Perjanjian Lama 2022
21–27 Mac. Keluaran 1–6: “Aku Mengingat Perjanjian-Ku”


“21–27 Mac. Keluaran 1–6: ‘Aku Mengingat Perjanjian-Ku’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“21–27 Mac. Keluaran 1–6”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Musa dan semak yang membakar

Moses and the Burning Bush (Musa and Semak yang Membakar), oleh Harry Anderson

21–27 Mac

Keluaran 1–6

“Aku Mengingat Perjanjian-Ku”

Semasa anda membaca Keluaran 1–6, fikirkan tentang mereka yang anda ajar. Apakah kebenaran dalam bab-bab ini yang mungkin bermakna bagi mereka? Bagaimanakah anda akan membantu mereka menemui kebenaran tersebut?

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Salah satu idea untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari adalah dengan menulis soalan seperti ini di papan tulis: Semasa anda membaca Keluaran 1–6, apakah yang anda perhatikan yang tidak anda perasan sebelum ini? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi jawapan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Keluaran 1–2

Yesus Kristus ialah Pembebas kita.

  • Walaupun Juruselamat tidak disebut dengan nama dalam Keluaran 1–2, laporan ini boleh membantu ahli-ahli kelas membina iman tentang misi-Nya untuk membebaskan kita daripada penawanan. Ahli-ahli kelas boleh mencari perkataan atau ungkapan dalam Keluaran 1–2 yang menjelaskan kesukaran yang dihadapi oleh orang Israel. Bagaimanakah gambaran ini serupa dengan penawanan rohani atau kesusahan lain yang kita hadapi? Bagaimanakah anak-anak Israel mencari pembebasan dan bagaimanakah Tuhan menjawab sahutan mereka? (lihat juga Keluaran 2:23–25; 3:7–8). Bagaimanakah kita mendapat kuasa Tuhan apabila kita memerlukan pembebasan? Bagaimanakah Tuhan menjawab rayuan kita untuk mendapatkan bantuan-Nya? Ahli-ahli kelas boleh mencari pandangan tambahan dalam pesanan Presiden Russell M. Nelson “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita” (Liahona, Mei 2017, 39–42).

    Bayi Musa di dalam bakul

    Musa dalam Rumpun Gelagah, © Providence Collection/dilesenkan dari goodsalt.com

Keluaran 3–4

Semasa kita melakukan pekerjaan Tuhan, kita boleh menerima kuasa Tuhan.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk mencari Keluaran 3–4 bagi mengetahui cara Tuhan menjawab kebimbangan Musa tentang tugas membebaskan orang Israel daripada perhambaan. Jika ahli-ahli kelas anda melakukan aktiviti ini di rumah, jemput mereka untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari. Atau anda boleh melakukan aktiviti ini dalam kelas. Secara khususnya, ahli-ahli kelas boleh mencari dalam Keluaran 3:11–18; 4:1–17, mengenal pasti kebimbangan Musa dan jawapan Tuhan bagi setiap satu. Bagaimanakah jawapan Tuhan boleh membantu kita apabila kita mempunyai keraguan tentang kemampuan kita untuk melakukan pekerjaan-Nya?

Keluaran 3:5

Kita harus menunjukkan ketakziman terhadap hal-hal dan tempat suci.

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan contoh Musa untuk mengilhami perbincangan tentang cara kita harus memperlakukan hal-hal kudus? Misalnya, selepas membaca Keluaran 3:5 bersama, anda boleh menunjukkan objek atau gambar kudus (seperti tulisan suci atau bait suci) dan objek atau gambar benda biasa (seperti buku sekular atau bangunan biasa). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan benda lain yang menurut mereka adalah kudus dan berkongsi cara mereka menunjukkan ketakziman bagi benda tersebut (lihat juga Imamat 19:30; Ajaran dan Perjanjian 6:10–12). Mengapakah Juruselamat mahu kita memperlakukan hal-hal kudus dengan takzim?

Keluaran 5:4–9, 20–23; 6:1–13

Tujuan Tuhan akan dipenuhi pada waktu-Nya sendiri.

  • Mungkin mengecewakan apabila usaha tulus kita untuk melakukan perkara yang baik seolah-olah tidak berhasil—mungkin seseorang teman tidak menjawab usaha pelayanan kita atau doa kita untuk anak yang tidak degil seolah-olah tidak terjawab. Untuk mempelajari tentang pengalaman Musa, ahli-ahli kelas boleh membaca Keluaran 5:4–9, 20–23. Bagaimanakah Tuhan telah membantu Musa mengatasi perasaan kecewanya? (lihat Keluaran 6:1–13). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman apabila mereka tidak melihat hasil yang serta-merta dari usaha mereka untuk melayani Tuhan. Apakah yang pengalaman Musa dalam bab-bab ini ajarkan kita tentang cara kita boleh bertindak terhadap situasi yang serupa? (Lihat juga “Sumber Tambahan”.)

ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Kita melayani orang lain untuk Tuhan.

Presiden Joy D. Jones mengisahkan cara dia dan suaminya melayani dengan penuh iman dalam tugasan pelayanan tetapi tidak melihat kejayaan dari usaha mereka. Pasangan itu merenung dan berdoa untuk mendapatkan bimbingan. Semasa mengisahkan jawapan kepada doa mereka, Presiden Jones berkata:

“Kami sedar bahawa kami sedang berusaha dengan ikhlas untuk melayan keluarga ini dan melayan uskup kami, tetapi kami perlu menanya diri jika kami benar-benar melayan kerana kasih untuk Tuhan. Raja Benyamin membuat perbezaan ini jelas apabila dia berkata, ‘Lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa kerana aku telah berkata kepadamu bahawa aku telah menghabiskan masa hidupku dalam pelayananmu, aku tidak berhasrat untuk bercakap besar, kerana aku semata-mata telah berada dalam pelayanan Tuhan’ [Mosia 2:16; penekanan ditambahkan].

“Jadi siapakah yang Raja Benyamin benar-benar melayani? Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Mengetahui tentang siapa dan mengapa dalam melayani orang lain membantu kita memahami bahawa pernyataan kasih tertinggi adalah ketaatan kepada Tuhan” (“Untuk-Nya”, Liahona, Nov. 2018, 50).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Kongsi pengalaman rohani. Salah satu cara untuk menjemput pengaruh Roh ke dalam kelas anda adalah dengan menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara yang Roh Kudus ajarkan kepada mereka ketika mereka mempelajari tulisan suci minggu ini.