“26 Disember–1 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“26 Disember–1 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
26 Disember–1 Januari
Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri
Apabila anda membaca dan merenungkan petikan tulisan suci dalam panduan ini, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Ini akan menjemput Roh ke dalam persediaan anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan idea-idea berikut dapat membantu anda mengilhami pelajar-pelajar di kelas anda untuk mengkaji Perjanjian Baru tahun ini.
Jemput Perkongsian
Salah satu objektif anda sebagai seorang pengajar adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kelas belajar dari tulisan suci secara sendiri dan bersama keluarga mereka. Mendengar pengalaman orang lain dapat mengilhami mereka untuk mencari pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, pada permulaan setiap kelas, minta ahli-ahli kelas kongsikan tulisan suci dari kajian mereka yang memberi ilham atau tanggapan kepada mereka.
Mengajar Ajaran
Pembelajaran memerlukan tindakan dengan iman.
-
Bagaimanakah anda mengilhami ahli-ahli kelas anda untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam pembelajaran mereka, dari meletakkan tanggungjawab tunggal pada pengajar? Berikut satu idea. Lemparkan satu objek lembut kepada seorang ahli kelas, yang anda telah minta sebelum ini untuk tidak menangkapnya. Gunakan aktiviti ini untuk memulakan perbincangan mengenai peranan pelajar dan pengajar dalam pembelajaran injil. Sebagai pelajar, bagaimana kita “menangkap” apa yang diajar dalam kelas kita? Kenyataan-kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu dalam perbincangan ini.
-
Semua ahli-ahli kelas mempunyai tanggungjawab untuk menjemput Roh ke dalam kelas. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami ini, minta mereka membaca Alma 1:26 dan Ajaran dan Perjanjian 50:13–22; 88:122–23 dan kongsi apa yang pengajar dan pelajar boleh lakukan untuk menjemput Roh. Ia membantu untuk menulis jawapan mereka di papan tulis di bawah tajuk seperti berikut: Apa yang boleh dilakukan oleh pengajar dan Apa yang boleh dilakukan oleh pelajar. Ahli-ahli kelas boleh mencipta satu poster mengandungi jawapan-jawapan mereka untuk dipaparkan buat beberapa minggu yang akan datang.
Kita perlu mengetahui kebenaran untuk diri kita sendiri.
-
Terdapat banyak petikan dalam Perjanjian Baru mengajarkan asas-asas yang boleh membimbing pencarian kita untuk kebenaran. Contohnya termasuk Lukas 11:9–13; Yohanes 5:39; 7:14–17; dan 1 Korintus 2:9–11. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas anda yang telah membaca petikan ini dalam kajian peribadi mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari. Atau anda boleh membaca petikan ini bersama kelas dan jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka mendapat kesaksian mereka.
-
Kisah Rasul-Rasul 17:10–12 menggambarkan Orang Suci yang mengkaji tulisan suci dan memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang kebenaran. Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas mengikuti teladan mereka, baca ayat-ayat ini bersama dan jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan petikan tulisan suci yang telah memperkuatkan kesaksian mereka tentang injil.
Bagaimanakah kita boleh membuat kajian tulisan suci kita lebih bermakna?
-
Mengembangkan tabiat pengkajian tulisan suci mungkin mencabar untuk ahli-ahli kelas yang berasa mereka tidak mempunyai masa, kefahaman, atau kemahiran yang diperlukan. Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka berjaya? Untuk membantu ahli-ahli kelas memperoleh keyakinan untuk mengkaji tulisan suci, anda boleh berkongsi maklumat dari “Idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Anda atau ahli kelas lain boleh berkongsi pengalaman menggunakan beberapa idea itu atau pengalaman lain yang bermakna ketika mengkaji tulisan suci. Anda juga boleh memilih satu bab dalam Perjanjian Baru dan cuba mengkajinya sebagai satu kelas dengan menggunakan beberapa idea ini.
Sumber-sumber Tambahan
Memperoleh pengetahuan rohani untuk diri kita.
Nabi Joseph Smith mengajar: “Hal-hal Tuhan adalah sangat penting; dan masa, dan pengalaman, dan fikiran yang berhati-hati dan khusyuk dapat mempelajarinya. Mindamu, hai manusia! jika engkau akan membawa satu jiwa kepada keselamatan, mesti merentangkan setinggi langit, dan menyelidiki dan merenungkan ngarai yang paling gelap, dan bentangan luas keabadian—engkau mesti berbicara dengan Tuhan. Betapa lebih bermaruah dan mulia fikiran Tuhan, daripada khayalan sombong hati manusia!” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 267).
Elder David A. Bednar menjelaskan: “Jika semua yang anda dan saya tahu tentang Yesus Kristus dan injil dipulihkan-Nya adalah apa yang orang lain ajar atau beritahukan, maka landasan kesaksian kita tentang Yesus dan kerja zaman akhir-Nya adalah dibina di atas pasir. Kita tidak boleh hanya bergantung pada atau meminjam cahaya dan pengetahuan injil dari orang lain—bahkan mereka yang kita kasihi dan percaya” (“Disediakan untuk Mendapatkan Setiap Hal yang Diperlukan,” Liahona, Mei 2019, 102).