Perjanjian Baru 2023
23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: “Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”


“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
Yohanes Pembaptis Membaptiskan Yesus

Tingkap kaca berwarna dalam Bait Suci Nauvoo Illinois, oleh Tom Holdman

23–29 Januari

Matius 3; Markus 1; Lukas 3

“Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”

Ketika anda membaca dan merenungkan Matius 3; Markus 1; dan Lukas 3, catatkan tanggapan yang anda peroleh. Ini akan mengundang Roh ketika anda membuat persediaan Selain dari idea-idea pengajaran dalam panduan ini, idea-idea pembelajaran dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh disesuaikan untuk digunakan bersama kelas anda.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi bagaimana pembelajaran Perjanjian Baru telah memberkati kehidupan mereka, anda boleh tuliskan soalan berikut di atas papan tulis: Apakah yang anda telah lakukan akibat dari bacaan Perjanjian Baru anda minggu ini? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi jawapan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 3:1–12; Lukas 3:2–18

Pengikut-pengikut menyediakan diri dan orang lain untuk menerima Yesus Kristus.

  • Bagaimanakah kita bersedia untuk kunjungan tetamu penting? Soalan seperti ini boleh membantu anda memperkenalkan perbincangan bagaimana Yohanes Pembaptis menyediakan orang untuk menerima Yesus Kristus. Anda kemudian boleh bahagikan kelas kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan boleh membaca sama ada Matius 3:1–6; Matius 3:7–12; atau Lukas 3:10–15, carikan bagaimana Yohanes Pembaptis menyediakan orang untuk menerima Yesus Kristus dalam hidup mereka. Benarkan setiap kumpulan mengambil giliran berkongsi apa yang didapati.

Imej
Yohanes Pembaptis sedang mengkhutbah

John the Baptist Preaching in the Wilderness [Yohanes Pembaptis Berkhutbah di Padang Belantara], oleh Robert T. Barrett

Lukas 3:2–14

Kita perlu “lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat.”

  • Di dalam Lukas 3:8, Yohanes Pembaptis telah mengajar orang ramai bahawa sebelum mereka boleh dibaptiskan, mereka perlu lakukan “perkara-perkara,” atau buktikan pertaubatan mereka. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas mengenali bukti pertaubatan mereka sendiri? Anda boleh minta mereka mengkaji Lukas 3:8–14 dan cari apa yang Yohanes pertimbangkan sebagai “perkara-perkara” pertaubatan. Mereka juga boleh kaji semula Moroni 6:1–3 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37. Anda boleh lukiskan sebuah pokok berbuah di atas papan tulis dan biarkan ahli-ahli kelas melabelkan buah-buah di atas pokok itu dengan “perkara-perkara” pertaubatan yang mereka jumpai. Ini juga merupakan masa yang baik untuk bincangkan apakah maksudnya untuk benar-benar bertaubat.

Matius 3:13–17

Kita mengikut Yesus Kristus apabila kita dibaptiskan dan menerima Roh Kudus.

  • Untuk mengimbas kisah pembaptisan Yesus Kristus, cuba idea ini: Tanya ahli-ahli kelas bagaimana mereka boleh gunakan Matius 3:13–17 untuk mengajar seseorang, seperti seorang kanak-kanak atau seorang yang beragama lain, mengenai pembaptisan. (Mereka juga boleh gunakan gambar dalam panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.) Apakah unsur penting pembaptisan yang mereka akan tekankan? Mereka boleh melatihkan idea-idea dengan mengajar satu sama lain.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan kepentingan menjalani perjanjian pembaptisan mereka, anda boleh menjemput seseorang untuk membaca kenyataan Elder Bednar dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas mungkin suka kongsikan perasaan mereka berkenaan pembaptisan dan perjanjian pembaptisan mereka. Mereka juga boleh menyanyikan satu lagu rohani tentang mengikut Juruselamat, seperti “Ikut Aku” (Nyanyian Rohani, no. 43).

  • Yohanes Pembaptis telah mengajar bahawa Juruselamat akan dibaptiskan “dengan Roh Tuhan dan api” (Matius 3:11). Pembaptisan dengan api berlaku apabila kita ditetapkan dan kita menerima kurnia Roh Kudus. Mengapakah kita perlukan kurnia Roh Kudus untuk maju dalam kerajaan Tuhan? Apakah kesan pembaptisan dengan api dan Roh Kudus kepada kita? (lihat Alma 5:14).

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Perjanjian pembaptisan kita.

Elder David A. Bednar mengajar: “Perjanjian pembaptisan termasuk tiga komitmen dasar: (1) rela untuk mengambil ke atas diri nama Yesus Kristus, (2) selalu mengingati-Nya, dan (3) mentaati perintah-perintah-Nya. Berkat yang dijanjikan apabila mentaati perjanjian ini adalah “agar [kita] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].” [Ajaran dan Perjanjian 20:77]. Oleh itu, pembaptisan adalah persediaan penting untuk menerima peluang yang diberi wewenang bagi penemanan berterusan ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan” (“Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Liahona, Mei 2016, 60).

Untuk contoh seorang budak lelaki yang mematuhi perjanjian pembaptisannya, lihat cerita pada permulaan pesanan Sister Carole M. Stephen “We Have Great Reason to Rejoice” (Liahona, Nov. 2013, 115–17).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengajar ajaran asas. Hyrum Smith mengajar, “Khutbahkan asas-asas pertama Injil—khutbahkannya berkali-kali; anda akan dapati setiap hari idea-idea baru dan cahaya tambahan akan diwahyukan kepada anda. Anda boleh memperkembangkannya supaya boleh memahami dengan lebih jelas lagi. Anda kemudian boleh membuatnya lebih senang difahami kepada mereka yang anda ajari” (dalam Sejarah, 1838–1856 [Manuscrip Sejarah Gereja], jilid E-1, 1994, josephsmithpapers.org).

Cetak