Perjanjian Baru 2023
Sumber-sumber Tambahan


“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Sumber-sumber Tambahan

Sumber-sumber ini boleh didapati dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda boleh menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan kelas Sekolah Minggu anda. Jika ahli-ahli kelas menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga, galakkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak

Muzik kudus menjemput Roh, membantu kita merasai kasih Tuhan, dan mengajar ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain menggunakan versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak, anda boleh mencari rakaman video dan audio bagi banyak lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.

Buku Panduan Seminari dan Institut

Buku Panduan Seminari dan Institut menyediakan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran tentang asas-asas dan laporan yang terdapat dalam kitab suci. Buku panduan ini turut mengilhami idea-idea ajaran untuk kelas Sekolah Minggu.

Majalah Gereja

Majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja menyediakan artikel dan rencana lain yang boleh menjadi asas-asas tambahan untuk Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu.

kanak-kanak mengkaji majalah dan tulisan suci Gereja

Mengkhutbahkan Injil-Ku

Panduan untuk penginjil ini menyediakan gambaran keseluruhan tentang asas-asas injil.

Untuk Kekuatan Remaja (risalah)

Sumber ini menggariskan standard Gereja yang boleh membantu kita menerapkan injil dan menikmati penemanan Roh. Pertimbangkan untuk merujuk kepada sumber ini dengan kerap, terutamanya jika anda mengajar golongan remaja.

Video dan Karya Seni

Karya seni, video, dan media lain dapat membantu mereka yang anda ajar memahami ajaran dan membayangkan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci tersebut. Kunjungi Gospel Media di GospelMedia.ChurchofJesusChrist.org untuk semak imbas koleksi sumber-sumber media Gereja. Gospel Media juga tersedia dalam aplikasi mudah alih. Terdapat banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas, dalam Buku Seni Injil.

Teaching in the Savior’s Way

Teaching in the Savior’s Way boleh membantu anda belajar dan menerapkan asas-asas pengajaran yang serupa dengan Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar.