapan, “jangan ragu-ragu” (Kisah Rasul-Rasul 10:20), apabila wahyu kelihatan tidak lengkap atau tidak jelas. Lukis satu garisan di papan tulis dan tulis pada penghujung garisan Injil adalah untuk dikhutbahkan kepada Orang Bukan Yahudi. Sebagai kelas, kaji semula Kisah Rasul-Rasul 10 dan 11:1–18, dan kemudian tambahkan titik pada garisan yang menunjukkan bagaimana Tuhan mengajar Petrus langkah demi langkah bahawa masa telah datang untuk mengkhutbahkan injil kepada Orang Bukan Yahudi. Sebagai contoh, anda boleh bermula dengan titik berlabel “Kornelius melihat penglihatan” (Kisah Rasul-Rasul 10:1–6) atau bermula dengan perintah Juruselamat kepada pengikut-Nya untuk ajar “semua bangsa” dalam Matius 28:19. Apa yang boleh kita belajar tentang wahyu dari pengalaman Petrus? Apakah yang ajaran Nefi tentang wahyu dalam 2 Nephi 28:30 dan ajaran Elder David A. Bednar dalam “Sumber-sumber Tambahan” menambah kepada pemahaman kita?

    gadis membaca tulisan suci

    Wahyu peribadi selalunya datang melalui usaha yang gigih.

  • Anda boleh belajar contoh-contoh dalam tulisan suci di mana Tuhan mengajar umat-Nya baris demi baris. Sebagai tambahan kepada pengalaman Petrus dalam Kisah Rasul-Rasul 10, ahli-ahli kelas boleh mengkaji semula pengalaman Nefi (1 Nefi 18:1–3); Alma (Alma 7:8; 16:20); dan Mormon (3 Nefi 28:17, 36–40). Apakah contoh lain yang ahli-ahli kelas boleh fikirkan di mana orang menerima bimbingan rohani “di sini sedikit, dan di sana sedikit”? (2 Nefi 28:30). Mengapakah Tuhan kadangkala memilih untuk menunjukkan perkara dalam cara ini dan bukannya memberi kita jawapan semua pada satu masa? (lihat Ajaran dan Perjanjian 50:40; 98:12).

  • Kadangkala ahli-ahli mempunyai soalan atau kebimbangan tentang perubahan dasar dan program dalam Gereja. Ia boleh membantu mereka membincangkan bagaimana wahyu untuk mula mengkhutbahkan injil kepada bangsa bukan Yahudi (lihat Kisah Rasul-Rasul 10) menggantikan arahan awal Tuhan kepada para pengikut-Nya (lihat Matius 10:1, 5–6). Anda boleh tunjukkan video “The Jerusalem Conference” (ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah ahli-ahli kelas menjawab seseorang dalam zaman Petrus yang tidak bersetuju dengan arahan Petrus kerana ia bertentangan dengan amalan awal? Bagaimanakah wahyu dalam Kisah Rasul-Rasul 10 membantu kita mendengar wahyu berterusan Tuhan melalui nabi-Nya?

Kisah Rasul-Rasul 10:9–48

“Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata.”

  • Adakah ahli-ahli kelas anda akan bermanfaat dari perbincangan tentang makna “memperlakukan semua orang dengan sama rata”? Anda boleh bermula dengan menjemput kelas untuk membaca tulisan suci yang mengajar tentang Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata, seperti Roma 2:1–11; 1 Nefi 17:34–40; 2 Nefi 26:32–33; Alma 5:33; Moroni 8:12; dan Ajaran dan Perjanjian 1:34–35. Minta ahli-ahli kelas untuk menulis definisi yang sesuai bagi “memperlakukan semua orang dengan sama rata,” berdasarkan apa yang mereka baca, dan kemudian berkongsi apa yang mereka tulis. Bagaimana peristiwa dan asas-asas dalam Kisah Rasul-Rasul 10:34–48 menunjukkan bahawa Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata? Bagaimanakah orang soleh “diterima” dan “disukai” oleh Tuhan jika Dia memperlakukan semua orang dengan sama rata? (lihat Kisah Rasul-Rasul 10:34–35; 1 Nefi 17:35).

    Anda mungkin perlu membantu ahli-ahli kelas memahami bahawa “memperlakukan semua orang dengan sama rata” tidak bermakna bahawa Tuhan memberkati semua orang dengan sama tidak kira perbuatan kita. Dia mahu semua anak-anak-Nya untuk menerima injil-Nya, tetapi keseluruhan berkat-berkat injil dikhaskan bagi mereka yang membuat dan mentaati perjanjian dengan-Nya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Menerima wahyu baris demi baris.

Elder David A. Bednar mengajar: “Ramai di antara kita biasanya menganggap bahawa kita akan menerima satu jawapan atau satu dorongan kepada doa dan rayuan tekun kita. Dan kita juga sering mengharapkan bahawa jawapan atau dorongan sedemikian akan datang dengan segera dan semua pada satu masa. Oleh itu, kita mula percaya bahawa Tuhan akan memberi kita satu jawapan besar dengan cepat dan semua pada satu masa. Namun, pola yang berulang kali digambarkan dalam kitab suci mencadangkan kita menerima ‘baris demi baris, ajaran demi ajaran,’ atau dalam kata lain, banyak jawapan kecil dalam satu tempoh masa. Mengenali dan memahami pola ini adalah kunci penting dalam mendapatkan inspirasi dan bantuan Roh Kudus” (“Line upon Line, Precept upon Precept,” New Era, Sept. 2010, 3–4).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bermula dengan kitab suci. Sebelum berpaling kepada sumber-sumber tambahan, kaji tulisan suci kuno dan moden dengan tekun. Mengkaji firman-firman Tuhan dengan doa akan membenarkan Roh membantu anda menggunakan apa yang anda pelajari apabila anda mengajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way12.)