“4–10 Disember. Wahyu 1–5: ‘Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“4–10 Disember. Wahyu 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
4–10 Disember
Wahyu 1–5
“Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”
Menerima tanggapan rohani membantu anda mengenali bahawa Roh Kudus ingin mengajar anda. Mencatat dan mengikuti tanggapan tersebut menunjukkan bahawa anda menghargainya dan ingin menerima lebih banyak lagi.
Jemput Perkongsian
Semasa anda memulakan perbincangan, ia mungkin membantu untuk menjemput ahli-ahli kelas berkongsikan beberapa pesanan yang mereka temui dalam kitab Wahyu semasa pengkajian peribadi atau sekeluarga mereka. Contohnya, apakah yang mereka pelajari tentang rancangan Bapa Syurgawi untuk menyelamatkan anak-anak-Nya? Apakah yang mereka pelajari tentang Juruselamat dan peranan-Nya dalam rancangan ini? Galakkan ahli-ahli kelas untuk terus mencari pesanan penting tentang Yesus Kristus dan rancangan keselamatan semasa mereka terus membaca Wahyu di rumah. Beri mereka peluang dalam pelajaran masa depan untuk berkongsi apa yang mereka temui.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus ialah Putera Tuhan Yang Hidup.
-
Gambaran dan lambang dalam Wahyu 1 bersaksi dengan jelas bahawa Yesus Kristus hidup dan Dia membimbing Gereja-Nya. Ahli-ahli kelas boleh menulis di papan tulis beberapa frasa dari Wahyu 1 yang mengandungi gambaran atau lambang dan berkongsi apa setiap frasa ajarkan tentang Yesus Kristus. Contohnya, apakah yang kita pelajari dari lambang-lambang ini tentang bagaimana Kristus memimpin Gereja-Nya hari ini? Bagaimanakah gambaran Yohanes tentang Juruselamat berbeza dengan yang di dalam Ajaran dan Perjanjian 110:1–4?
Yesus Kristus mengenali kita secara peribadi dan akan membantu kita mengatasi cabaran kita.
-
Membaca pesanan Tuhan kepada pelbagai cabang Gereja dalam Wahyu 2–3 boleh membantu meyakinkan ahli-ahli kelas bahawa Juruselamat sedar akan mereka. Anda mungkin boleh menjemput mereka mengimbas bab-bab ini untuk mencari bukti bahawa Yesus Kristus tahu percubaan dan kekuatan setiap cabang. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman di mana mereka merasakan bahawa Juruselamat sedar akan keadaan unik mereka. Apakah nasihat Tuhan kepada Orang Suci yang dapat membantu kita mengatasi kesusahan kita?
-
Dalam bab-bab yang sama, Tuhan membuat janji-janji mengilhamkan bagi mereka yang mengatasi kesusahan. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas menyelidiki Wahyu 2–3 secara berpasangan untuk mencari janji-janji Tuhan. Mereka juga boleh melukis gambar-gambar untuk mewakili beberapa janji-janji ini, kemudian berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Bagaimanakah janji-janji ini mengilhami kita untuk terus berusaha mengatasi percubaan dan kelemahan kita sendiri?
Hanya Yesus Kristus boleh menjayakan rancangan Bapa Syurgawi.
-
Adakah pengajaran berobjek membantu kelas anda memahami lambang dalam Wahyu 5 tentang Juruselamat membuka buku yang dimeteraikan? Anda boleh membawa snek dalam bekas terkunci untuk berkongsi dengan kelas. Sebelum kelas, beri seorang kunci itu secara rahsia. Jelaskan kepada kelas apa yang terkandung di dalam bekas, dan izinkan beberapa ahli kelas cuba membukanya sebelum orang yang mempunyai kunci membukanya. Kemudian kelas dapat membandingkan pengajaran berobjek ini dengan Wahyu 5. Soalan-soalan seperti berikut mungkin dapat membantu: Bagaimana penyelamatan anak-anak Bapa Syurgawi seperti bekas terkunci atau buku yang dimeteraikan? Mengapakah Yesus Kristus satu-satunya yang boleh memecahkan meterai-meterai itu? (lihat petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan”).
-
Seperti orang-orang bergembira yang disebutkan dalam Wahyu 5, hari ini kita juga boleh menaikkan suara kita untuk memuji Juruselamat sebagai Putera yang layak untuk menawarkan kita keselamatan. Kelas mungkin nyanyikan satu lagu rohani kegemaran tentang Juruselamat, seperti “Mulia pada Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 21). Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti kebenaran-kebenaran tentang Yesus Kristus yang diajar dalam lagu rohani itu. Apakah persamaan yang kita lihat di antara pesanan lagu rohani kita dan pengisytiharan dalam Wahyu 5:9–14?
Sumber-sumber Tambahan
Hanya Yesus Kristus yang dapat menebus kita.
Menggambarkan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan pra-fana, Elder Jeffrey R. Holland mengajar:
“Kristus menawarkan diri untuk menghormati hak pilihan moral semua manusia walaupun Dia menebus dosa mereka. Dalam proses itu, Dia akan mengembalikan segala kemuliaan untuk kasih penebusan itu kepada Bapa.
“Korban Tebusan Kristus yang tidak terhingga ini mungkin kerana (1) Dia adalah satu-satunya lelaki tidak berdosa yang pernah hidup di bumi ini dan oleh itu tidak tertakluk kepada kematian rohani yang diakibatkan oleh dosa, (2) Dia adalah Putera Tunggal Bapa dan oleh itu memiliki sifat-sifat ketuhanan yang memberi-Nya kuasa atas kematian jasmani, dan (3) Dia satu-satunya yang cukup rendah hati dan rela ditahbiskan untuk pelayanan itu ketika di majlis pra-fana” (“Korban Tebusan Yesus Kristus,” Liahona, Mac. 2008, 35).