Perjanjian Baru 2023
10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: “Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?”


“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6-9: ‘Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Paulus jatuh di atas tanah

Conversion on the Way to Dmascus [Penukaran Hati dalam Perjalanan ke Damsyik], oleh Michelangelo Merisi da Caravaggio

10–16 Julai

Kisah Rasul-Rasul 6–9

“Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?”

Baca Kisah Rasul-Rasul 6–9 dan catat tanggapan anda. Ini akan membantu anda menerima wahyu bagaimana untuk membantu ahli-ahli kelas mendekati Yesus Kristus melalui pembelajaran mereka dalam bab-bab ini.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di papan tulis, tuliskan nama-nama beberapa orang yang disebut dalam Kisah Rasul-Rasul 6–9, seperti Stefanus, Saulus, Filipus, Ananias, Petrus, dan Tabita atau Dorkas. Jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah belajar dari salah satu orang tersebut dalam pengkajian mereka minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kisah Rasul-Rasul 7

Menentang Roh Kudus boleh mengakibatkan penolakan Juruselamat dan nabi-nabi-Nya.

  • Anda boleh memulakan perbincangan tentang pengalaman Stefanus dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula kata-kata Stefanus dalam Kisah Rasul-Rasul 7:37–53. Apakah amaran mungkin dalam kata-katanya bagi kita hari ini? Anda boleh menumpu pada kenyataan Stefanus dalam Kisah Rasul-Rasul 7:51. Apakah maksudnya untuk “melawan Roh Tuhan”? Untuk memahami kata-kata ini dengan lebih mendalam, ahli-ahli kelas boleh membincangkan satu atau lebih petikan berikut: 2 Nefi 28:3–6; 33:1–2; Mosia 2:36–37; Alma 10:5–6; dan Alma 34:37–38. Mengapakah kita kadang-kadang “melawan Roh Tuhan”? Apakah yang kita boleh buat untuk mengenali dan mengikuti dorongan Roh Kudus dengan lebih baik?

Kisah Rasul-Rasul 8:9–24

Hati kita mesti “tulus di sisi Tuhan.”

  • Untuk mengkaji cerita Simon sebagai satu kelas, anda boleh menulis di papan tulis soalan-soalan Siapakah Simon? Apakah yang dia mahu? dan Bagaimanakah dia cuba mendapatkannya? Tugaskan setiap ahli kelas untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 8:9–24, dan mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut. Apakah kebenaran yang Simon belum memahami? Apakah yang kita boleh pelajari dari pengalaman Simon? Bagaimana kita boleh memastikan bahawa hati kita “tulus di sisi Tuhan”? (ayat 21).

  • Semasa pengkajian peribadi mereka, sesetengah ahli-ahli kelas mungkin telah kenali kualiti-kualiti dalam Stefanus dan Filipus yang Simon tidak ada (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jika ada, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan contoh lain dari Kisah Rasul-Rasul 6–9 tentang orang-orang yang hatinya tulus di sisi Tuhan, seperti Filipus dan lelaki dari Etiopia (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:26–40), Saulus (lihat Kisah Rasul-Rasul 9:1–22), dan Tabita (lihat Kisah Rasul-Rasul 9:36–39).

    Imej
    Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian

    Tabitha Arise [Tabita Bangun], oleh Sandy Freckleton Gagon

Kisah Rasul-Rasul 8:26–39

Roh Kudus akan membantu kita membimbing orang lain ke Yesus Kristus.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana mereka boleh membimbing orang lain ke Yesus Kristus (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:31), anda boleh menjemput dua ahli kelas untuk duduk menghadapi satu sama lain dan membaca dialog Filipus dan lelaki dari Etiopia dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39. Ahli kelas yang ketiga boleh membaca bahagian yang bukan dialog. Apakah yang kita belajar dari contoh Filipus tentang mengajar injil kepada orang lain?

  • Untuk meneroka contoh-contoh moden dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39, ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman mereka berkongsi injil atau menyertai Gereja. Bagaimana Roh Kudus telah membantu mereka? Bagaimana seseorang bertindak sebagai pembimbing mereka? Jemput ahli-ahli kelas untuk merenung siapa yang mereka boleh membimbing ke Injil.

Kisah Rasul-Rasul 9

Apabila kita tunduk kepada kehendak Tuhan, kita boleh menjadi alat dalam tangan-Nya.

  • Ahli-ahli kelas boleh belajar kebenaran berkuasa tentang penukaran hati mereka sendiri dengan mempelajari pengalaman Saulus, termasuk kebenaran bahawa semua orang boleh bertaubat dan berubah jika mereka rela. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk membandingkan pengalaman Saulus dengan pengalaman Alma (lihat Mosia 17:1–418; 26:15–21) dan tentang orang Anti-Nefi-Lehi (lihat Alma 24:7–12). Apakah yang Tuhan lakukan untuk membantu orang-orang ini bertukar hati? Bagaimanakah mereka menunjukkan kerelaan mereka untuk berubah? Apakah pesanan untuk hidup kita yang didapati dari cerita-cerita ini?

  • Untuk mendorong perbincangan tentang pengalaman Saulus, anda boleh menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk datang bersedia dan berkongsi apa yang mereka pelajari dari setiap bahagian dalam pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Menunggu di Jalan Menuju ke Damsyik” (Liahona, Mei 2011, 70–77). Bagaimanakah kita kadang-kadang menunggu dalam perjalanan kita ke Damsyik? Menurut Presiden Uchtdorf, apa yang boleh membantu kita mendengar suara Tuhan dengan lebih baik? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka dalam mencari dan mengikuti kehendak Tuhan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang Yesus Kristus. Sebagai seorang pengajar, anda boleh membantu ahli-ahli kelas membina iman mereka kepada Juruselamat, seperti yang Filipus lakukan untuk lelaki Etiopia dengan mengajarnya dari Yesaya (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:26–37). Untuk melakukan ini, anda mesti mempunyai pengalaman membina iman anda sendiri dalam tulisan suci. Kesaksian yang anda kongsi boleh menjadi kuasa yang kuat dalam membantu ahli-ahli kelas menguatkan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.

Cetak