Perjanjian Baru 2023
14–20 Ogos. Roma 7–16: “Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”


“14–20 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“14–20 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

runtuhan Roma zaman purba

14–20 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”

Baca Roma 7–16, dan catatkan tanggapan yang anda terima tentang bagaimana untuk membantu ahli-ahli kelas belajar dari tulisan suci. Semasa anda merenungkan tanggapan anda, ia boleh membawa kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk membaca Roma 10:17 dan 15:4 dan minta ahli-ahli kelas berkongsi tulisan suci dari Roma 7–16 yang membina iman mereka kepada Yesus Kristus atau memberi mereka harapan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Roma 8:14–18

Kita boleh menjadi pewaris “bersama dengan Kristus.”

  • Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita percaya bahawa frasa seperti “pewaris Tuhan” dan “pewaris bersama dengan Kristus” bermaksud dengan bantuan Yesus Kristus, kita boleh menjadi seperti Bapa Syurgawi dan menerima segala yang Dia miliki (Roma 8:17; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 132:20–21). Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana ajaran ini diajarkan sepanjang tulisan suci, anda boleh menjemput mereka untuk membentuk pasangan atau kumpulan kecil dan mengkaji beberapa tulisan suci yang tersenarai di “Sumber-sumber Tambahan.” Kemudian ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka telah pelajari dan bincangkan mengapa ajaran ini sangat penting.

  • Analogi yang diberikan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu ahli-ahli kelas membincangkan bagaimana kita boleh bersedia untuk menjadi “pewaris Tuhan” (Roma 8:17). Apakah beberapa “hukum dan asas” yang dirujuk oleh Presiden Oaks? Apakah perbezaannya dalam kehidupan kita untuk mengetahui bahawa kita boleh menjadi pewaris Tuhan, dan pewaris “bersama dengan Kristus”? (Roma 8:17).

Roma 8:18, 28, 31–39

“Siapakah yang akan menghalang kita dari kasih Kristus?”

  • Membincang Roma 8 bersama boleh memberi peluang untuk membantu ahli-ahli kelas merasai kasih Juruselamat. Pertimbangkan untuk memaparkan gambar Yesus Kristus (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) semasa anda membaca Roma 8:18, 28, 31–39 sebagai satu kelas. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa-apa fikiran atau perasaan yang mereka ada selepas membaca ayat-ayat tersebut. Beberapa ahli kelas mungkin sudi berkongsi bagaimana mereka mendapat kesaksian mengenai kebenaran yang mereka dapati dalam ayat-ayat itu.

Roma 13:8–10

Semua perintah Tuhan dipenuhi dalam perintah untuk mengasihi.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana semua perintah itu “sudah disimpulkan menjadi satu” dalam hukum kasih sesama manusia (Roma 13:9), jemput mereka untuk membuat senarai di papan tulis semua perintah yang mereka boleh fikirkan. Baca bersama Roma 13:8–10 dan Matius 22:36–40, dan membincang sebagai kelas hubungan antara mengasihi Tuhan dan mengasihi jiran kita dan mematuhi setiap perintah yang disenaraikan di papan tulis. Bagaimanakah kebenaran ini mengubah cara kita berfikir tentang perintah dan kepatuhan? Contohnya, apakah yang kebenaran ini cadangkan tentang tujuan perintah-perintah?

Roma 14

“Janganlah kita salahkan satu sama lain.”

  • Untuk memberi beberapa konteks kepada Roma 14, anda boleh menunjukkan bahawa beberapa Orang Suci Roma bertikai antara satu sama lain tentang amalan kebudayaan, seperti tabiat makan dan sambutan perayaan. Apakah situasi sama yang kita hadapi hari ini? Ahli-ahli kelas boleh mengimbas Roma 14 dan memberi ringkasan dalam satu ayat tentang nasihat Paulus. Apakah nasihat yang kita boleh saling berkongsi mengenai bagaimana untuk mengelakkan dari menghakimi? Ahli-ahli kelas boleh mencari idea-idea dalam pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Yang Penuh Belas Kasihan Mendapatkan Belas Kasihan,” Liahona, Mei 2012, 70–77.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Menerima “segala yang Bapa-Ku miliki” (Ajaran dan Perjanjian 84:38).

Presiden Dallin H. Oaks berkongsi perumpamaan yang berikut:

“Seorang bapa yang kaya tahu bahawa jika dia memberikan kekayaannya kepada seorang anak yang belum membina kebijaksanaan dan perawakan yang diperlukan, warisannya mungkin akan sia-sia. Bapa itu berkata kepada anaknya:

“‘Segala yang saya ada saya ingin memberikan kepada kamu—bukan sahaja kekayaan saya, tetapi juga jawatan dan kedudukan saya di kalangan manusia. Apa yang saya ada saya boleh memberikan kepada kamu dengan senang tetapi untuk menjadi seperti saya kamu perlu mendapatkannya sendiri. Kamu akan memenuhi syarat untuk warisan kamu dengan mempelajari apa yang saya pelajari dan hidup seperti yang saya telah jalani. Saya akan memberikan kepada kamu hukum dan asas yang telah membantu saya memperolehi kebijaksanaan dan perawakan. Ikuti teladan saya, menguasai seperti saya telah menguasai, dan kamu akan menjadi seperti saya, dan segala yang saya ada akan menjadi kepunyaanmu’” (“The Challenge to Become,” Ensign, Nov. 2000, 32).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari sumber-sumber untuk menyokong asas-asas. Selain daripada idea mengajar dalam panduan ini, anda boleh mengubahsuai aktiviti dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk digunakan dalam kelas anda. (Lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 17–18.)