“11–17 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“11–17 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
11–17 September
2 Korintus 1–7
“Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan”
Apabila anda membaca 2 Korintus 1–7 minggu ini, fikirkan tentang ahli-ahli kelas tertentu—mereka yang datang ke kelas dan yang tidak. Bagaimanakah prinsip-prinsip dalam bab-bab ini boleh memberkati mereka?
Jemput Perkongsian
Ahli-ahli kelas boleh bermanfaat dengan mendengar idea-idea dari satu sama lain tentang bagaimana menjadikan kajian tulisan suci mereka lebih berkesan. Sediakan beberapa minit untuk perkongsian ini dari masa ke masa.
Mengajar Ajaran
2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; 7:4–7
Percubaan kita boleh menjadi berkat.
-
Pengalaman yang Paulus gambarkan dan nasihat yang dia berikan dalam 2 Korintus boleh membantu ahli-ahli kelas fikir tentang berkat yang boleh datang dari percubaan mereka. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh meminta seorang ahli kelas untuk berucap tentang bagaimana percubaan telah memberkati hidup dia atau apa yang dia belajar dari orang lain yang telah mengalami percubaan. Kemudian anda boleh memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula 2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; dan 7:4–7, mencari perkara yang Paulus ajarkan tentang tujuan dan berkat percubaan. Minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pencarian mereka. Anda boleh mencadangkan mereka membaca ayat yang mereka mendapatkan pengajaran tertentu dan kemudian berkongsi satu pengalaman atau kesaksian yang berkenaan dengan pengajaran itu.
-
Untuk menambah kepada perbincangan anda, pertimbangkan untuk menyanyi bersama ahli-ahli kelas nyanyian rohani kegemaran yang bersaksi tentang hiburan dan berkat yang Bapa Syurgawi dan Juruselamat beri kepada kita dalam masa percubaan—seperti “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no.28). Selepas menyanyi bersama, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari satu frasa dalam 2 Korintus 1 dan 4 yang mereka rasa sesuai dengan pesanan nyanyian rohani itu.
Pengampunan adalah berkat yang kita berikan dan terima.
-
Kita semua mempunyai pengalaman di mana seseorang “menyedihkan” kita atau keluarga kita (ayat 5). Ahli-ahli kelas boleh membaca 2 Korintus 2:5–11, dan mencari nasihat dari Paulus tentang bagaimana memperlakukan seseorang yang telah menyinggung perasaan kita. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas kaji semula Matius 5:43–48 dan Lukas 15:11–32 untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang bagaimana kita harus melayani mereka yang telah menyinggung perasaan kita. Bagaimanakah kita melukai diri kita dan orang lain apabila kita tidak rela untuk memaafkan?
Melalui Korban tebusan Yesus Kristus, kita boleh didamaikan dengan Tuhan.
-
Ramai orang datang ke gereja dengan keinginan untuk mendekati Tuhan, dan perbincangan dalam 2 Korintus 5:14–21 boleh membantu mereka. Untuk bermula, ahli-ahli kelas boleh menyelidik makna perkataan mendamaikan, mungkin bermula dengan mencari perkataan itu dalam kamus. Apakah pandangan yang didapati tentang didamaikan dengan Tuhan? Apakah pandangan tambahan yang kita dapat dari carian “Korban Tebusan” dalam Panduan Tulisan Suci? Bagaimanakah pandangan ini membantu kita memahami 2 Korintus 5:14–21? Anda mungkin mahu menjemput ahli-ahli kelas kongsikan perasaan mereka tentang Juruselamat, yang Korban tebusan-Nya membuat ia mungkin untuk kita bersatu kembali dengan Tuhan.
Kesedihan ilahi membawa kepada pertaubatan.
-
2 Korintus 7:8–11 memberi satu penjelasan baik tentang kesedihan ilahi dan peranannya dalam pertaubatan. Apakah yang kita belajar tentang kesedihan ilahi dari 2 Korintus 7:8–11 dan kata-kata Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Mengapakah kesedihan ilahi penting dalam pertaubatan?
-
Anda mungkin mendapat tanggapan untuk menggalakkan perbincangan lebih lanjut tentang pertaubatan. Jika demikian, anda boleh cuba sesuatu seperti ini: Tulis pada papan tulis Pertaubatan adalah . Minta ahli-ahli kelas untuk mencari cara melengkapkan frasa ini, dengan menggunakan perkara yang mereka belajar dari 2 Korintus 7:8–11. Bagaimanakah pengajaran ini membantu seseorang memahami bagaimana untuk bertaubat dengan ikhlas?
Sumber-sumber Tambahan
Kesedihan ilahi mengilhamkan perubahan dan harapan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf menjelaskan:
“Kesedihan ilahi mengilhamkan perubahan dan harapan melalui Korban tebusan Yesus Kristus. Kesedihan duniawi menarik kita ke bawah, memadamkan harapan, dan memujuk kita untuk memberi lebih kepada godaan.
“Kesedihan ilahi membawa kepada penganutan dan penukaran hati. Ia menyebabkan kita membenci dosa dan mengasihi kebaikan. Ia menggalakkan kita untuk berdiri teguh dan berjalan dalam cahaya kasih Kristus. Pertaubatan yang benar adalah mengenai perubahan, bukannya penyeksaan” “You Can Do It Now!,” Liahona, Nov. 2013, 56).