“5–11 Jun. Yohanes 14–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“5–11 Jun. Yohanes 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
5–11 Jun
Yohanes 14–17
“Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi”
Ketika anda mengkaji Yohanes 14–17dengan penuh doa, renungkan cara terbaik anda dapat menunjukkan kasih terhadap mereka yang anda ajar. Roh Kudus akan membawa idea ke minda ketika anda mengkaji tulisan suci, Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan panduan ini.
Jemput Perkongsian
Tuliskan nombor 14 sehingga 17 di papan tulis, mewakili bab-bab dalam Yohanes yang dibaca oleh ahli-ahli kelas minggu ini. Jemput beberapa ahli kelas untuk menulis, di sebelah setiap nombor bab, rujukan kepada ayat yang Roh Kudus membantu mereka memahami dengan lebih baik atau yang mereka ingin bincangkan bersama kelas.
Mengajar Ajaran
Yohanes 14:16–27; 15:26; 16:7–15
Roh Kudus membantu kita memenuhi tujuan kita sebagai pengikut Yesus Kristus.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas belajar tentang peranan berbeza Roh Kudus, pertimbangkan untuk menjemput mereka membaca satu atau lebih petikan berikut: Yohanes 14:16–27; 15:26; dan 16:7–15. Mereka boleh menulis di papan tulis apa yang mereka belajar tentang Roh Kudus dari petikan-petikan tersebut. Mereka juga boleh mencari pandangan tentang Roh Kudus dalam tulisan suci dan pesanan yang disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah Roh Kudus telah memenuhi peranan-peranan ini dalam kehidupan kita? Anda juga boleh memikirkan objek atau alat bantuan visual yang anda boleh bawa ke kelas untuk membantu ahli-ahli kelas memahami beberapa peranan ini.
-
Pertimbangkan untuk menjemput beberapa ahli kelas terlebih dahulu untuk mengkaji salah satu daripada ucapan persidangan umum dalam “Sumber-sumber Tambahan” (atau ucapan persidangan lain yang mereka tahu) tentang Roh Kudus. Benarkan mereka untuk berkongsi secara ringkas apa yang mereka telah pelajari dalam kelas. Apakah yang pesanan-pesanan ini menambah kepada apa yang kita telah belajar mengenai Roh Kudus dari Yohanes 14–16?
Apabila kita tetap bersatu dengan Kristus, kita akan menghasilkan buah yang baik dan berbahagia.
-
Pertimbangkan untuk membawa satu tumbuhan kecil (atau gambar tumbuhan) ke kelas dan gunakannya untuk membantu ahli-ahli kelas membayangkan ajaran Juruselamat tentang pokok anggur dan cabang-cabang. Selepas membaca Yohanes 15:1–12 bersama kelas, anda boleh membincang maksud “bersatu dengan [Kristus]” (Yohanes 15:4). Anda boleh jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka ketahui Yohanes 15:5 adalah benar. (Lihat juga kenyataan daripada Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”)
Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bersatu dengan sempurna.
-
Anda mungkin tidak dapat mengajar semua kebenaran penting dari Yohanes 17 dalam satu perbincangan kelas, tetapi terdapat satu cara untuk membantu kelas anda mengkaji beberapa. Senaraikan di papan tulis konsep-konsep dari Yohanes 17, seperti berikut:
-
Hubungan kita dengan Yesus Kristus
-
Hubungan Yesus Kristus dengan Bapa-Nya
-
Hubungan kita dengan seluruh dunia
-
Hubungan kita dengan satu sama lain sebagai pengikut-Nya
Jemput setiap ahli kelas untuk memilih salah satu daripada konsep-konsep tersebut dan membaca Yohanes 17, mencari ayat-ayat yang berkaitan dengannya. Minta beberapa ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan mempengaruhi hubungan kita dengan satu sama lain? Bagaimanakah hubungan kita dengan satu sama lain mempengaruhi hubungan kita dengan Tuhan?
-
Sumber-sumber Tambahan
Roh Kudus.
-
Kisah Rasul-Rasul 2:37–38; Galatia 5:22–23; 1 Nefi 10:17–19; 2 Nefi 32:3–5; Mosia 3:19; 3 Nefi 27:20; Moroni 8:26; 10:4–5; Ajaran dan Perjanjian 8:2–3; 42:17
-
Henry B. Eyring, “Roh-Nya Bersama Mu,” Liahona, Mei 2018, 86–89
-
David A. Bednar, “Menerima Roh Kudus,” Liahona, Nov. 2010, 94–97
-
Michelle D. Craig, “Kemampuan Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 19–21
Bersatu dengan Kristus.
Perhatikan perkataan bersatu mempunyai maksud kekal dan berkomitmen, Elder Jeffrey R. Holland telah mengajar:
Maksud [perkataan] ini ialah ‘tetap—tetapi tetap selamanya.’ … Datanglah, tetapi datang untuk kekal. Datanglah dengan keyakinan dan ketahanan. …
“Yesus berfirman, ‘Tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa’ [Yohanes 15:5]. Saya bersaksikan bahawa itulah kebenaran Tuhan. Kristus merupakan segalanya bagi kita dan kita haruslah ‘bersatu’ dengan Dia secara tetap, tidak berganjak, tabah, selama-lamanya. Agar hasil injil berkembang dan memberkati kehidupan kita, kita haruslah terikat dengan tegas kepada-Nya, Juruselamat kepada kita semua, dan kepada Gereja-Nya, yang mengandungi nama kudus-Nya. Dialah pokok anggur yang merupakan punca kekuatan benar dan satu-satunya sumber kehidupan abadi. Bersama-Nya kita bukan sahaja akan bertahan tetapi juga menang dan berjaya dalam tujuan kudus ini yang tidak akan menggagalkan kita” (“Abide in Me,” Liahona, Mei 2004, 32).