Perjanjian Lama 2022
28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33: “Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini”


“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33: ‘Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“28 Februari–6 Mac. Kejadian 28–33”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Bait Suci Tijuana Mexico

28 Februari–6 Mac

Kejadian 28–33

“Tuhan Ada Di Sini, Di Tempat Ini”

Semasa membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan dengan penuh doa asas dalam Kejadian 28–33 yang mungkin membantu ahli-ahli kelas anda. Idea yang berikut dimaksudkan untuk menambah kajian dan ilham peribadi anda.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Salah satu berkat dikumpulkan dalam kelas Sekolah Minggu adalah para ahli saling membantu mencari makna dalam tulisan suci. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi dengan orang sebelah perkara yang diajar oleh Roh Kudus kepada mereka semasa mereka mengkaji tulisan suci minggu ini. Beberapa ahli boleh dijemput untuk berkongsi dengan kelas perkara yang mereka bincangkan. Ini boleh mewujudkan permulaan yang baik untuk perbincangan kelas anda.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 28:10–22

Di bait suci kita membuat perjanjian dengan Tuhan.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas mengetahui maksud pengalaman Yakub di Betel, seperti yang dijelaskan dalam Kejadian 28:10–22? Mereka boleh mula dengan mengkaji Kejadian 27:41–45; 28:1–5 dan mempertimbangkan kehidupan Yakub pada ketika itu. Apakah perasaan yang mungkin dirasai oleh Yakub? Ahli-ahli kelas kemudiannya boleh meneliti Kejadian 28:10–22. Bagaimanakah pengalaman ini memberkati Yakub? Bagaimanakah dia ditenangkan? Bagaimanakah pengalaman Yakub mengilhami kita semasa kita beribadah di bait suci? Ahli-ahli kelas juga boleh menyanyi, membaca atau mendengar lagu “Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku”, yang mendasarkan ayat-ayat ini (Nyanyian Rohani, no. 37). Mereka boleh berkongsi ungkapan dari Kejadian 28:10–22 yang mengingatkan mereka tentang pengalaman yang mereka alami ketika cuba mendekati Juruselamat.

  • Tangga yang Yakub nampak dalam mimpinya dibandingkan dengan perjanjian bait suci. Anda boleh menunjukkan atau melukis gambar tangga dan bait suci. Ahli-ahli kelas boleh mengkaji Kejadian 28:10–22 dan membincangkan perkara yang tangga dalam mimpi Yakub ajarkan tentang bait suci. Apakah lagi yang kita peroleh dalam ayat-ayat ini yang mengingatkan kita tentang berkat-berkat yang kita terima kerana perjanjian bait suci kita?

  • Untuk membantu mereka merenungkan janji-janji perjanjian Abraham, yang Tuhan perbaharui dengan Yakub, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Kejadian 28:10–15 dan bincangkan bagaimana mereka boleh menerima berkat-berkat ini pada zaman ini (lihat juga Kejadian 12:2–3). Mereka juga boleh membaca pernyataan Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber Tambahan”, untuk mencari berkat yang datang dari membuat dan mematuhi perjanjian. Bagaimanakah Yakub diberkati dengan menerima janji yang terdapat dalam Kejadian 28:10–15? Apakah kaitan antara peristiwa dalam ayat-ayat ini dan peristiwa dalam Kejadian 29 serta 30 (Yakub berkahwin dan melahirkan anak-anaknya)? Bagaimanakah Tuhan memberkati kita ketika kita membuat dan mematuhi perjanjian suci?

Yakub dan Esau berpelukan

Ilustrasi Yakub dan Esau berpelukan, oleh Robert T. Barrett

Kejadian 32–33

Juruselamat boleh membantu kita mengatasi perselisihan dalam keluarga kita.

  • Kejadian 32–33 boleh mengilhami ahli-ahli kelas yang ingin mencari penyembuhan dalam perhubungan keluarga mereka. Minta ahli kelas meringkaskan peristiwa yang tercatat dalam Kejadian 27. Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga merangkumi soalan-soalan untuk direnungkan semasa mengkaji Kejadian 32–33. Ahli-ahli kelas boleh memilih salah satu daripada soalan ini dan mencari jawapan dalam bab-bab ini. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman mereka berhubung usaha mengeratkan hubungan yang tegang dalam keluarga mereka. Galakkan mereka untuk membincangkan bagaimana Bapa Syurgawi telah membantu mereka.

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Kita anak-anak perjanjian.

Presiden Russell M. Nelson mengajar:

“Apabila kita dibaptis, kita berjanji untuk melayani Tuhan dan mematuhi perintah-Nya. Apabila kita mengambil sakramen, kita memperbaharui perjanjian itu dan menunjukkan kesediaan untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus. Dengan ini kita dianggap sebagai putera dan puteri-Nya dan dikenali sebagai saudara dan saudari. Dia adalah bapa hidup baharu kita. Di bait suci, kita boleh menjadi ahli waris untuk berkat keluarga abadi, seperti yang dijanjikan kepada Abraham, Ishak, Yakub dan keturunan mereka. Demikian, perkahwinan selestial adalah perjanjian permuliaan.

“Apabila kita menyedari bahawa kita adalah anak perjanjian, kita tahu siapa kita dan apa yang Tuhan jangkakan dari kita. Hukum-Nya terpahat di hati kita. Dia Tuhan kita dan kita umat-Nya. Anak-anak perjanjian komited terus setia walaupun terdapat kesukaran. Apabila ajaran itu menjadi sebahagian dalam hati kita, sengat maut pun menjadi lebih mudah ditanggung dan stamina rohani kita dikuatkan” (“Perjanjian-perjanjian”, Liahona, Nov. 2011, 88).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Bantu pelajar bertindak atas gesaan. “Penukaran hati melibatkan lebih dari sekadar merasakan Roh mengesahkan kebenaran pada jiwa kita; kita juga mesti bertindak atas kebenaran itu. Tambahan untuk membantu pelajar merasa dan mengenali Roh, bantu mereka bertindak atas dorongan yang mereka terima” (Teaching in the Savior’s Way, 10).