Perjanjian Lama 2022
31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8: “Nuh Menemui Rahmat Di Mata Tuhan”


“31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8: ‘Nuh Menemui Rahmat di Mata Tuhan’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“31 Januari–6 Februari. Kejadian 6–11; Musa 8”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Nuh, keluarganya, binatang, bahtera dan pelangi

Ilustrasi Nuh meninggalkan bahtera, oleh Sam Lawlor

31 Januari–6 Februari

Kejadian 6–11; Musa 8

“Nuh Menemui Rahmat di Mata Tuhan”

Panduan ini menekankan asas yang ditemui dalam Kejadian 6–11 dan Musa 8, tetapi ini bukan satu-satunya asas yang boleh anda tumpukan semasa anda mengajar. Yakin pada bisikan rohani yang anda terima semasa mengkaji tulisan suci.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas berkongsi pesanan rohani untuk zaman kita dari kisah Nuh atau Menara Babel. Galakkan mereka untuk berkongsi tulisan suci yang menyokong pesanan ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 6–8; Musa 8

Terdapat keselamatan rohani dalam mengikuti nabi Tuhan.

  • Kejahatan pada zaman Nuh boleh mengingatkan kita akan kejahatan yang kita lihat di sekeliling kita sekarang. Untuk membantu ahli-ahli kelas mendapat manfaat dari pengajaran kisah Nuh, anda boleh menulis di papan tulis Amaran dan Jaminan. Ahli-ahli kelas boleh mengkaji Kejadian 6–8 atau Musa 8:13–30 dan mencari amaran yang mereka rasa penting bagi zaman kita dan sesuatu yang mereka merasa memberi jaminan (lihat juga “Sumber Tambahan”). Mereka boleh menulis perkara yang mereka temui di bawah tajuk yang berkaitan di papan tulis. Mengapakah kisah Nuh berharga untuk kita hari ini?

Kejadian 9:8–17

Token atau lambang membantu kita mengingati perjanjian kita dengan Tuhan.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan bacaan Kejadian 9:8–17 dan merenungkan cara lambang atau token boleh digunakan sebagai peringatan terhadap perjanjian kita. Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi pandangan, anda boleh bawa ke kelas beberapa objek yang mengingatkan kita tentang perkara-perkara yang penting—seperti cincin perkahwinan, bendera kebangsaan atau tag nama penginjil—dan membandingkan item-item ini dengan “token” pelangi. Apakah yang Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 9:21–25 (dalam lampiran Alkitab) ajarkan kita tentang token ini? Bagaimanakah Tuhan menggunakan token atau lambang untuk membantu kita mengingati perjanjian kita?

Kejadian 11:1–9

Satu-satunya jalan untuk mencapai syurga adalah dengan mengikut Yesus Kristus.

  • Laporan tentang orang-orang Babel membina menara memberikan kontras yang menarik terhadap laporan Henokh serta orang-orangnya yang membina Sion, yang ahli-ahli kelas pelajari pada minggu lalu. Kedua-dua kumpulan orang ini berusaha untuk mencapai syurga tetapi dengan cara yang berbeza. Anda boleh menjemput ahli-ahli untuk senaraikan di papan tulis apa-apa yang mereka ingat tentang orang-orang Sion (lihat Musa 7:18–19, 53, 62–63, 69) dan perkara yang mereka pelajari dari Kejadian 11:1–9 serta Helaman 6:26–28 tentang orang Babel. Apakah perbezaan yang mereka temui? Apakah tulisan suci ini ajarkan kita tentang usaha kita sendiri untuk kembali ke hadirat Tuhan?

    menara Babel

    Ilustrasi Menara Babel, oleh David Green

  • Bandar purba Babel tidak lagi wujud, tetapi keangkuhan dan sifat duniawi yang ia lambangkan masih berlanjutan. Untuk membantu ahli-ahli kelas menerapkan pengajaran dari Menara Babel ke dalam kehidupan mereka, mulakan dengan menjemput mereka mengkaji Kejadian 11:1–9. Kemudian, anda boleh mengedarkan helaian kertas dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menulis perkara yang orang-orang lakukan yang menjauhkan diri mereka dari Tuhan; kemudian, pada helaian kertas yang lain, mereka boleh menulis perkara yang boleh dilakukan untuk mendorong mereka lebih mendekati Tuhan. Remaja boleh menyusun kumpulan kertas yang pertama di papan tulis dalam bentuk menara dan kumpulan yang kedua pula dalam bentuk bait suci. Apakah yang telah disediakan oleh Tuhan untuk membantu kita “sampai ke syurga”? (Kejadian11:4; lihat juga Yohanes 3:16). Anda boleh menyanyi lagu rohani mengenai topik ini, seperti “Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku” (Nyanyian Rohani, no. 37).

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Pengajaran daripada Nuh.

Presiden Henry B. Eyring mengajar:

“Kegagalan mengikut nasihat nabi mengurangkan kuasa kita untuk mengikut nasihat yang diilhami pada masa akan datang. Masa yang paling baik untuk memutuskan untuk menolong Nuh membina bahtera ialah pada kali pertama dia meminta. Setiap kali dia meminta selepas itu, setiap kegagalan untuk bertindak balas akan mengurangkan keupayaan untuk merasa Roh. Jadi rayuannya kelihatan semakin sia-sia, sehingga hujan datang. Dan masa itu sudah terlalu lambat.

“Setiap kali apabila saya menangguh untuk mengikut nasihat yang diilhamkan atau memutuskan bahawa saya terkecuali, saya menyedari bahawa saya membahayakan diri sendiri. Setiap kali saya mengikut nasihat nabi, menerima pengesahan nasihat itu dalam doa, kemudian mengikutnya, saya mendapati saya melangkah ke arah yang selamat” (“Finding Safety in Counsel”, Ensign, Mei 1997, 25).

Mengapakah Tuhan menghantar Air Bah?

Sesetengah orang tertanya-tanya tentang keadilan Tuhan menghantar air bah untuk “memusnahkan manusia” (Kejadian 6:7). Elder Neal A. Maxwell menjelaskan bahawa ketika berlakunya Air Bah, “kereputan telah mencapai tahap yang menghancurkan hak pilihan dan menjadi tidak adil untuk roh dihantar ke sini” (We Will Prove Them Herewith [1982], 58).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Memberi masa untuk renungan. Soalan yang bagus memerlukan renungan, penyelidikan dan ilham. Berikan masa selama beberapa minit kepada ahli-ahli kelas untuk merenungkan soalan sebelum meminta jawapan. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 31–34.)