Perjanjian Lama 2022
21–27 Februari. Kejadian 24–27: Perjanjian Diperbaharui


“21–27 Februari. Kejadian 24–27: Perjanjian Diperbaharui”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“21–27 Februari. Kejadian 24–27”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Ribka

Ilustrasi Ribka, oleh Dilleen Marsh

21–27 Februari

Kejadian 24–27

Perjanjian Diperbaharui

Semasa anda membaca Kejadian 24–27, berdoa untuk mengetahui cara anda boleh menggalakkan ahli-ahli kelas agar memperoleh pengalaman pembelajaran mereka sendiri dari tulisan suci.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi pandangan mereka dari Kejadian 24–27, anda boleh menjemput mereka untuk memilih petikan tertentu yang mengilhami mereka dan menulisnya pada sekeping kertas. Kumpulkan kertas itu dan pilih beberapa ayat untuk dibaca dan dibincangkan dalam kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 24

Perkahwinan perjanjian adalah penting untuk rancangan abadi Tuhan.

  • Tindakan Abraham menekankan kepentingan mencari isteri bagi Ishak memberi peluang untuk membincangkan pentingnya perkahwinan perjanjian dalam rancangan Tuhan bagi kita. Untuk memulakan perbincangan, ahli-ahli kelas boleh mengimbas Kejadian 24 dan berkongsi perkara yang Tuhan lakukan untuk membantu menyatukan Ishak dan Ribka dalam perkahwinan. Mengapakah perkahwinan penting kepada Tuhan? Untuk membantu ahli-ahli kelas membincangkan soalan ini, anda boleh kongsikan pernyataan Elder D. Todd Christofferson dalam “Sumber Tambahan”. Bagaimanakah kita boleh membantu memastikan bahawa tujuan Tuhan untuk perkahwinan dicapai?

  • Tanya ahli-ahli kelas kualiti yang mereka perhatikan pada pasangan mereka, ibu bapa atau pasangan berkahwin lain yang telah menyumbang kepada perkahwinan yang gembira dan setia. Laporan dalam Kejadian 24 menunjukkan kualiti yang boleh membantu seseorang mencipta kebahagiaan dalam perkahwinan—dan aspek kehidupan yang lain. Misalnya, dalam ayat 12 kita belajar tentang dibimbing oleh doa dan dalam ayat 19 kita belajar tentang menyumbangkan usaha tambahan dalam pelayanan. Apakah asas yang boleh ditemui dalam bab ini? Ahli-ahli kelas juga boleh melihat dalam “Keluarga: Suatu Pengisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Kejadian 25:29–34

Kita boleh memilih di antara kepuasan segera dan hal-hal yang lebih berharga.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas mencari pengajaran peribadi dari pengalaman Yakub dan Esau? Salah satu idea adalah menjemput mereka membuat dua senarai di papan tulis—satu tentang berkat abadi yang Tuhan ingin berikan kepada kita dan satu lagi tentang perkara duniawi yang mengalih perhatian kita dari berkat-berkat tersebut. Kemudian, ahli-ahli kelas boleh membaca Kejadian 25:29–34, menggantikan “hak anak sulung” dengan sesuatu dari senarai pertama dan “bubur kacang merah” dengan sesuatu dari senarai kedua. Bagaimanakah musuh berusaha meyakinkan kita untuk menukarkan berkat Tuhan dengan hal-hal yang kurang berharga? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas memberi nasihat antara satu sama lain tentang cara menumpukan perhatian kepada Juruselamat dan berkat-berkat abadi yang ditawarkan-Nya kepada kita.

Kejadian 26:18–25, 32–33

Yesus Kristus ialah perigi air yang hidup.

  • Kejadian 26 beberapa kali menyebut bahawa Ishak serta keluarganya perlu mengorek perigi untuk mencari air dan ini lazimnya memerlukan usaha yang banyak. Fakta ini boleh membantu anda mengajar ahli-ahli kelas tentang usaha yang diperlukan untuk membawa “air kehidupan” Juruselamat ke dalam kehidupan kita (lihat Yohanes 4:10). Anda boleh menggambarkan hal ini dengan melukis di papan tulis sumber air yang ditutupi dengan kotoran yang tebal. Ahli-ahli kelas boleh bergilir memadamkan beberapa lapisan kotoran sambil menerangkan cara mereka boleh mencari air kehidupan Juruselamat. Galakkan mereka menggunakan Panduan Tulisan Suci untuk mencari ayat yang berkaitan dengan perkara yang mereka kongsi.

    Imej
    perigi kuno

    Perigi di Beer-sheba kuno, tempat Abraham dan Ishak telah menggali perigi.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Perkahwinan dan keluarga merupakan penciptaan Tuhan.

Elder D. Todd Christofferson telah mengemukakan beberapa sebab perkahwinan dan keluarga adalah sangat penting untuk rancangan Tuhan:

“Keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan menyediakan keadaan yang terbaik untuk kejayaan rancangan Tuhan—kelahiran anak-anak suci dan tanpa dosa dari Tuhan dan sekitar yang diperlukan untuk belajar dan bersedia untuk berjaya dalam alam fana dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang. Dengan hanya beberapa keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan tersebut sudah cukup penting untuk masyarakat menjadi makmur dan hidup. …

“… Namun tuntutan kita terhadap fungsi perkahwinan dan keluarga tidaklah bergantung kepada sains sosial tetapi kebenaran bahawa ia adalah ciptaan Tuhan. Dialah yang telah mencipta Adam dan Hawa menurut rupa-Nya, lelaki dan perempuan, menyatukan mereka sebagai suami isteri dan untuk bertambah-tambahlah dan penuhilah bumi. Setiap individu punyai rupa ketuhanan, tetapi persatuan dalam perkahwinan lelaki dan perempuanlah membolehkan kita memahami maksud dicipta menurut rupa Tuhan—lelaki dan perempuan. … Perkahwinan tersebut … adalah sebahagian dari rancangan kegembiraan sepertimana juga Kejatuhan dan Korban Tebusan” (“Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga”, Liahona, Mei 2015, 52).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Tumpukan pengajaran anda pada ajaran. Sambil anda menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi, pastikan anda sentiasa membimbing semula perbincangan kepada ajaran dalam tulisan suci. Anda boleh berbuat demikian dengan meminta ahli-ahli kelas membaca petikan tulisan suci dalam kelas, mengemukakan soalan tentang perkara yang dinyatakan dalam tulisan suci dan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi kesaksian mereka terhadap ajaran yang diajar.

Cetak