Perjanjian Lama 2022
28 Mac–3 April. Keluaran 7–13: “Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”


“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13: ‘Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“28 Mac–3 April. Keluaran 7–13”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Musa, Harun dan Firaun

Ilustrasi Musa dan Harun di mahkamah Firaun, oleh Robert T. Barrett

28 Mac–3 April

Keluaran 7–13

“Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”

Kemampuan anda untuk dibimbing oleh Roh dalam pengajaran akan ditingkatkan apabila anda mempunyai pengalaman rohani sendiri tentang Keluaran 7–13.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Fikirkan satu atau dua soalan yang akan menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka semasa mereka mengkaji Keluaran 7–13 secara individu atau dengan keluarga mereka. Misalnya, anda boleh menanya, “Apakah yang anda baca pada minggu ini yang memperkuatkan iman anda terhadap Yesus Kristus?” atau “Apakah yang telah anda baca yang merupakan berkat bagi keluarga anda?”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Keluaran 7–12

Kita boleh memilih untuk melembutkan hati kita.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan tentang kesediaan mereka untuk menyerahkan hati mereka kepada Tuhan, anda boleh meminta mereka membaca salah satu daripada perenggan tulisan suci yang berikut: Keluaran 7:14–25; 8:5–15; 8:16–19; 8:20–32; 9:1–7; 9:8–12; 9:22–26; 10:12–15; 10:21–29; 12:29–33. Kemudian, mereka boleh menulis di papan tulis perkataan atau ungkapan yang menggambarkan cara Firaun menangani sepuluh tulah yang diturunkan oleh Tuhan kepada orang Mesir. (Anda boleh menyatakan bahawa dalam semakan Terjemahan Joseph Smith menunjukkan bahawa Firaun telah mengeraskan hatinya.) Mengapakah Firaun telah bertindak sedemikian? Mengapakah kadang-kadang sukar untuk menyerahkan hati dan kehendak kita kepada Tuhan? Bagaimanakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus membantu kita menangani kesukaran ini?

  • Dengan membawa satu objek keras dan satu objek lembut ke kelas, anda boleh membantu ahli-ahli kelas memahami maksud memiliki hati yang keras atau hati yang lembut. Anda boleh mengedarkan dua objek itu dalam kelas, sementara seorang ahli membaca salah satu daripada gambaran tentang hati Firaun yang terdapat dalam Keluaran 7–10 (seperti Keluaran 9:22–35). Mengapakah “keras” merupakan gambaran yang sesuai untuk hati Firaun? Apakah yang ayat-ayat suci ini ajarkan tentang maksud memiliki hati yang lembut? (Jika membantu, ahli-ahli kelas boleh mencari penjelasan dalam satu atau beberapa tulisan suci ini: 1 Nefi 2:16; Mosia 3:19; Alma 24:7–8; 62:41; Eter 12:27.) Bagaimanakah Juruselamat membantu kita melembutkan hati kita?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan tentang sebab Tuhan menghantar tulah ke Mesir, anda boleh menjemput setiap ahli kelas untuk memilih satu rujukan daripada senarai berikut dan mencari sebabnya: Keluaran 3:20; 7:5, 17; 9:14–16; 10:1–2. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi cara mereka mempelajari bahawa “tiada sesiapa pun yang seperti [Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus] di seluruh dunia” (Keluaran 9:14).

Keluaran 12

Paskah dan sakramen mengajar tentang pembebasan melalui Yesus Kristus.

  • Merayakan Perayaan Paskah membantu anak-anak Israel ingat bahawa Tuhan telah membebaskan mereka dari penawanan. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami lambang Paskah, anda boleh melukis dua lajur di papan tulis yang dilabelkan Lambang dan Makna, dengan gambar Yesus Kristus di bahagian atas lajur. Ahli-ahli kelas boleh mengkaji Keluaran 12:1–13 dan menulis di papan tulis apa sahaja yang melambangkan pembebasan kita melalui Yesus Kristus. Mereka kemudiannya boleh membincangkan apa yang lambang ini ajarkan kita tentang Korban Tebusan Juruselamat (lihat jadual dalam “Sumber Tambahan” untuk idea).

    Imej
    people taking the sacrament

    Seperti makanan Paskah, sakramen membantu kita mengingati Pembebas kita, Yesus Kristus.

  • Bagi sesetengah orang, sakramen tidak selalunya rohani. Pertimbangkan bagaimana perbincangan Keluaran 12 boleh membantu ahli-ahli kelas mencari makna sakramen yang lebih mendalam. Misalnya, selepas ahli-ahli kelas mengkaji Keluaran 12, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi apa yang mungkin orang Israel di zaman itu akan katakan jika anak-anak mereka bertanya tentang makna Paskah. Ahli-ahli kelas kemudiannya boleh membincangkan apa yang mungkin mereka sendiri akan katakan jika seseorang bertanya tentang makna sakramen bagi mereka, termasuk apa yang mereka peroleh dari hari Paskah. Anda boleh memberi masa kepada ahli-ahli kelas untuk merenungkan perkara yang boleh mereka lakukan untuk mengingati Juruselamat setiap hari.

Imej
additional resources icon

Sumber Tambahan

Paskah mengajar tentang Juruselamat.

Lambang

Maknanya

Lambang

Anak domba (Keluaran 12:3–5)

Maknanya

Yesus Kristus

Lambang

Darah pada tiang pintu (Keluaran 12:7)

Maknanya

Darah penebusan Yesus Kristus, yang menyelamatkan kita

Lambang

Makan daging binatang (Keluaran 12:8)

Maknanya

Menjadikan Juruselamat sebahagian dari kehidupan kita

Lambang

Sayur pahit (Keluaran 12:8)

Maknanya

Kepahitan penawanan (dosa)

Menambah Baik Pengajaran Kita

Dengar. “Mendengar ialah satu tindakan kasih. … Minta Bapa Syurgawi membantu anda memahami perkara yang dikatakan oleh ahli-ahli kelas anda. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan yang diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan, kebimbangan dan keinginan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 34).

Cetak