“11–17 Disember. Wahyu 6–14: ‘[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“11–17 Disember. Wahyu 6–14,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
11–17 Disember
Wahyu 6–14
“[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba”
Joseph Smith mengatakan bahawa kitab Wahyu “adalah salah satu kitab yang paling jelas Tuhan pernah suruh dituliskan” (dalam Journal, Disember 1842–Jun 1844; Kitab 2, 10 Mac 1843–14 Julai 1843, 98, JosephSmithPapers.org). Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas mencari kebenaran yang jelas dalam bab-bab ini?
Jemput Perkongsian
Untuk membantu ahli-ahli kelas mengkaji beberapa pemahaman yang mereka peroleh semasa mereka mengkaji Wahyu 6–14, tuliskan nombor 6 sehingga 14 di papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh menulis di sebelah satu nombor apa-apa pemahaman yang mereka temui dalam bab terkait yang berkaitan dengan seseorang yang hidup pada zaman akhir.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus memecahkan meterai-meterai kitab itu.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas menggambarkan kitab (gulungan naskhah) dengan tujuh buah meterai (lihat Wahyu 5:1), anda boleh menjelaskan bahawa gulungan purba sering dimeteraikan dengan sedikit tanah liat atau lilin. Satu cincin atau cap akan ditekan ke dalam tanah liat atau lilin sebelum ia menjadi keras, menandakan wewenang orang yang memeteraikan gulungan itu dan tidak menggalakkan orang yang tidak dibenarkan dari membukanya. Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi apa-apa fikiran atau tanggapan yang mereka ada semasa membaca kitab ini dalam Wahyu 6; Ajaran dan Perjanjian 77:6–7; dan panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Mengapakah anda fikir ia penting untuk mengetahui makna lambang kitab ini? Mengapakah anda fikir ia penting untuk mengetahui bahawa Juruselamat adalah orang yang membuka setiap meterai kitab? (lihat Wahyu 5:1–9).
“Kerajaan-kerajaan dunia ini telah menjadi kerajaan-kerajaan Tuhan kita.”
-
Wahyu 7–11 boleh menjadi sukar untuk difahami. Satu berkat kelas Sekolah Minggu adalah bahawa ahli-ahli kelas boleh membantu satu sama lain memahami tulisan suci. Anda boleh membuat satu senarai soalan-soalan yang ahli-ahli kelas ada tentang bab-bab ini dan menjemput mereka untuk berkongsi pemahaman dengan satu sama lain. Galakkan semua ahli kelas—mereka yang mungkin merasa lebih berpengetahuan dan mereka yang mungkin merasa mereka tidak tahu banyak—untuk berkongsi tanggapan mereka tentang bab-bab ini.
-
Anda boleh memulakan perbincangan dengan menanya ahli-ahli kelas apakah tema yang berulang yang mereka temui dalam Wahyu 7–11. Mereka boleh kongsikan ayat-ayat di mana tema-tema ini ditemui dan menjelaskan mengapa tema-tema itu penting. Jika mereka memerlukan bantuan, anda boleh mencadangkan mereka membaca Wahyu 11:15–17. Apakah tema yang mereka temui dalam ayat-ayat ini, dan bagaimana tema ini dinyatakan dalam ayat-ayat lain dalam Wahyu 7–11? Walaupun bab-bab ini menggambarkan peperangan dan wabak, apakah yang kita temui yang memberi kita harapan dan keyakinan dalam Yesus Kristus?
Kita mengatasi Setan “dengan darah Anak Domba, dan dengan berita daripada [kesaksian kita].”
-
Belajar tentang Peperangan di Syurga dapat membantu kita memahami kehidupan di bumi. Ahli-ahli kelas boleh membaca Terjemahan Joseph Smith, Wahyu 12:7–11 (Panduan Tulisan Suci) dan mengenal pasti bagaimana kita mengatasi Setan dan bala tenteranya. Apakah pandangan lain yang kita dapati dari cerita tentang Peperangan di Syurga dalam Panduan Tulisan Suci? Apakah yang kita pelajari yang boleh membantu kita mengatasi musuh?
-
Peperangan antara kebaikan dan kejahatan digambarkan dalam Wahyu 13–14. Apakah yang bab 13 mengajar kita tentang bagaimana naga itu melawan peperangan ini? Menurut bab 14, bagaimanakah Anak Domba melawannya? Ia mungkin menarik untuk membuat satu senarai cara-cara setiap belah melawan peperangan ini menurut dua bab ini. Apa persamaan dan perbezaan yang kita temui?
-
Apa maksudnya bahawa Domba itu “sebelum dunia ini dicipta, Anak Domba yang sudah disembelih”? (Wahyu 13:8; lihat juga Wahyu 5:6). Pertimbangkan untuk membantu ahli-ahli kelas anda mendapatkan jawapan kepada soalan ini dengan membaca Mosia 3:13 dan Musa 7:47 sebagai satu kelas. Apakah maksudnya untuk mengatasi Setan “dengan darah Anak Domba”? (Wahyu 12:11).
“Aku nampak satu lagi malaikat … membawa berita baik yang kekal.”
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan pembelajaran tentang pelbagai malaikat untuk memulihkan “berita baik (injil) kepada … manusia di bumi” (Wahyu 14:6). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara-perkara yang mereka telah pelajari. Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 133:36–40 mengajar kita tentang Wahyu 14:6–7? Bagaimanakah kita mengambil bahagian dalam pekerjaan malaikat yang disebutkan dalam Wahyu 14:6–7?