Perjanjian Baru 2023
27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: “Tuhan Itu Kasih”


“27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: “Tuhan Itu Kasih’” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas,” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Yesus Kristus bersenyum semasa duduk bersama kanak-kanak yang bersenyum

Perfect Love [Kasih Sempurna], oleh Del Parson

27 November–3 Disember

1–3 Yohanes; Yudas

“Tuhan Itu kasih”

Apakah tema dan asas-asas yang menonjol bagi anda ketika membaca 1–3 Yohanes dan Yudas? Bagaimanakah anda boleh menggunakannya untuk membantu ahli-ahli kelas anda?

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi tema atau kebenaran khusus yang menonjol kepada mereka apabila mereka mengkaji Surat-surat Yohanes dan Yudas. Apakah pesanan daripada surat-surat tersebut yang paling sesuai untuk mereka dan keluarga mereka?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

1 Yohanes 1:5–10; 2:3–11; 3:1–3; 4:7–21; 5:1–3

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus adalah teladan cahaya dan kasih yang sempurna.

  • Bagaimanakah anda membantu mereka yang anda ajar untuk mengenali cahaya dan kasih Bapa Syurgawi dalam kehidupan mereka? Anda boleh bermula dengan menulis perkataan cahaya dan kasih di papan tulis. Minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkataan lain yang datang ke minda apabila mereka memikirkan dua perkataan itu. Setiap ahli-ahli kelas kemudian boleh mengkaji salah satu petikan tulisan suci berikut, mencari sesuatu yang ayat-ayat berikut ajarkan tentang cahaya atau kasih: 1 Yohanes 1:5–10; 2:3–11; 3:1–3; 4:7–12; 4:16–21; 5:1–3. Minta beberapa daripada mereka untuk berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman-pengalaman di mana mereka telah merasai kasih dan cahaya Tuhan.

  • Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk melihat cahaya siling atau cahaya yang datang melalui sebuah tingkap dan berkongsi apa yang mereka tahu berkenaan cahaya fizikal. Bagaimanakah cahaya fizikal seperti cahaya rohani? Ahli-ahli kelas boleh mengkaji yang berikut untuk mencari pandangan tambahan tentang bagaimana Tuhan dan Putera-Nya menyediakan cahaya dalam kehidupan kita: Mazmur 27:1; Yohanes 1:4–5; 1 Yohanes 1:5–7; 3 Nefi 11:11; Ajaran dan Perjanjian 88:6–13; dan lagu rohani tentang cahaya seperti “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30). Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman ketika mereka mencari dan menerima cahaya rohani dalam kehidupan mereka.

1 Yohanes 2:18–28; 4:3; 2 Yohanes 1:7–11; 3 Yohanes 1:9–11; Yudas

Kita mesti “berpegang kepada ajaran Kristus.”

  • Ajaran-ajaran Yohanes dan Yudas tentang kemurtadan boleh membantu ahli-ahli kelas mempertimbangkan bagaimana untuk mengekalkan kekuatan iman mereka kepada Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk menjemput sebahagian daripada kelas carikan huraian tentang ajaran-ajaran palsu atau kemurtadan dalam 1 Yohanes 2:18–23, 26–28; 4:3; 2 Yohanes 1:7–11; 3 Yohanes 1:9–11 dan sebahagian kelas lain mencari huraian sama dalam Yudas. Atau mereka boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah Yohanes dan Yudas mentakrifkan seorang anti-Kristus? (lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Anti-Kristus,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Adakah sesuatu dalam ayat-ayat ini boleh diaplikasikan kepada cabaran-cabaran yang kita hadapi hari ini? Apakah maksudnya untuk “berpegang kepada ajaran Kristus”? (2 Yohanes 1:9).

  • Yudas menggunakan gambaran yang menarik untuk menghuraikan pengajar palsu, atau mereka yang “menghina perkara-perkara yang sama sekali tidak dimengerti oleh mereka” (Yudas 1:10). Anda boleh menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk melukis di papan tulis beberapa gambaran yang dihuraikan dalam Yudas 1:12–13 sambil ahli-ahli kelas lain meneka frasa apa yang dilukiskan oleh orang itu. Bagaimanakah gambar-gambar ini mewakili pengajar palsu dan anti-Kristus? Contohnya, bagaimanakah amalan buruk membentuk “pencemaran dalam perjumpaan makan [kita]”? Apakah yang boleh kita lakukan untuk memperkukuhkan diri terhadap “orang yang memperolok”? (lihat Yudas 1:18–21). Mengapakah Yudas mencadangkan kita untuk “tunjukkanlah belas kasihan” (Yudas 1:22) terhadap mereka yang memperolokkan injil?

Imej
wanita membantu kanak membaca tulisan suci

“Tidak ada yang lebih menggembirakan aku daripada mendengar bahawa anak-anakku hidup menurut ajaran Tuhan” (3 Yohanes 1:4).

3 Yohanes 1:1–4

Kegembiraan datang apabila kita membantu orang lain “menurut ajaran Tuhan.”

  • Terdapat ahli-ahli kelas yang mungkin dapat memahami perasaan Yohanes apabila dia berkata bahawa “tidak ada yang lebih menggembirakan” kecualilah mendengar bahawa Gayus (salah satu daripada “anak” dia) menurut ajaran Tuhan. Ahli-ahli kelas mungkin mendapat manfaat daripada mendengar pengalaman satu sama lain. Anda mungkin boleh bermula dengan membaca bersama 3 Yohanes 1:1–4 dan ayat-ayat suci dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah yang kitab suci mengajar kita tentang sumber kegembiraan yang benar? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi tentang perasaan mereka sebagai ibu bapa, penginjil, pemimpin gereja, atau pengajar apabila mereka tahu bahawa orang yang diajar menurut ajaran Tuhan. Anda boleh menghubungi beberapa ahli-ahli kelas sebelum kelas dan meminta mereka untuk membawa gambar orang yang mereka telah bantu bawa kepada Kristus dan berkongsi pengalaman itu.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Ayat-ayat suci yang membantu orang menurut ajaran Tuhan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berdoa untuk ahli-ahli kelas anda. Sepertimana Juruselamat berdoa untuk Petrus (lihat Lukas 22:32), anda harus berdoa dengan menyebut setiap nama mereka yang anda ajar, untuk mencari pemahaman bagi setiap mereka. Apabila anda melakukan demikian, Bapa Syurgawi akan “menyediakan hati mereka ” (Alma 16:16) dan membantu anda mengetahui apa yang perlu diajar untuk memenuhi keperluan mereka (lihat Teaching in the Savior’s Way, 6).

Cetak