“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
21–27 Ogos
1 Korintus 1–7
“Hendaklah Kamu Bersatu”
Elder Jeffrey R. Holland mengajar bahawa kebanyakan orang “datang [ke gereja] mencari pengalaman rohani” (“A Teacher Come from God,” Ensign, Mei 1998, 26). Apabila anda membaca 1 Korintus 1–7, pertimbangkan dengan doa apa yang boleh anda lakukan untuk membantu mewujudkan pengalaman rohani di kelas anda.
Jemput Perkongsian
Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas tuliskan bagaimana mereka telah bertindak atas apa yang mereka pelajari dari tulisan suci. Minta beberapa ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka tuliskan.
Mengajar Ajaran
Para ahli Gereja Kristus berusaha untuk bersatu.
-
Membincangkan beberapa bab pertama 1 Korintus mungkin boleh menjadi peluang untuk membina kesatuan yang lebih di kalangan ahli bahagian. Anda boleh bermula dengan meminta ahli-ahli kelas bercakap mengenai kelab, kumpulan, pasukan, atau organisasi lain yang mereka sertai yang mempunyai rasa kesatuan besar. Mengapakah kumpulan ini berasa begitu bersatu? Anda kemudian boleh menerokai beberapa ajaran Paulus mengenai kesatuan dalam 1 Korintus 1:10–13; 3:1–11. Apakah yang ayat-ayat ini, bersama dengan pengalaman kita, mengajar tentang apa yang membantu mewujudkan kesatuan dan apa yang mengancamnya? Apakah pengorbanan yang kita perlu lakukan untuk mencapai kesatuan? Apakah berkat-berkat yang datang kepada mereka yang bersatu? Lihat juga analogi Sister Sharon Eubank dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
-
Paulus menggunakan imej sebuah bangunan untuk menggalakkan kesatuan dalam 1 Korintus 3:9–17. Bagaimanakah analogi ini boleh membantu kelas anda memahami kesatuan dengan lebih baik? Contohnya, selepas membaca ayat-ayat ini bersama, anda boleh memberi setiap ahli kelas satu blok dan biarkan mereka bekerjasama untuk membina sesuatu. Dalam erti kata apakah kita adalah “bangunan Tuhan”? (1 Korintus 3:9). Bagaimanakah Tuhan sedang membina kita secara individu? Apakah yang kita sedang membina bersama sebagai Orang Suci? Apakah yang boleh kita lakukan sebagai bahagian yang bersatu yang kita tidak dapat lakukan sebagai individu?
1 Korintus 1:17–31; 2; 3:18–20
Untuk mencapai kerja Tuhan, kita memerlukan kebijaksanaan Tuhan.
-
Berikut satu idea untuk membantu kelas anda bergantung kepada Tuhan: Bahagikan ahli-ahli kelas ke dalam kumpulan dan minta mereka mengimbas 1 Korintus 1:17–31; 2; atau 3:18–20 dan mencari perkataan seperti bijak dan bodoh. Kemudian mereka boleh berkongsi dalam kumpulan mereka apa ayat-ayat ini ajarkan tentang menjadi bijak dalam pekerjaan Tuhan. Apakah perkara-perkara tentang injil yang mungkin kelihatan bodoh untuk sesetengah orang? Bagaimanakah perkara-perkara ini menunjukkan kebijaksanaan Tuhan? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman di mana mereka percaya kepada kebijaksanaan Tuhan, bukannya kebijaksanaan mereka sendiri, untuk menyempurnakan pekerjaan-Nya.
Badan jasmani kita adalah kudus.
-
Untuk memulakan perbincangan mengenai ayat-ayat ini, anda boleh menulis pada papan tulis soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah Tuhan mahu kita melihat badan kita? Bagaimanakah ini berbeza dengan cara Setan mahu kita memikirkan tentang badan kita? Apakah maksudnya badan kita adalah bait suci Roh Kudus? Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut dalam 1 Korintus 6:9–20 (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 88:15; Musa 6:8–9).
-
Perbincangan anda tentang kekudusan badan kita boleh termasuk satu perbualan mengenai hukum kemurnian akhlak. Anda boleh bertanya ahli-ahli kelas apa yang mereka pelajari daripada Paulus—dan juga dari sumber-sumber Gereja yang lain—yang boleh membantu mereka menjelaskan kepada orang lain mengapa kemurnian akhlak penting. Sesetengah sumber ini mungkin termasuk yang disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
Sumber-sumber Tambahan
“Perbezaan boleh menjadi kelebihan.”
Sister Sharon Eubank menerangkan bagaimana pasukan-pasukan persaingan mendayung mencapai perpaduan:
“Pendayung-pendayung mesti mengawal kebebasan mereka dan pada masa yang sama mempertahankan kemampuan individu mereka. Perlumbaan tidak dimenangi oleh klon. Pasukan yang baik adalah campuran yang baik—seorang memimpin, seorang menyimpan tenaga untuk digunakan kemudian, seorang bekerja keras, seorang mengekalkan kedamaian. Tidak satu pendayung yang lebih berharga daripada yang lain, semuanya adalah aset untuk perahu, tetapi jika mereka akan mendayung bersama dengan lancar, setiap orang mesti menyesuaikan kepada keperluan dan kemampuan orang lain—orang yang berlengan pendek mencapai sedikit lebih jauh, orang yang berlengan panjang memendekkan jangkauan mereka.
“Perbezaan boleh menjadi kelebihan dan bukannya keburukan” (“Dengan Penyatuan Perasaan, Kita Memperoleh Kuasa Dengan Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 56, lihat Daniel James Brown, The Boys in the Boat: Nine Americans and Their Epic Quest for Gold at the 1936 Berlin Olympics [2013], 161, 179).