Perjanjian Baru 2023
24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: “Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil]”


“24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: ‘Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Paulus mengajar di bukit

24–30 Julai

Kisah Rasul-Rasul 16–21

“Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil]”

Sebelum melihat panduan ini, berdoa dan baca Kisah Rasul-Rasul 16–21 dengan memikirkan ahli-ahli kelas anda. Idea-idea berikut boleh menambah kepada inspirasi yang anda terima daripada Roh.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas berkongsi petikan dari Kisah Rasul-Rasul 16–21 yang mengingatkan mereka tentang pengalaman mereka ketika berkongsikan injil.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kisah Rasul-Rasul 16–21

Sebagai ahli Gereja Juruselamat, kita bersaksi tentang-Nya dan berkongsi injil-Nya.

  • Satu pesanan penting dalam Kisah Rasul-Rasul 16–21 adalah peranan Roh Kudus dalam perkongsian injil. Untuk satu contoh, ahli-ahli kelas boleh membaca tentang bagaimana Roh Kudus membantu Paulus dan Silas dalam Kisah Rasul-Rasul 16:6–15. Mengapakah kita memerlukan Roh Kudus apabila kita berkongsi injil? (lihat 2 Nefi 33:1; Ajaran dan Perjanjian 33:8–10; 42:14; 100:5–8). Ahli-ahli kelas boleh berkongsikan pengalaman apabila Roh Kudus membimbing usaha mereka untuk berkongsi injil.

  • Bagaimanakah pengalaman Paulus boleh membantu ahli-ahli kelas mempunyai keberanian apabila mereka didorong untuk berkongsi kesaksian mereka? Pertimbangkan untuk meminta setiap ahli kelas mengkaji salah satu laporan berikut: Kisah Rasul-Rasul 16:16–34; 17:16–34; 18:1–11. Minta mereka kongsikan bukti yang mereka temui tentang keberanian dan kegagahan Paulus. Apakah kebenaran yang diajar (dan difahami) Paulus yang memberinya keyakinan terhadap pesanannya? Mengapakah kita kadang-kadang teragak-agak untuk berkongsi injil, dan bagaimanakah Juruselamat membantu kita? Galakkan ahli-ahli kelas untuk memikirkan satu cara mereka boleh mengikuti teladan Paulus dan berkongsi kesaksian mereka tentang Kristus dengan lebih kerap.

5:45

Kisah Rasul-Rasul 17:16–34

Kita adalah anak-anak Tuhan.

  • Di Areopagus, Paulus mengajar tentang Bapa Syurgawi kepada sekumpulan orang yang kurang mengetahui tentang sifat sebenar Tuhan. Untuk meneroka ajaran ini, ahli-ahli kelas boleh membaca Kisah Rasul-Rasul 17:24–31 dan menulis di papan tulis kebenaran yang mereka temui tentang Bapa Syurgawi, hubungan kita dengan-Nya, dan hubungan kita dengan satu sama lain. Mereka kemudiannya boleh berkongsi pengalaman di mana mereka merasakan kebenaran kenyataan Paulus bahawa Tuhan “tidak jauh daripada kita masing-masing” (ayat 27).

  • Semasa anda mengkaji ayat-ayat ini bersama, pertimbangkan untuk membincangkan kebenaran yang diajar dalam ayat 29: “Kita anak Tuhan.” Anda boleh menulis di papan tulis Kerana kita adalah anak Tuhan, … dan Jika kita tidak tahu kita adalah anak Tuhan, … Jemput ahli-ahli kelas untuk mencadangkan cara untuk melengkapkan ayat-ayat ini. Contohnya, bagaimana fakta bahawa kita adalah anak-anak Tuhan mengajarkan kita tentang diri dan cara kita harus melayani satu sama lain? Bagaimanakah kehidupan kita akan jadi berbeza jika kita tidak tahu tentang hubungan kita yang sebenarnya dengan Tuhan? Bagaimanakah kenyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin menambah kepada perbincangan ini?

    bayi sedang dipegang

    Setiap kita adalah anak Tuhan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Kita semua anak-anak Tuhan.

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” berkongsi kebenaran abadi tentang hubungan kita dengan Tuhan: “Semua insan—lelaki dan perempuan—dicipta untuk menyerupai Tuhan. Setiap insan adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi, dan, oleh demikian, masing-masing mempunyai sifat dan takdir ilahi” (ChurchofJesusChrist.org).

Presiden Dallin H. Oaks bercakap mengenai kepentingan melihat diri kita terdahulu dan terpenting sebagai anak-anak rohani Tuhan:

“Berhati-hati dengan cara anda mencirikan diri anda. Jangan mencirikan atau mendefinisikan diri anda dengan beberapa kualiti sementara. Satu-satunya kualiti tunggal yang harus mencirikan diri kita adalah bahawa kita anak lelaki atau perempuan Tuhan. Fakta itu melangkau semua ciri-ciri lain, termasuk bangsa, pekerjaan, ciri-ciri fizikal, penghormatan, atau perhubungan agama. …

“Kita mempunyai hak pilihan, dan kita boleh memilih apa pun ciri-ciri untuk mendefinisikan kita. Tetapi kita perlu tahu bahawa apabila kita memilih untuk mendefinisikan diri kita atau mempersembahkan diri kita dengan ciri-ciri yang bersifat sementara atau remeh dalam istilah abadi, kita tidak menegaskan apa yang paling penting tentang kita, dan kita mengutamakan apa yang tidak penting. Ini boleh membawa kita ke jalan yang salah dan menghalang kemajuan abadi kita” (“Be Wise” [Brigham Young University–Idaho devotional, Nov.7, 2006], byui.edu).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput para remaja untuk menyertai pelajaran anda. Jika anda mengajar para remaja, ingatlah bahawa mereka sering dapat memahami perkara-perkara yang rakan sebaya mereka sedang lalui. Apabila seorang anak muda memberi kesaksian atau mengajarkan ajaran, remaja lain mungkin disentuh dalam cara yang tidak dapat diulangi. Berikan peluang untuk para remaja mengajar satu sama lain. (Lihat Teaching in the Savior’s Way28.)