Perjanjian Baru 2023
12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18: “Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah”


“12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Kristus dan para pengikut di Getsemani

Gethsemane Grove [Taman Getsemani], oleh Derek Hegsted

12–18 Jun

Lukas 22; Yohanes 18

“Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah”

Pertimbangkan apa yang anda akan lakukan untuk menjemput Roh ke dalam kelas semasa anda membincangkan peristiwa kudus dalam bab-bab ini. Carilah cara-cara dengan penuh doa untuk membantu ahli-ahli kelas memperdalamkan kasih mereka terhadap Juruselamat dan iman mereka kepada-Nya.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka semasa membaca minggu ini dan ayat-ayat yang membantu mereka berasa demikian.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Lukas 22:39–46

Kita menjadi lebih seperti Kristus apabila kita memilih untuk menyerahkan kehendak kita kepada Bapa.

  • Contoh Juruselamat menyerah kepada kehendak Bapa akan membantu ahli-ahli kelas apabila mereka perlu membuat perkara yang sama. Untuk memulakan satu perbincangan, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas kongsikan pengalaman di mana mereka menyerahkan diri kepada sesuatu yang mereka tahu Tuhan ingin mereka lakukan. Minta mereka untuk berkongsi bagaimana mereka tahu apa yang Tuhan mahu mereka lakukan dan bagaimana mereka diberkati kerana menyerah kepada kehendak-Nya. Jemput ahli-ahli kelas untuk membaca Lukas 22:39–46 dan berbincang tentang mengapa Juruselamat rela menyerahkan kehendak-Nya kepada Bapa-Nya. Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladan Juruselamat?

  • Sebagai tambahan kepada tindakan penyerahan Juruselamat kepada Tuhan dalam Lukas 22:42, apakah contoh-contoh lain penyerahan-Nya yang kita temui dalam Lukas 22 dan Yohanes 18? Bagaimanakah Juruselamat menyerah kepada kehendak Bapa-Nya sepanjang hidup-Nya? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi lebih seperti-Nya? Kenyataan daripada Elder Neal A. Maxwell dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu mengilhami ahli-ahli kelas untuk mempertimbangkan bagaimana mereka boleh menyerahkan kehendak mereka kepada Tuhan.

Lukas 22:39–46

Yesus Kristus telah melaksanakan Korban Tebusan yang tidak terhingga untuk kita.

  • Lukas 22:39–46 menggambarkan apa yang berlaku di Getsemani. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami kepentingan peribadi peristiwa kudus ini, anda boleh menulis di papan tulis soalan-soalan seperti Apakah yang berlaku di Getsemani? dan Mengapakah ia penting bagi saya? Ahli-ahli kelas boleh mencari jawapan dalam Lukas 22:39–46; Alma 7:11–13; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Mereka juga boleh mencari jawapan dalam pesanan Presiden Tad R. Callister “Korban Tebusan Yesus Kristus” (Liahona, Mei 2019, 85–87).

  • Di dalam Kitab Mormon, Yakub memanggil Korban Tebusan Yesus Kristus “satu korban tebusan yang tidak terhingga” (2 Nefi 9:7). Untuk membantu ahli-ahli kelas faham maksud ini, anda boleh berkongsi ajaran-ajaran Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan cara-cara pengaruh pengorbanan Juruselamat boleh dianggap tidak terhingga. Mereka juga boleh membaca ayat-ayat suci berikut dan menambahkannya ke dalam senarai mereka: Ibrani 10:10; Alma 34:10–14; Ajaran dan Perjanjian 76:24; dan Musa 1:33. Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran bagi apa yang telah dilakukan oleh Juruselamat untuk kita?

Imej
Petrus mengalihkan pandangan dari Kristus

Peter’s Denial [Penafian Petrus], oleh Carl Heinrich Bloch

Lukas 22:54–62

Kita boleh beriman kepada Yesus Kristus walaupun kita takut dan lemah.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas menggambarkan peristiwa-peristiwa dalam Lukas 22:54–62, anda boleh menunjukkan gambar, seperti Peter’s Denial [Penafian Petrus] (ChurchofJesusChrist.org). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka pelajari dari pengalaman Petrus yang mengilhami mereka untuk beriman kepada Yesus Kristus.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Menyerahkan kehendak kita kepada Bapa.

Elder Neal A. Maxwell telah mengajar: “Apabila anda menyerahkan kehendak anda kepada Tuhan, anda memberikan-Nya satu-satunya perkara yang anda boleh benar-benar berikan kepada-Nya yang kepunyaan anda. Jangan mengambil masa yang lama untuk mencari altar atau untuk mula memberikan kehendak anda kepada-Nya!” (“Remember How Merciful the Lord Hath Been,” Liahona, Mei 2004,46).

Korban Tebusan yang tidak terhingga.

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar:

“Korban Tebusan [Yesus Kristus] adalah tidak terhingga—tanpa penghujung. Ia juga tidak terhingga bahawa kaum manusia akan diselamatkan daripada kematian yang tidak berakhir. Ia tidak terhingga dalam penderitaan-Nya yang amat besar. Ia tidak terhingga dalam masa, menghentikan pengorbanan binatang sebelumnya. Ia tidak terhingga dalam skop—ia perlu dilakukan sekali untuk semua. Dan belas kasihan Korban Tebusan bukan hanya untuk bilangan orang yang tidak terhingga, tetapi juga untuk bilangan dunia tidak terhingga yang dicipta oleh-Nya. Ia tidak terhingga dalam ukuran manusia atau pemahaman fana.

“Yesus seorang sahaja yang dapat memberi satu korban tebusan yang tidak terhingga, kerana dia dilahirkan oleh seorang ibu yang fana dan Bapa yang baqa. Oleh kerana hak kelahiran yang unik itu, Yesus adalah Makhluk yang tidak terhingga” (“The Atonement,” Ensign, Nov. 1996, 35).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jadilah satu alat Roh yang rendah hati. “Tujuan anda sebagai seorang pengajar bukanlah untuk membuat satu persembahan yang mengagumkan, tetapi adalah untuk menolong orang lain menerima pengaruh Roh Kudus, iaitu pengajar yang benar” (Teaching in the Savior’s Way10).

Cetak