“18–24 April. Keluaran 18–20: ‘Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan’,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“18–24 April. Keluaran 18–20”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
18–24 April
Keluaran 18–20
“Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan”
Baca Keluaran 18–20 dan catat tanggapan yang anda peroleh tentang cara membantu ahli-ahli kelas anda belajar dari bab-bab ini. Tanggapan walaupun kecil boleh mendorong kepada pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk menjemput ahli-ahli kelas berkongsi perkara yang mereka telah pelajari, anda boleh menulis di papan tulis 18, 19 dan 20—bab-bab yang mereka baca dalam Keluaran minggu ini. Minta ahli-ahli kelas menulis di sebelah setiap bab nombor ayat yang mereka ingin bincangkan dari bab tersebut. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi pandangan, tanyakan ahli-ahli kelas yang lain jika mereka mempunyai pandangan lain tentang petikan yang sama.
Mengajar Ajaran
Kita boleh membantu “menanggung beban” dalam melakukan pekerjaan Tuhan.
-
Anda boleh menggalakkan kelas membincangkan nasihat yang Yitro berikan kepada Musa (lihat Keluaran 18:13–26) dengan meminta mereka membayangkan bahawa mereka sedang berbual dengan seseorang yang merasa panggilan Gerejanya, tanggungjawab keluarga atau tanggungjawabnya yang lain “terlalu berat” dan bahawa dia akan “meletihkan dirinya” (Keluaran 18:18). Bagaimanakah nasihat dalam Keluaran 18:13–26 mungkin membantu? Apakah nasihat tambahan yang boleh kita kongsikan dari pengalaman peribadi kita?
-
Perbincangan tentang Keluaran 18:13–26 mungkin membuka peluang untuk membincangkan cara pelayanan boleh membantu kita “menanggung beban dengan” pemimpin kita dalam pekerjaan Tuhan (Keluaran 18:22). Apakah sifat yang Yitro cadangkan Musa untuk cari dari kalangan mereka yang boleh dilantik sebagai “pemimpin” rakyat? (lihat Keluaran 18:21). Mengapakah sifat-sifat itu penting dalam usaha kita untuk melayani antara satu sama lain? Bagaimanakah pelayanan anggota keluarga, ahli-ahli Gereja dan orang lain membantu “menanggung beban” para pemimpin Gereja kita?
Kita harus mengutamakan Tuhan dalam hidup kita.
-
Bolehkah anda memikirkan tugas yang berfungsi dengan lebih baik apabila kita menyelesaikan langkah yang paling penting terlebih dahulu? (Contohnya menyelesaikan persamaan matematik atau mengikut resipi). Kongsi kepada kelas beberapa contoh yang anda tahu dan jemput mereka untuk memikirkan contoh mereka sendiri. Bagaimanakah melengkapkan langkah yang paling penting terlebih dahulu boleh dikaitkan dengan perintah dalam Keluaran 20:2–11? Apakah yang perintah ajarkan kita tentang utamakan Tuhan dalam hidup kita? Apakah perkara-perkara yang kita mungkin tergoda untuk utamakan sebelum Tuhan? (Untuk contoh, lihat pernyataan dalam “Sumber Tambahan”.) Mengkaji Keluaran 20:2–11 boleh membantu ahli-ahli kelas merenungkan komitmen mereka untuk mengutamakan Tuhan.
Tuhan berbelas kasihan.
-
Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas memahami kepentingan Sepuluh Perintah pada zaman kita? Anda boleh membahagikan ahli-ahli kelas secara berpasangan dan menjemput mereka untuk membaca Keluaran 20:2–17 serta membincangkan bagaimana mentaati setiap perintah memberkati mereka, keluarga mereka dan orang di sekeliling mereka. Apakah berkat yang Bapa Syurgawi janjikan kepada kita jika kita mentaati perintah-Nya? (lihat, misalnya, Mosia 2:41). Bagaimanakah perintah-perintah ini menunjukkan kasih Tuhan terhadap kita?
Sumber Tambahan
Tidak ada tuhan lain.
Presiden Spencer W. Kimball mengajar bahawa terdapat persamaan antara penyembahan patung ukiran kuno dan perlakuan orang ramai pada zaman ini. Dia berkata:
“Penyembahan berhala merupakan salah satu dosa yang paling serius. …
“Benda berhala atau tuhan palsu moden boleh mengambil bentuk seperti pakaian, rumah, perniagaan, mesin, kenderaan, kapal pesiar dan pelbagai bahan pemesong lain dari jalan menuju ke Tuhan. …
“Benda yang tidak ketara pun boleh dijadikan tuhan. Ijazah dan surat serta pangkat boleh menjadi benda berhala. …
“Ramai orang membina dan melengkapi rumah serta membeli kenderaan terlebih dahulu—kemudian mendapati mereka ‘tidak mampu’ membayar persepuluhan. Siapakah yang disembah oleh mereka? Sudah tentu bukan Tuhan langit dan bumi. …
“Ramai orang menyembah buruan, perjalanan memancing, percutian, perkelahan dan siar-siar pada hujung minggu. Ada yang menjadikan permainan sukan, besbol, bola sepak, sukan lawan lembu atau golf benda berhala mereka. …
“Bentuk lain yang disembah oleh manusia ialah kuasa dan prestij. … Tuhan-tuhan berupa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh ini adalah yang paling mendesak dan sama nyatanya seperti anak lembu emas dari anak-anak Israel di padang belantara” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 146–47).