Perjanjian Baru 2023
7–13 Ogos. Roma 1–6: “Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”


“7–13 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“7–13 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Paulus menulis surat

7–13 Ogos

Roma 1–6

“Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”

Baca dengan penuh doa Roma 1–6 dengan memikirkan ahli-ahli kelas anda. Ini akan membantu anda menjadi peka kepada dorongan Roh semasa anda bersedia mengajar.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk membaca Roma 1–6 dan carikan satu ayat yang Roh Kudus telah membantu mereka lebih memahami. Kemudian mereka boleh berkongsi ayat yang mereka pilih dengan orang yang duduk berdekatan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Roma 1:16–17

“Aku yakin (tidak malu) dengan injil … Yesus.”

  • Ramai orang telah mengalami pengalaman di mana mereka dicemuh kerana kepercayaan mereka. Untuk membantu ahli-ahli kelas ketika mereka menghadapi pengalaman seperti ini, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Roma 1:16–17 dan memikirkan contoh-contoh dari Kisah Rasul-Rasul di mana Paulus menunjukkan dia yakin (tidak malu) dengan injil. Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi sebab-sebab mereka merasa tidak malu dengan injil Yesus Kristus. Atau mereka boleh berkongsi pengalaman di mana mereka atau orang lain menunjukkan bahawa mereka tidak malu dengan injil Yesus Kristus.

    ahli-ahli kelas mengangkat tangan mereka

    Kita boleh yakin (tidak malu) dalam berkongsi kesaksian kita tentang injil.

Roma 2:28–29

Penganutan yang benar didapati dalam komitmen batin kita, bukan hanya dalam tindakan kita.

  • Bagaimanakah kita menilai penganutan kita sendiri? Nasihat Paulus kepada orang Roma boleh membantu kita ingat untuk bertumpu lebih kepada “hati [dan] roh” (Roma 2:29) daripada tindakan luaran. Untuk membantu kelas anda memahami nasihat Paulus, anda boleh menulis teks dari Roma 2:28–29 di papan tulis. Gantikan perkataan Yahudi dengan Orang Suci Zaman Akhir dan perkataan sunat dengan perjanjian. Apakah yang ditambahkan oleh perubahan ini kepada pemahaman kita tentang ajaran Paulus? Anda juga boleh membincangkan contoh-contoh perkara yang kita lakukan sebagai ahli Gereja yang menjadi lebih bermakna dan berkuasa apabila dilakukan “dengan hati dan dalam roh” (Roma 2:29).

Roma 3–6

“Tetapi apabila dosa bertambah, rahmat Tuhan pun semakin bertambah.”

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas memahami ajaran-ajaran Paulus tentang iman, pekerjaan, dan rahmat? Pertimbangkan untuk berkongsi dua senario berikut untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bahawa kita tidak seharusnya melihat kerja baik kita sebagai satu cara untuk membuktikan kelayakan kita, dan juga kita tidak harus melihat rahmat Kristus sebagai alasan untuk kesilapan dan dosa kita. Ahli-ahli kelas boleh mencari kebenaran dalam Roma 3:20–31; 5:1–2; 6:1–2, 21–23 yang boleh membantu Gloria dan Justin. Apakah kebenaran ajaran lain dalam “Sumber-sumber Tambahan” yang boleh membantu ahli-ahli kelas memahami kepentingan kedua-dua pekerjaan soleh dan rahmat Kristus?

    Senario 1

    Seorang kawan bernama Gloria merasa beban dalam usahanya untuk menjadi seorang pengikut yang beriman. Dia bekerja keras untuk melakukan segala yang dia rasa perlu dilakukan, tetapi dia sering bimbang bahawa usahanya tidak mencukupi. “Adakah saya cukup baik?” Dia bertanya-tanya. “Adakah Tuhan akan menerima saya?”

    Senario 2

    Seorang kawan bernama Justin tidak terlalu bimbang tentang membuat pilihan yang soleh. Dia percaya kepada Yesus Kristus, dia menghadiri pertemuan gereja-Nya, dan dia seorang bapa yang penyayang dan jiran yang baik. Tetapi, dia memilih untuk tidak mematuhi standard yang akan melayakkan dia untuk mendapatkan kad rekomen bait suci. Apabila keluarga dan kawan-kawan cuba menggalakkan dia untuk bersedia ke bait suci, dia menjawab, “Saya seorang yang baik. Saya mempunyai iman kepada Kristus. Dia sudah membayar untuk dosa-dosa saya, dan saya tidak fikir Dia akan menghalang saya ke kerajaan selestial kerana isu-isu kecil seperti itu.”

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Iman, rahmat dan pekerjaan.

Senario 1

  • Eter 12:27

  • Moroni 10:32–33

  • J. Devn Cornish, “Adakah Saya Cukup Baik? Akankah Saya Sampai?,” Liahona, Nov. 2016, 32–34

  • Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar: “Keselamatan tidak boleh dibeli dengan mata wang ketaatan; ia dibeli melalui darah Putera Tuhan. … “Rahmat adalah kurniaan Tuhan, dan keinginan kita untuk mentaati setiap perintah-perintah Tuhan adalah capaian tangan fana untuk menerima kurnia kudus ini daripada Bapa Syurgawi kita.” (“Kurniaan Rahmat,” Liahona, Mei 2015, 109–10).

Senario 2

  • Yakobus 2:17–26

  • Helaman 12:23–24

  • D. Todd Christofferson, “Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Liahona, Nov. 2016, 48.

  • Presiden Uchtdorf mengajar: “Jika rahmat adalah kurnia Tuhan, mengapa kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan sangat penting? Mengapa perlu ikut perintah-perintah Tuhan—atau bertaubat, dalam hal ini? Ketaatan kita terhadap perintah-perintah Tuhan adalah hasil perkembangan kasih dan kesyukuran kekal kita untuk kebaikan Tuhan. Jenis cinta dan kesyukuran tulen ini akan menyambung secara ajaib kerja-kerja kita dengan rahmat Tuhan. (“Kurniaan Rahmat,” 109).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Panggilan anda adalah terilham. Sebagai pengajar, anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk memberkati anak-anak-Nya. Tuhan ingin anda berjaya, jadi, jika anda hidup layak untuk pertolongan-Nya, Dia akan memberikan kepada anda wahyu yang anda cari. (Lihat Teaching in the Savior’s Way5.)