Perjanjian Baru 2023
31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Pelayan Rohani dan Saksi


“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Pelayan Rohani dan Saksi Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22-28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Paulus di dalam penjara

31 Julai–6 Ogos

Kisah Rasul-Rasul 22–28

Pelayan Rohani dan Saksi

Baca Kisah Rasul-Rasul 22–28 dengan doa dalam hati agar Roh Kudus akan mengilhami anda untuk mengetahui apa yang harus ditumpukan supaya dapat membantu ahli-ahli kelas anda. Catatkan sebarang idea yang datang ke minda; ia mungkin menjadi permulaan rancangan pengajaran anda.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta ahli-ahli kelas untuk menulis satu rujukan tulisan suci dari Kisah Rasul-Rasul 22–28 yang telah menarik perhatian mereka minggu ini. Kumpulkan jawapan-jawapan mereka dan baca beberapa ayat itu bersama. Jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi mengapa ayat-ayat tersebut bermakna bagi mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kisah Rasul-Rasul 22:1–21; 26:1–29

Kesaksian merupakan satu pengisytiharan kebenaran yang berdasarkan pengetahuan atau kepercayaan peribadi.

  • Kesaksian Paulus kepada Festus dan Raja Agripa boleh menjadi satu peluang untuk membincangkan apa maksudnya memberi kesaksian. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula Kisah Rasul-Rasul 22:1–21 atau 26:1–29. Apakah yang kita pelajari daripada teladan Paulus tentang pemberian kesaksian? Apakah asas tambahan berkenaan pemberian kesaksian yang kita pelajari daripada kenyataan Presiden M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Nyanyi atau mainkan lagu rohani “Kesaksian” (Nyanyian Rohani, no. 54) boleh mengundang Roh ke perbincangan anda.

  • Walaupun Paulus tidak mencari kesaksian rohani yang diterima dalam perjalanan ke Damsyik, dia menghabiskan sisa hidupnya berusaha untuk mengekalkan dan mempertahankan kesaksian dia (lihat Kisah Rasul-Rasul 22:10, 14–16; 26:19). Teladan Paulus mungkin dapat membantu kelas anda faham bahawa satu kesaksian memerlukan usaha dan pengorbanan. Untuk memulakan satu perbincangan berkenaan ini, seorang ahli kelas boleh menerangkan usahanya untuk menjadi seorang pemuzik, pelukis, atau olahraga yang mahir. Bagaimanakah pengembangan kemahiran sedemikian seumpama memperoleh dan memperkukuhkan satu kesaksian? Apakah usaha-usaha yang kita perlu lakukan untuk memperoleh dan memperkukuhkan satu kesaksian? (lihat juga Alma 5:46).

Kisah Rasul-Rasul 26:9–23

Kita mempunyai tanggungjawab untuk melayan orang lain.

  • Tuhan telah memanggil Paulus untuk menjadi seorang hamba [pelayan rohani] (Kisah Rasul-Rasul 26:16), tetapi apakah maksud perkataan ini? Untuk membantu ahli-ahli kelas meneroka bagaimana mereka boleh melayan orang lain, dengan atau tanpa tugasan rasmi, anda boleh menulis di papan tulis satu soalan seperti Apakah maksudnya untuk melayan? Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan dalam sumber-sumber berikut: Matius 20:25–28; Kisah Rasul-Rasul 26:16–18; 3 Nefi 18:29–32; Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Juruselamat,” Liahona, Mei 2018, 104–7. Ketika mereka berkongsi apa yang mereka dapati, galakkan mereka untuk membincangkan cara-cara kita boleh melayan orang lain, termasuklah dalam panggilan Gereja kita.

Kisah Rasul-Rasul 27

Jika kita mematuhi nabi-nabi Tuhan, Dia akan membimbing dan melindungi kita daripada kejahatan.

  • Jemput ahli-ahli kelas untuk bercakap tentang tindak balas pegawai tentera ketika Paulus bernubuat bahawa kapal itu akan mengalami “kerosakan besar” dan nyawa akan hilang (lihat Kisah Rasul-Rasul 27:10–11). Mengapakah pegawai tentera bertindak balas sedemikian? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka akan katakan kepada pegawai tentera itu untuk membantu dia mempercayai nubuat Paulus. Apakah ajaran lain yang kita boleh belajar daripada Kisah Rasul-Rasul 27 tentang mengikuti hamba Tuhan? Ahli-ahli kelas anda mungkin mempunyai pengalaman di mana mereka mengikut bimbingan nabi walaupun ia berbeza daripada nasihat orang di sekeliling mereka. Jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi pengalaman mereka.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Memberi kesaksian.

Presiden M. Russell Ballard bercakap tentang kesaksian Paulus kepada Raja Agripa dan mengajar apa maksudnya bagi kita untuk memberi kesaksian:

“Pertemuan kesaksian kita haruslah lebih berpusat kepada Juruselamat, ajaran-ajaran injil, berkat Pemulihan, dan ajaran-ajaran tulisan suci. Kita perlu menggantikan cerita-cerita, kisah perjalanan, dan ceramah dengan kesaksian yang murni. Mereka yang diamanahkan untuk berucap dan mengajar di pertemuan kita perlulah melakukannya dengan kuasa ajaran yang akan didengar dan dirasai, mengangkat roh dan memperbaiki orang kita. …

“…Walaupun ia baik untuk mengungkapkan kasih dan kesyukuran, ungkapan tersebut tidak membentuk jenis kesaksian yang akan menyemarakkan api kepercayaan dalam kehidupan orang lain. Memberi kesaksian adalah ‘memberikan kesaksian melalui kuasa Roh Kudus; membuat pernyataan khusyuk mengenai kebenaran berdasarkan pada pengetahuan atau kepercayaan peribadi. [Panduan Tulisan Suci, “Bersaksi,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org]. Pengisytiharan yang jelas membuat perbezaan dalam kehidupan orang. Itulah yang akan mengubah hati. Itulah yang Roh Kudus dapat tetapkan di dalam hati anak-anak Tuhan” (“Pure Testimony,” Liahona, Nov. 2004,41).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersiap sedia terlebih dahulu. “Apabila anda merenung bagaimana asas-asas injil yang anda ajar akan memberkati ahli-ahli kelas anda, idea dan tanggapan akan datang dalam kehidupan sehari-hari anda—ketika anda pergi ke kerja, melaksanakan kerja rumah, atau berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan fikirkan persediaan rohani sebagai sesuatu yang anda mengatur masa untuk lakukan tetapi sesuatu yang anda sentiasa lakukan” (Teaching in the Savior’s Way12).

Cetak