Perjanjian Baru 2023
4–10 September. 1 Korintus 14–16: “Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”


“4–10 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“4–10 September. 1 Korintus 14–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
kolam pembaptisan di bait suci

4–10 September

1 Korintus 14–16

“Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”

Sebelum mengkaji semula panduan ini, baca 1 Korintus 14–16. Catatkan tanggapan awal anda tentang kebenaran yang akan membantu ahli-ahli kelas anda, dan terus mencari bimbingan tambahan daripada Roh semasa anda bersedia untuk mengajar.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beri beberapa minit kepada ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula 1 Korintus 14–16 dan cari satu ayat yang mereka rasa bermakna. Jemput mereka untuk mencari seseorang di dalam kelas yang mereka boleh kongsikan ayat mereka dan menjelaskan mengapa mereka memilih ayat itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

1 Korintus 14

Apabila kita berkumpul bersama, kita harus berusaha untuk meneguhkan satu sama lain.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan pengajaran Paulus dalam 1 Korintus 14 untuk mengingatkan ahli-ahli kelas bahawa kita semua boleh meneguhkan—atau menyokong dan mengangkat—satu sama lain di gereja. Cara mudah untuk mengimbas bab ini adalah dengan menulis satu soalan di papan tulis, seperti Apakah matlamat kita apabila kita berkumpul bersama? Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan-jawapan mungkin dalam 1 Korintus 14. Idea-idea lain boleh didapati dalam Moroni 6:4–5 dan Ajaran dan Perjanjian 50:17–23. Apabila ahli-ahli kelas berkongsi pencarian mereka, tanya mereka bagaimana mereka rasa kelas anda sedang lakukan dalam mencapai matlamat tersebut. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman di mana mereka berasa diteguhkan oleh sesuatu yang seorang ahli kelas telah kongsikan.

1 Korintus 15

Kerana Yesus Kristus dibangkitkan, kita semua akan dibangkitkan.

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan kesaksian Paulus dalam 1 Korintus 15 untuk menguatkan kesaksian ahli-ahli kelas tentang Kebangkitan? Satu cara adalah dengan membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan minta satu kumpulan baca 1 Korintus 15 untuk mencari akibat-akibat yang kita akan hadapi jika Yesus Kristus tidak dibangkitkan. Kumpulan yang kedua boleh mencari berkat-berkat yang kita terima kerana Kebangkitan-Nya. Setiap kumpulan boleh menulis di papan tulis apa yang mereka telah belajar. Apakah yang mereka boleh tambahkan kepada senarai mereka selepas membaca pernyataan oleh Elder D. Todd Christofferson dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Untuk membantu ahli-ahli kelas merasakan Roh semasa perbincangan, paparkan satu gambar Juruselamat yang dibangkitkan (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) atau memainkan atau menyanyikan lagu rohani tentang Kebangkitan.

  • Kerana Paulus membalas orang yang tidak percaya dalam kebangkitan, kelas anda boleh bermanfaat dari lakonan peranan dalam situasi yang serupa. Sebagai contoh, bagaimana mereka boleh menguatkan iman orang kesayangan dalam Kebangkitan? Apakah yang kita temui dalam 1 Korintus 15 yang boleh membantu kita menjelaskan keperluan dan bukti Kebangkitan Yesus Kristus? Apakah tulisan suci lain yang kita boleh gunakan? (Lihat, sebagai contoh, Lukas 24:1–12, 36–46; Alma 11:42–45.)

    Imej
    matahari terbit

    Paulus mengajar tentang Kebangkitan dengan merujuk kepada “benda-benda yang di langit” seperti matahari (1 Korintus 15:40).

  • 1 Korintus 15 adalah salah satu dari beberapa tempat dalam tulisan suci di mana pembaptisan bagi orang yang telah mati disebutkan (lihat ayat 29; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 128:18). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman bahagia mereka ketika melakukan pembaptisan atau tatacara lain untuk nenek moyang mereka. Mengapakah Paulus merujuk kepada pembaptisan bagi orang mati sebagai bukti Kebangkitan?

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Kepentingan Kebangkitan.

Elder D. Todd Christofferson mengajar:

“Pertimbangkan seketika kepentingan Kebangkitan dalam menyelesaikan sepenuhnya identiti benar Yesus dari Nasaret dan persaingan falsafah yang hebat dan soalan-soalan hidup. Jika Yesus benar-benar dibangkitkan, ia semestinya benar bahawa Dia adalah makhluk ilahi. Tidak ada orang fana yang mempunyai kuasa di dalamnya untuk hidup semula selepas kematian. Kerana Dia dibangkitkan, Yesus bukan hanya seorang tukang kayu, seorang guru, seorang rabai, atau seorang nabi. Kerana Dia dibangkitkan, Yesus semestinya seorang Tuhan, bahkan Putera Tunggal Bapa.

“Oleh itu, apa yang Dia ajar adalah benar; Tuhan tidak boleh berbohong.

“Oleh itu, Dialah Pencipta bumi, seperti difirmankan-Nya.

“Oleh itu, syurga dan neraka adalah benar, seperti diajar-Nya.

“Oleh itu, terdapat dunia roh, di mana Dia melawat selepas kematian-Nya.

“Oleh itu, Dia akan datang sekali lagi, seperti dikatakan malaikat, dan ‘sendiri memerintah di bumi.’

“Oleh kerana itu, terdapat kebangkitan dan penghakiman terakhir untuk semua” (“The Resurrection of Jesus Christ,” Liahona, Mei 2014, 113).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengenali mereka yang anda ajar. Tidak ada dua orang yang betul-betul serupa, setiap orang yang anda ajar mempunyai latar belakang, perspektif, dan bakat-bakat yang unik. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan mereka untuk melibatkan pelajar-pelajar anda. Apabila anda mengenali mereka yang anda ajar dengan lebih baik, anda boleh mencipta pengajaran yang bermakna untuk mereka (lihat Teaching in the Savior’s Way7).

Cetak