“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus
Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya mengikut cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini oleh wewenang imamat kudus-Nya. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, apabila anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus untuk membantu anda berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).
Mereka yang diamanahkan kepada anda untuk dijaga ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka. Apabila anda mencari pengaruh Roh Kudus dengan penuh doa, Dia akan membimbing anda semasa anda bersedia dan ketika anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).
Tujuan penting ajaran dan pembelajaran injil adalah untuk mendalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membantu mereka yang anda ajar melakukan semua yang mereka boleh untuk menjadi lebih bertukar hati—sebuah usaha yang melangkau jauh dari masa kelas. Jemputlah mereka yang anda ajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran tentang Yesus Kristus dan injil-Nya serta bertindak atas apa yang mereka pelajari. Galakkan mereka untuk membuat pengkajian secara individu dan dengan keluarga di luar kelas sebagai sumber utama pembelajaran injil mereka. Apabila mereka bertindak secara beriman dengan mengkaji sebagai individu dan bersama keluarga, mereka akan mengundang Roh ke dalam hidup mereka, dan Roh akan membawa penukaran hati yang sejati. Segala yang anda lakukan sebagai seorang pengajar harus menuju kepada objektif kudus ini.
Hanya ajar ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan seperti yang terdapat dalam tulisan suci dan firman-firman para nabi zaman akhir. Ajaran tulen—kebenaran abadi dan tidak berubah yang Tuhan dan hamba-Nya ajarkan—menjemput Roh dan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan.
Panggilan untuk mengajar merupakan amanah yang kudus, dan adalah perkara biasa ada kalanya anda rasa ditenggelamkan. Tetapi ingatlah Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini pekerjaan Tuhan dan semasa anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan memperbesarkan keupayaan, kurnia serta bakat anda dan pelayanan anda akan memberkati kehidupan mereka yang anda ajar.