Perjanjian Baru 2023
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Bersedia untuk Mengajar di Sekolah Minggu

4:55

Pengkajian peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Hal ini benar bagi anda dan mereka yang anda ajar. Semasa anda bersedia untuk mengajar, bermula dengan memperoleh pengalaman anda sendiri dalam tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila anda menjalankan injil, membaca tulisan suci, dan mencari ilham Roh Kudus.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga merupakan bahagian penting dalam pengkajian peribadi dan persediaan anda untuk mengajar. Ini akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang asas-asas ajaran yang terdapat dalam kitab suci. Ia juga akan membolehkan anda mengilhami dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk meningkatkan pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga mereka (untuk mendapatkan bantuan, lihat “Idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga” dalam sumber ini). Apabila anda lakukan ini, ingatlah untuk peka kepada ahli-ahli kelas yang keadaan keluarganya mungkin tidak menyokong kajian tulisan suci sekeluarga dan malam keluarga secara tetap.

Ketika anda membuat persediaan, fikiran dan tanggapan akan datang berkenaan mereka yang anda ajari. Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas-asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka. Anda akan dibimbing untuk mengilhami mereka menerokai asas-asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci untuk diri mereka sendiri.

Idea Pengajaran

Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan panduan pengajaran dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri. Anda mengenali ahli-ahli kelas anda, dan anda akan lebih mengenali mereka semasa anda belajar bersama di dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda cara terbaik untuk membantu ahli-ahli kelas mengembangkan pembelajaran injil mereka di rumah.

Terdapat banyak sumber lain yang anda boleh gunakan dalam persediaan, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut tentang ini dan sumber-sumber lain, lihat bahagian yang bertajuk “Sumber-sumber Tambahan” di dalam sumber ini.

Beberapa Perkara untuk Diingati

  • Pembelajaran injil adalah paling berkesan semasa ia berpusat di rumah. Sebagai pengajar, anda mempunyai tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalakkan dan menambah kepada pembelajaran injil ahli-ahli kelas di rumah.

  • Penukaran hati ahli-ahli kelas kepada Yesus Kristus dan injil-Nya akan mendalam apabila mereka memahami serta menerapkan ajaran yang benar. Galakkan mereka untuk mencatat dan bertindak atas tanggapan yang mereka terima dari Roh Kudus.

  • Mengajar bukan sekadar berceramah dan membimbing perbincangan sahaja. Sebahagian daripada peranan anda adalah untuk menggalakkan penyertaan yang membina dan berdasarkan tulisan suci. Anda juga harus berkongsi pandangan berilham yang anda terima semasa mengkaji tulisan suci.

  • Ingatlah bahawa ramai ahli-ahli kelas mempunyai pengalaman bermakna semasa mengkaji tulisan suci sama yang anda akan bincangkan di dalam kelas. Anda boleh menyokong pembelajaran mereka dengan kerap memberi peluang untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari di rumah.

  • Bapa Syurgawi ingin anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda, termasuk mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berbincang dengan pengajar lain mengenai cabaran-cabaran yang anda hadapi. Anda juga boleh berbincang dan berlatih menggunakan asas-asas mengajar seperti Kristus.

  • Pelajar dapat belajar dengan lebih baik apabila mereka berpeluang untuk mengajar. Sekali-sekala, pertimbangkan untuk membenarkan ahli-ahli kelas, termasuk remaja, untuk mengajar sebagai sebahagian daripada pelajaran. Buat keputusan ini berdasarkan keperluan dan kebolehan ahli-ahli kelas. Jika anda menjemput seorang ahli kelas untuk mengajar, luangkan masa untuk membantu dia bersedia terlebih dahulu dengan menggunakan idea-idea yang terdapat dalam sumber ini dan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ingatlah sebagai pengajar yang dipanggil, anda bertanggungjawab atas kandungan yang diajar di dalam kelas.

Sumber ini merangkumi panduan mengajar untuk setiap minggu bagi sepanjang tahun. Pada hari Ahad apabila Sekolah Minggu tidak diadakan kerana persidangan umum, persidangan pancang, atau sebab lain, ahli-ahli kelas digalakkan untuk teruskan pembacaan Perjanjian Baru di rumah mengikut jadual yang digariskan di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Semasa Sekolah Minggu diadakan, anda boleh memilih untuk melangkau atau menggabungkan pelajaran.