Perjanjian Lama 2022
7–13 Mac. Kejadian 37–41: “Tuhan Menolong Yusuf”


“7–13 Mac. Kejadian 37–41: ‘Tuhan Menolong Yusuf’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“7–13 Mac. Kejadian 37–41”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Yusuf dari Mesir di penjara

Ilustrasi Yusuf dari Mesir di penjara, oleh Jeff Ward

7–13 Mac

Kejadian 37–41

“Tuhan Menolong Yusuf”

Anda tidak diminta untuk mengajarkan semua aktiviti dalam panduan ini. Semasa membuat persediaan untuk mengajar, berdoa agar Roh akan membantu anda mengenali aktiviti (jika ada) dalam panduan ini yang memenuhi keperluan kelas anda.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari dalam pengkajian peribadi dan keluarga mereka, anda boleh menjemput mereka untuk mencari ungkapan dalam Kejadian 37–41 yang mereka rasa penting.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kejadian 37:1–28; 39; 40:1–19; 41:9–45

“Tuhan menolong Yusuf” ketika dalam kesukaran.

  • Seperti Yusuf, ahli-ahli kelas anda mungkin menghadapi percubaan yang sukar. Untuk membantu kelas mencari ilham dalam contoh Yusuf, anda boleh membahagikan mereka kepada tiga kumpulan dan meminta setiap kumpulan untuk mengkaji salah satu daripada perenggan tulisan suci yang berikut: Kejadian 39; 40:1–19; atau 41:9–45. Setiap kumpulan kemudiannya boleh berkongsi bagaimana Tuhan telah menolong Yusuf dalam cabarannya. Jika sesuai, ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman ketika Tuhan menolong mereka semasa menghadapi percubaan yang sukar. Bagaimanakah kita boleh lebih baik melihat kehadiran Tuhan dalam kehidupan kita?

  • Pelajaran objek ini boleh membantu menggambarkan bagaimana kita boleh menangani kesukaran: letakkan satu objek ringan, seperti bola plastik kecil, di bahagian bawah bekas yang diisi separuh beras atau kacang. Jemput seseorang untuk menggoncangkan bekas dengan perlahan sehingga bola naik ke atas. Bagaimanakah Yusuf disamakan seperti bola itu? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi contoh Tuhan menolong Yusuf mengatasi kesukaran dari Kejadian 37:5–11; 39; 40:1–19; 41:9–45. Mereka juga boleh berkongsi masa ketika Tuhan telah menolong mereka melalui cara yang sama.

  • Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk menyanyi atau membaca lirik lagu rohani tentang membuat pilihan yang soleh, seperti “Hal yang Benar” (Lagu Rohani, no. 114). Kemudian, ahli-ahli kelas boleh mencari pandangan atau frasa dalam Kejadian 37:1–28; 39; 40:1–19; 41:9–45 yang menggambarkan mesej lagu rohani ini. Bagaimanakah Yusuf diberkati, di sebalik kesukaran, ketika dia melakukan perkara yang betul? Bilakah Tuhan memberkati kita dalam kesukaran kerana kita melakukan perkara yang betul?

Kejadian 37:5–11; 40; 41:1–38

Jika kita beriman, Tuhan akan membimbing dan mengilhami kita.

  • Walaupun tidak semua orang menerima wahyu peribadi melalui mimpi, terdapat perkara yang boleh kita pelajari tentang wahyu dari pengalaman Yusuf, hamba Firaun dan Firaun. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyemak Kejadian 37:5–11; 40:5–8; 41:14–25, 37–38 dan berkongsi apa yang mereka pelajari tentang wahyu. Anda juga boleh menjemput mereka untuk berkongsi perkara yang telah membantu mereka bersiap sedia untuk menerima, memahami dan bertindak atas wahyu.

    Imej
    Yusuf mentafsirkan mimpi di penjara

    Joseph Interpreting the Butler and Baker’s Dreams (Yusuf mentafsirkan Mimpi Penjaga dan Pembuat Roti), oleh François Gérard

Kejadian 39:1–20

Dengan pertolongan Tuhan, kita boleh lari dari godaan.

  • Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang menentang godaan semasa mereka membaca Kejadian 39 minggu ini. Apakah Yusuf lakukan untuk mengatasi godaan? (lihat ayat 7–12). Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas membuat senarai perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat kuasa Tuhan apabila kita berhadapan dengan godaan. (Ahli-ahli kelas boleh mencari idea dalam Matius 4:1–11 atau dalam tulisan suci yang tersenarai di bawah “Godaan, Menggoda” dalam Panduan Tulisan Suci [scriptures.ChurchofJesusChrist.org].)

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan contoh Yusuf untuk membantu ahli-ahli kelas menentang godaan dalam melakukan dosa seksual? Selain daripada mengkaji Kejadian 39:1–20, ahli-ahli kelas bolehmengkaji “Kesucian Seksual” (dalam Untuk Kekuatan Remaja [2011], 35–37). Mereka boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang menentang fikiran, pertuturan dan tindakan yang mendorong kepada dosa seksual. Mengkaji “Pertaubatan” (dalam Untuk Kekuatan Remaja, 28–29) boleh membantu ahli-ahli kelas memahami peluang Yesus Kristus tawarkan kepada kita agar bertaubat.

Kejadian 41:15–57

Kita harus bersiap sedia menghadapi kesukaran yang mungkin berlaku.

  • Anda boleh meminta seorang ahli kelas untuk menjelaskan mimpi Firaun (lihat Kejadian 41:15–24) dan seorang ahli yang lain pula untuk berkongsi pentafsiran Yusuf (lihat ayat 25–32). Apakah yang Yusuf bercadang untuk melakukan? (lihat ayat 33–36, 47–49). Apakah pengajaran dari laporan ini untuk zaman kita? (lihat nasihat Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber Tambahan”).

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber Tambahan

Bersiap sedia untuk menghadapi kesukaran.

Presiden Gordon B. Hinckley berkata: “Saya menggesa anda untuk berhemat dalam perbelanjaan anda; mendisiplinkan diri anda dalam pembelian anda untuk mengelakkan hutang setakat mana yang boleh. Langsaikan hutang secepat yang anda boleh. … Simpan wang, walaupun sedikit” (“To the Boys and to the Men”, Ensign, Nov. 1998, 54).

Menambah Baik Pengajaran Kita

Mendengar ialah satu tindakan kasih. “Minta Bapa Syurgawi membantu anda memahami perkara yang dikatakan oleh ahli-ahli kelas anda. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan yang diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 34).

Cetak