“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti yang Engkau Katakan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
2–8 Januari
Matius 1; Lukas 1
“Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti yang Engkau Katakan”
Sebelum anda membaca bahan kajian tambahan, baca dan renungkan Matius 1 dan Lukas 1, dan catatkan tanggapan rohani anda. Biarkan Roh membimbing persediaan anda. Kemudian kaji idea-idea dalam panduan ini dan di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
Jemput Perkongsian
Tujuan utama Matius, Lukas, dan penulis-penulis Injil lain adalah untuk memberi saksi bahawa Yesus Kristus adalah Putera Tuhan. Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk kaji semula Matius 1 atau Lukas 1 dan kongsikan satu ayat yang membina iman mereka kepada Yesus Kristus. Cadangkan kepada kelas bahawa apabila mereka mengkaji Perjanjian Baru tahun ini, mereka boleh membuat senarai ayat-ayat suci yang memberi saksi bahawa Yesus Kristus adalah Putera Tuhan. Anda juga boleh membuat senarai ini secara satu kelas.
Mengajar Ajaran
Bapa Syurgawi bekerja melalui anak-anak beriman-Nya untuk mencapai tujuan-Nya.
-
Ahli-ahli kelas akan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna ketika mengkaji Perjanjian Baru tahun ini jika mereka dapat peroleh pembelajaran daripada pengalaman-pengalaman orang yang dibacakan. Untuk membantu mereka mencapai ini, anda boleh menyenaraikan nama-nama orang yang didapati dalam Matius 1 dan Lukas 1 di papan tulis, bersama ayat suci rujukan berkenaan individu-individu tersebut, seperti berikut:
-
Maria (Lukas 1:26–56)
-
Yusuf (Matius 1:18–25)
-
Elisabet (Lukas 1:5–7, 24–25, 40–45, 57–60)
-
Zakharia (Lukas 1:5–23, 59–64)
Apa yang boleh kita belajar dari cerita-cerita tersebut untuk membantu kita hari ini?
-
-
Atau anda boleh membaca bersama Lukas 1:26–38, 46–56, mencari hal-hal Maria katakan yang mengungkapkan sesuatu tentang wataknya. Apakah perkara lain yang kita belajar daripada Maria?
Berkat-berkat Tuhan datang menurut masa-Nya.
-
Mungkin terdapat di antara ahli-ahli kelas anda yang, seperti Elisabet dan Zakharia, menjalankan hidup yang soleh namun belum lagi menerima berkat yang diharapkan. Pertimbangkan untuk menjemput kelas membaca Lukas 1:5–25, mencari ajaran-ajaran yang boleh dipelajari daripada Elisabet dan Zakharia berkenaan kesabaran terhadap Tuhan. Apakah contoh lain mengenai kesabaran dengan masa Tuhan yang ahli-ahli kelas dapat kongsikan daripada kehidupan masing-masing atau dari kisah dalam ayat suci? Apakah yang kita pelajari dari contoh-contoh ini? Ahli-ahli kelas juga boleh membincangkan pernyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
“Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.”
-
Ahli-ahli kelas kadangkala mungkin tertanya—seperti Maria—bagaimana rancangan Tuhan bagi mereka atau janji mereka boleh dipenuhi. Untuk membantu ahli-ahli kelas faham bahawa melalui kuasa Tuhan tiada perkara yang mustahil, anda boleh tunjukkan gambar Pengisytiharan: Malaikat Gabriel Muncul kepada Maria (Buku Seni Injil, no.28) dan jemput mereka untuk baca Lukas 1:26–38 bersama. Apakah yang boleh kita belajar berkenaan mengatasi perkara yang tampak mustahil melalui pengajian kata-kata dan tindakan Maria? Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman di mana Tuhan telah membantu mereka mencapai sesuatu yang mereka anggap mustahil.
Sumber-sumber Tambahan
Berharap kepada Tuhan.
Mengakui bahawa ramai di antara kita mempersoalkan mengapa kita perlu menunggu berkat-berkat Tuhan, Elder Jeffrey R. Holland berkata:
“Jawapan kepada soalan seperti ini adalah ‘Ya, Tuhan boleh memberikan keajaiban dengan serta-merta, tetapi kita akan mempelajari bahawa hanya Tuhan seorang boleh mengarahkan waktu dan masa perjalanan fana kita.’ … Iman bermakna mempercayai Tuhan dalam masa baik dan tidak baik, walaupun ia termasuk penderitaan sehingga kita melihat kuasa Tuhan. …
“… Mereka yang ‘berharap kepada Tuhan akan mendapat kekuatan baru [dan] seperti burung rajawali. terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya; mereka akan berlari dan tidak lelah; … mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.’[Yesaya 40:31; penekanan ditambah]. Saya berdoa bahawa ‘dalam masa yang singkat’—cepat atau lambat—berkat-berkat itu akan datang kepada setiap anda yang mencari kelegaan dari kesedihan anda dan kebebasan dari dukacita anda. Saya memberi kesaksian tentang kasih Tuhan dan Pemulihan injil gemilang-Nya, yang dalam satu cara atau yang lain, merupakan jawapan untuk setiap masalah yang kita hadapi dalam hidup” (“Menunggu Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 116–17).