Perjanjian Baru 2023
1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: “Marilah Kita Bergembira; DombaKu yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”


“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

seorang lelaki sedang memeluk anaknya

The Prodigal Son [Anak yang Sesat], oleh Liz Lemon Swindle

1–7 Mei

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Marilah Kita Bergembira; DombaKu yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula”

Mulakan persediaan anda dengan penuh doa dan mengkaji Lukas 12–17 dan Yohanes 11. Siapa “domba yang hilang” di dalam kelas anda yang datang ke minda? Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan panduan ini apabila anda mencari bimbingan Tuhan mengenai cara terbaik untuk memenuhi keperluan ahli-ahli kelas, walaupun mereka tidak menghadiri kelas.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Penggunaan adalah bahagian penting dalam pembelajaran, jadi jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka memilih untuk mengamalkan sesuatu yang mereka pelajari dari tulisan suci minggu ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Lukas 14:15–24

Tiada alasan yang mencukupi untuk menolak injil.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari perumpamaan jamuan besar, anda boleh menjemput mereka ke pesta khayalan yang anda akan adakan. Biarkan mereka berkongsi beberapa sebab mengapa mereka mungkin akan atau mungkin tidak akan hadir. Baca Lukas 14:15–24 bersama, dan bincangkan alasan-alasan yang diberi oleh orang ramai dalam perumpamaan ketika mereka dijemput untuk menghadiri jamuan yang mewakili berkat injil. Apakah alasan yang diberi oleh orang hari ini kerana gagal menerima jemputan Juruselamat untuk menerima berkat Bapa Syurgawi? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi berkat-berkat yang mereka terima apabila mereka telah membuat pengorbanan yang diperlukan untuk mengamalkan asas-asas injil tertentu.

Lukas 15

Kita boleh mencari orang yang hilang dan bergembira dengan Bapa apabila mereka kembali.

  • Bagaimanakah anda akan memberi ahli-ahli kelas peluang untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang tiga perumpamaan dalam Lukas 15? Pertimbangkan untuk memberikan setiap ahli kelas salah satu perumpamaan untuk dikaji semula. Mereka boleh mencari dan berkongsi jawapan kepada soalan-soalan seperti berikut: Apakah kata-kata dalam perumpamaan yang mengungkapkan perasaan Bapa Syurgawi tentang mereka yang hilang? Apakah yang dicadangkan oleh perumpamaan-perumpamaan tentang bagaimana kita harus mencapai semua anak-anak Tuhan? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana Juruselamat telah menemui mereka ketika mereka berasa sesat.

  • Nyanyikan “Berharga Bagi Gembala” (Nyanyian Rohani, no. 100) bersama mungkin memberi makna lebih kepada ajaran-ajaran perumpaan tersebut.

  • Semasa anda mengkaji perumpamaan anak yang hilang bersama, ahli-ahli kelas mungkin bermanfaat dengan memberi tumpuan kepada kata-kata, tindakan, dan kepercayaan setiap orang dalam perumpamaan itu. Apakah yang kita pelajari daripada setiap orang itu? Ahli-ahli kelas boleh menulis satu penamat alternatif kepada perumpamaan di mana sikap abang terhadap adiknya adalah berbeza. Apakah nasihat bapa dalam perumpamaan itu ajarkan tentang bagaimana kita harus rasa berkenaan mereka yang telah hilang dan mereka yang kembali kepada injil? (Lihat juga kenyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”) Atau anda boleh minta ahli-ahli kelas membayangkan diri sebagai bapa dalam perumpamaan ini. Apakah nasihat tambahan yang mereka akan berikan kepada abang untuk membantunya bergembira dalam kemajuan atau kejayaan orang lain?

Lukas 17:11–19

Kesyukuran untuk berkat-berkat saya akan membawa saya lebih dekat kepada Tuhan.

  • Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang kesyukuran dari kajian Lukas 17:11–19. Bagaimanakah pesakit kusta yang bersyukur diberkati kerana menyatakan kesyukurannya? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita menyatakan kesyukuran? Ahli-ahli kelas boleh mencadangkan cara-cara kita dapat menunjukkan kesyukuran kita kepada Tuhan dan orang lain.

Yohanes 11:1–46

Yesus Kristus ialah Kebangkitan dan Kehidupan.

  • Satu cara untuk mengkaji Yohanes 11:1–46 adalah meminta ahli-ahli kelas bergilir membaca ayat-ayat dan menjemput mereka untuk berhenti dan membincangkannya setiap kali mereka menemui bukti iman dalam Yesus Kristus. Anda juga boleh meminta ahli-ahli kelas untuk mempertimbangkan perspektif orang yang terlibat—termasuk Juruselamat, Para Rasul, Marta, Maria, dan Lazarus. Apakah yang boleh kita pelajari daripada setiap mereka? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman ketika iman mereka kepada Yesus Kristus diperkuatkan semasa percubaan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Belajar daripada anak hilang yang lain.

Elder Jeffrey R. Holland membuat pemerhatian ini tentang abang anak yang sesat: “Anak ini tidak begitu marah kerana adiknya telah pulang ke rumah tetapi dia marah kerana ibu bapanya sangat gembira tentangnya. … Dia belum lagi mengetahui rasa kasihan dan belas kasihan, pandangan bermurah hati untuk melihat bahawa ini bukan satu persaingan. Dia adalah adiknya. Apabila ayah merayu dengannya untuk melihat, ia adalah seorang yang telah mati dan sekarang hidup. Ia adalah seorang yang telah hilang dan kini dijumpai” (“The Other Prodigal,” Ensign, Mei 2002,63).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjangkau individu itu. Seperti gembala dalam perumpamaan Juruselamat (lihat Lukas 15:4), “anda boleh menjangkau mereka yang hilang dari kelas anda. Peluang anda untuk mengajar dan mengangkat ahli-ahli kelas dan membantu mereka datang kepada Kristus melangkaui masa dalam kelas dan mereka yang menghadiri pelajaran rasmi anda”.(Teaching in the Savior’s Way8).