Perjanjian Lama 2022
14–20 Februari. Kejadian 18–23 “Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?”


“14–20 Februari. Kejadian 18–23: ‘Adakah Sesuatu yang Terlalu Sukar bagi Tuhan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“14–20 Februari. Kejadian 18–23”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Sara mendukung bayi Ishak

Sarah and Isaac (Sara dan Ishak), oleh Scott Snow

14–20 Februari

Kejadian 18–23

“Adakah sesuatu yang terlalu sukar bagi Tuhan?”

Semasa membuat persediaan untuk mengajar, ingat bahawa ramai ahli kelas mungkin mempunyai pengalaman yang bermakna semasa mereka membaca Kejadian 18–23. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan mereka berkongsi pengalaman dan pandangan ini? Pertimbangkan untuk menggunakan pandangan ini untuk mencetuskan perbincangan kelas.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ujian dan percubaan kita sering menjadi detik penentu dalam kehidupan kita. Kejadian 18–23 menjelaskan beberapa detik sedemikian dalam hidup Abraham dan Lot. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi ayat yang mereka temui sepanjang pengkajian peribadi mereka pada minggu ini yang menggambarkan detik penentu bagi Abraham. Kemudian mereka boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 18:9–14; 21:1–7

Tuhan menunaikan janji-janji-Nya dalam masa-Nya sendiri.

  • Laporan dalam ayat-ayat ini boleh mengilhami ahli-ahli kelas yang tertanya-tanya jika janji Tuhan kepada mereka akan ditunaikan. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas menyemak bersama seorang rakan kelas yang lain tentang laporan janji Tuhan kepada Abraham dan Sara dalam Kejadian 17:4, 15–22; 18:9–14 dan pengenapan janji-janji tersebut dalam Kejadian 21:1–7. Apakah kandungan dalam ayat-ayat ini yang menarik perhatian ahli-ahli kelas? Apakah kebenaran yang boleh kita peroleh dari pengalaman Abraham dan Sara untuk dikongsi kepada rakan yang berasa putus harapan tentang Tuhan akan menunaikan janji-janji-Nya? Apakah tulisan suci atau pengalaman peribadi lain yang boleh kita kongsi? (lihat, misalnya, Roma 8:28; Ibrani 11; Mormon 9:19–21; Ajaran dan Perjanjian 88:64). Apakah pengalaman yang boleh ahli-ahli kelas kongsi mengenai pengalaman janji Tuhan telah ditunaikan dalam kehidupan mereka? Bagaimanakah kita boleh menyokong iman kita apabila berkat yang dijanjikan mungkin tidak diterima dalam hidup ini? (lihat Ibrani 11:8–13).

Kejadian 19:15–26

Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita harus lari dari kejahatan dan tidak menoleh ke belakang.

  • Apakah pengajaran yang anda rasa ahli-ahli kelas boleh dapat dari laporan keluarga Lot yang lari dari Sodom dan Gomora? Pernyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber Tambahan” telah mencadangkan satu pengajaran yang mungkin. Anda boleh kongsikan kepada kelas selepas meringkaskan peristiwa yang dijelaskan dalam Kejadian 19:15–26. Melalui cara apakah atau dalam situasi apakah yang kadangkala kita “[menoleh] ke belakang” (ayat 26) apabila kita harus melihat ke hadapan dengan penuh iman terhadap Juruselamat? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang menggambarkan kepentingan tidak menoleh ke belakang. Apakah yang Lukas 9:62 tambahkan kepada pemahaman kita terhadap konsep ini?

    Ilustrasi Lot serta keluarganya lari dari Sodom dan Gomora

    Fleeing Sodom and Gomorrah (Lari dari Sodom dan Gomora), oleh Julius Schnorr von Carolsfeld

Kejadian 22:1–14

Kesediaan Abraham untuk mengorbankan Ishak adalah kemiripan Tuhan dan Putera-Nya.

  • Laporan tentang Abraham menawarkan anaknya sebagai korban boleh mengajar kita tentang Bapa Syurgawi mengorbankan Putera-Nya. Salah satu cara meneroka laporan ini adalah dengan menugaskan separuh kelas untuk merenungkan Kejadian 22:1–14 dari perspektif Abraham dan Tuhan iaitu Bapa, sementara yang lain merenungkan laporan ini dari perspektif Ishak serta Yesus Kristus. Minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan yang mereka peroleh. Secara khususnya, apakah yang ahli-ahli kelas pelajari yang memperdalamkan kesyukuran mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, anda boleh menunjukkan gambar Abraham Mengambil Ishak untuk Dikorbankan (Buku Seni Injil, no. 9).

additional resources icon

Sumber Tambahan

“Iman selalu diarahkan kepada masa depan.”

Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Kemungkinan isteri Lot menoleh ke belakang dengan perasaan benci terhadap Tuhan atas apa yang diminta oleh Tuhan agar ditinggalkannya. … Jadi, dia tidak setakat menoleh ke belakang; dia menoleh ke belakang dengan penuh rindu. Pendek kata, keterikatannya terhadap masa lalu melebihi keyakinannya terhadap masa depan. …

“… Saya memohon kepada anda agar tidak memikirkan detik-detik yang sudah berlalu dan tidak sia-sia menginginkan detik-detik dahulu, walau seberapa bagusnya masa lalu itu. Masa lalu adalah untuk dipelajari tetapi bukan untuk didiami. Kita menoleh ke belakang untuk menikmati bara dari pengalaman yang menyerikan tetapi bukan abunya. Selain itu, apabila kita telah mempelajari perkara yang perlu kita pelajari dan telah dibawa ke kedudukan terbaik yang telah kita alami, maka kita menoleh ke hadapan dan ingat bahawa iman selalu diarahkan kepada masa depan. …

“… [Isteri Lot] tidak beriman. Dia meragui kemampuan Tuhan untuk memberinya sesuatu yang lebih baik daripada yang telah dimilikinya. Nampaknya, dia menyangka bahawa tiada apa-apa yang ada di hadapannya mungkin sebaik yang ditinggalkannya. …

“… Memikirkan kehidupan dahulu, termasuk kesalahan masa lalu, tidak betul juga! Ini bukan injil Yesus Kristus” (“The Best Is Yet to Be”, Ensign, Jan. 2010, 24, 26–27).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Berkat-berkat yang dijanjikan. Semasa anda menjemput mereka yang anda ajar untuk bertindak berdasarkan perkara yang telah mereka pelajari, turut bersaksi tentang berkat-berkat yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka yang berbuat demikian. (Lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 35.)