Perjanjian Baru 2023
Pola untuk Mengajar


“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
seorang remaja sedang mengkaji kitab suci

Pola untuk Mengajar

Setiap panduan dalam sumber ini mengikut pola menjemput perkongsian dan mengajar ajaran. Dalam banyak hal, semasa anda mengajar, elemen-elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza. Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran, dan mengajar ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Izinkan pelarasan pada pola ini untuk berlaku secara semula jadi, ikutkan bisikan Roh untuk memenuhi keperluan mereka yang anda ajari.

Jemput Perkongsian

Sebagai sebahagian setiap kelas, jemput ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman minggu lalu ketika mereka mempelajari tulisan suci secara individu dan sekeluarga serta menerapkan apa yang telah dipelajari. Bantu ahli-ahli kelas melihat bahawa pembelajaran peribadi mereka di luar kelas adalah penting. Penukaran hati individu kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan datang bukan sahaja melalui pembelajaran Ahad tetapi juga melalui pengalaman harian mereka. Apabila ahli-ahli kelas mendengar pengalaman dan kesaksian satu sama lain tentang Yesus Kristus dan injil-Nya, mereka lebih cenderung untuk mencari pengalaman yang serupa bagi diri sendiri.

Bukan semua orang akan membaca bab-bab untuk setiap pelajaran, dan sesetengah yang telah membaca mungkin berasa tidak selesa untuk berkongsi. Pastikan setiap ahli kelas rasa dihargai dalam kelas, sama ada mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi atau tidak.

Mengajar Ajaran

Anda dan ahli-ahli kelas anda perlu memberi tumpuan kepada Yesus Kristus dan ajaran-Nya—kebenaran abadi injil—yang terdapat dalam petikan tulisan suci yang diberikan. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda lebih memahami ajaran yang anda akan ajarkan. Semasa anda membincangkan ajaran tulisan suci, apakah ayat, petikan, pengalaman, soalan dan sumber tambahan yang boleh anda kongsi? Bagaimanakah anda boleh menggunakan sumber-sumber ini untuk membantu ahli-ahli kelas menemui dan memahami asas-asas injil? Bagaimanakah anda dapat membantu mereka membina iman dalam Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Cetak