“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
28 Ogos–3 September
1 Korintus 8–13
“Kamu Semua Tubuh Kristus”
Elder Richard G. Scott mengajar bahawa kita “tidak boleh mendengari arahan Roh yang paling peribadi dan berharga” jika kita gagal untuk mencatat dan bertindak kepada “dorongan pertama yang datang kepada [kita]” (“To Acquire Spiritual Guidance,”,” Liahona, Nov. 2009,8).
Jemput Perkongsian
Dalam 1 Korintus 8–13, Paulus mengajar kebenaran injil dengan menggunakan metafora seperti pelari dalam perlumbaan, tubuh manusia, dan “simbal berdenting” (lihat 1 Korintus 9:24–25; 12:13–26; 13:1). Anda boleh bertanya ahli-ahli kelas apa yang mereka pelajari dari perbandingan ini. Bagaimanakah perbandingan ini membantu kita memahami kebenaran injil?
Mengajar Ajaran
Tuhan menyediakan jalan untuk mengatasi godaan.
-
Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran yang berkuasa dalam 1 Korintus 10:13? Salah satu idea adalah membahagikan ayat itu kepada frasa-frasa ringkas, berikan setiap ayat itu kepada ahli kelas yang berbeza, dan minta ahli-ahli kelas untuk menyatakan semula frasa-frasa dengan kata sendiri. Contohnya, apakah cara lain untuk mengatakan “Tuhan setia” atau “dicuba lebih daripada yang dapat kamu tanggung”? Anda kemudiannya boleh membaca semula ayat itu, menggunakan beberapa kenyataan ahli-ahli kelas. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana mereka mendapati janji-janji dalam ayat ini adalah benar. Apakah pandangan tambahan yang boleh kita dapati dalam ayat-ayat dari Alma 13:27–28?
-
Sebalik menumpukan pada godaan spesifik seseorang, anda mungkin mahu menumpukan perbincangan 1 Korintus 10:13 pada godaan yang, dalam kata-kata Paulus, “biasa dialami orang.” Ahli-ahli kelas boleh bermula dengan mengenal pasti amaran Paulus tentang godaan dalam ayat 1–12. Mereka juga mungkin mencadangkan contoh moden dari godaan biasa, seperti godaan untuk menjadi tidak jujur, gosip, atau menghakimi orang lain. Bagaimanakah seseorang, dengan bantuan Tuhan, mengambil “jalan keluar” dari godaan ini?
Sakramen menyatukan kita sebagai ahli Gereja Kristus.
-
Ayat-ayat ini dapat mengilhami perbincangan tentang bagaimana sakramen dapat menyatukan bahagian anda dalam usaha anda untuk menjadi lebih seperti Juruselamat. Anda boleh bermula dengan membaca 1 Korintus 10:16–17 dan menerokai apakah maksud ayat communion (bersatu) dalam konteks ini (seseorang boleh mencari definisi dalam kamus). Bagaimanakah pengambilan sakramen bersama membantu kita berasa lebih bersatu? Bagaimanakah nasihat Paulus untuk “setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu” berkaitan dengan matlamat ini? (1 Korintus 11:28).
Kurnia rohani diberi untuk memanfaatkan semua anak-anak Bapa Syurgawi.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat contoh bagaimana mengembangkan kurnia rohani mereka membantu meneguhkan Gereja, pertimbangkan untuk menjemput mereka fikirkan kurnia rohani yang dimiliki oleh orang dalam tulisan suci. Untuk idea, anda boleh menugaskan mereka untuk mencari salah satu rujukan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan menamakan kurnia rohani yang mereka fikir orang itu miliki. Mereka juga boleh bercakap tentang kurnia rohani yang mereka lihat dalam satu sama lain. Bagaimanakah kurnia rohani orang-orang ini menjadi berkat kepada kita semua? Bagaimanakah kita boleh menggunakan kurnia rohani kita untuk memberkati orang lain dan meneguhkan tubuh Kristus, atau Gereja? (lihat 1 Korintus 12:12–31; lihat juga 1 Korintus 14:12).
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana untuk mengembangkan kurnia rohani, jemput mereka untuk membaca 1 Korintus 12:27–31; Moroni 7:48; 10:23, 30; Ajaran dan Perjanjian 46:8. Apakah tulisan suci ini mengajar kita tentang cara mendapatkan kurnia rohani? Bagaimanakah mengembangkan kurnia rohani menjadikan kita lebih seperti Kristus? Jemput ahli-ahli kelas untuk memilih satu kurnia yang mereka ingin perolehi dan carikan bantuan Tuhan dalam memperoleh kurnia itu.
Kasih ihsan adalah kurnia rohani yang paling hebat.
-
Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk merenung secara senyap 1 Korintus 13 dan fikirkan tentang seseorang yang merupakan contoh baik untuk satu atau lebih aspek kasih ihsan yang Paulus sebutkan. Sesetengah ahli kelas boleh menggambarkan orang yang mereka fikirkan dan pengalaman di mana orang ini menunjukkan kasih ihsan. Anda juga boleh menyenaraikan sebahagian gambaran Paulus di papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi idea-idea tentang maksud seorang yang mempunyai kasih ihsan yang “sabar” atau “tidak cepat tersinggung” (1 Korintus 13:4–5). Bagaimanakah Juruselamat mencontohi sifat-sifat kasih ihsan ini? Apakah kebenaran tambahan yang Moroni 7:46–48 ajarkan tentang kasih ihsan?