“25 April–1 Mei. Keluaran 24; 31–34: ‘Aku Akan Ikut Engkau,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“25 April–1 Mei. Keluaran 31–34”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
25 April–1 Mei
Keluaran 24; 31–34
“Aku Akan Ikut Engkau”
Biarkan kata-kata daripada Elder Jeffrey R. Holland bimbing persediaan anda untuk mengajar:“Kebanyakan orang tidak datang ke gereja hanya mencarikan beberapa fakta injil baharu. … Mereka datang mencarikan satu pengalaman rohani. … Mereka ingin memperkukuhkan iman mereka dan membaharui harapan mereka” (“A Teacher Come from God,” Ensign, Mei 1998, 26).
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ahli kelas boleh membayangkan seorang rakan berkata, “Saya tidak baca Perjanjian Lama; ia tidak berkaitan dengan hidup saya.” Minta mereka balas dengan berkongsi sesuatu yang mereka temui bermakna dari kajian mereka tentang Perjanjian Lama baru-baru ini.
Mengajar Ajaran
Kita menghormati hari Sabat sebagai satu tanda komitmen kita kepada Tuhan.
-
Anda boleh bermula dengan menanya para ahli kelas jika mereka pernah menjelaskan kepada seorang ahli keluarga atau rakan mengapa hari Sabat berbeza daripada hari-hari lain bagi mereka. Jemput mereka untuk berkongsi perkara yang mereka telah kata atau apa yang mereka kata pada masa depan. Baca Keluaran 31:12–17 atau pernyataan dalam “Sumber Tambahan” boleh berikan mereka idea-idea tambahan. Bagaimanakah pilihan kita pada hari Sabat menunjukkan komitmen kita kepada Yesus Kristus?
-
Walaupun hukuman yang digambarkan dalam Keluaran 31:14–15 tidak digunakan hari ini, mereka menunjukkan betapa penting Tuhan rasa tentang hari Sabat. Mengapakah perintah ini begitu penting? Perbincangan tulisan suci berikut boleh bantu: Keluaran 31:12–17; Yesaya 58:13–14; Ajaran dan Perjanjian 59:9–13.
Dosa menjauhkan diri daripada Tuhan, tetapi Dia berikan satu jalan balik.
-
Untuk membantu para ahli kelas merenungkan dan memperibadikan laporan dalam Keluaran 32, minta mereka untuk kaji semula dahulu bab itu secara individu atau dalam kumpulan. Kemudian minta ahli-ahli kelas memain peranan orang Israel yang menjadi semakin kurang sabar menunggu Musa untuk kembali dan berputus untuk membuat patung emas. Apakah perasaan yang mungkin mengakibatkan mereka menyembah patung? Ahli-ahli kelas lain boleh cuba memujuk mereka untuk kekal setia kepada Tuhan dan nabi-Nya. Ahli-ahli kelas boleh bercakap tentang apa yang mengilhami mereka untuk menjaga perjanjian-perjanjian mereka. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu orang yang mungkin sedang berusaha untuk menjaga perjanjian-perjanjian mereka?
-
Apabila orang baca Perjanjian Lama, kadangkala mereka hairan ke atas hukuman yang ketat Tuhan beri untuk dosa. Keluaran 34:1–9 boleh menolong mereka nampak bahawa walaupun Tuhan tidak menyokong dosa, Dia juga berbelas kasihan, sedia mengampuni mereka yang bertaubat. Mungkin ahli-ahli kelas boleh baca bahagian ini dan merenungkan soalan-soalan seperti: Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan daripada ayat-ayat ini? Mengapakah kita perlu mengetahui perkara-perkara ini tentang Dia? Mungkin anda boleh nyatakan bahawa Terjemahan Joseph Smith, Keluaran 34:7 (dalam Keluaran 34:7, menjelaskan bahawa Tuhan tidak akan “bebaskan orang yang memberontak” (berbanding dengan “bebaskan orang yang bersalah) Apakah erti ini? Ahli-ahli kelas mungkin boleh berkongsi bagaimana mereka telah menyaksikan belas kasihan Tuhan. Bagaimanakah Tuhan boleh menjadi adil dan penuh belas kasihan dengan sempurna? (lihat Alma 42:13–15).
-
Keluaran 34:6–17 boleh dipandang sebagai arahan untuk membantu orang Israel bertaubat ke atas dosa memuja berhala (digambarkan dalam Keluaran 32). Apakah yang kita temui dalam ayat-ayat ini yang boleh membantu orang Israel bertaubat? Apakah yang kita pelajari mengenai Tuhan dan pertaubatan dari arahan ini?
Kita perlukan hadirat Tuhan dalam kehidupan kita.
-
Bagaimanakah anda akan menolong para ahli kelas menggunakan apa yang Tuhan berfirman kepada Musa di Keluaran 33:11–17? Anda boleh mula dengan mengkaji semula kerja yang Tuhan masih perlu Musa lakukan (lihat Keluaran 33:1–3). Apakah yang kita dapati dalam ayat 11–17 yang boleh memperkuatkan dan menghiburkan Musa? Para ahli kelas boleh fikir tentang sesuatu yang Tuhan ingin mereka lakukan—seperti melayani satu panggilan Gereja, satu tanggungjawab keluarga, atau satu peluang pelayanan. Mereka kemudiannya boleh baca semula ayat-ayat itu. Apakah pandangan yang kita peroleh tentang bagaimana Tuhan akan menyokong kita?
Sumber Tambahan
Hari Sabat adalah satu tanda.
Presiden Russell M. Nelson berkata: “Dalam tahun-tahun muda saya, saya mengkaji kerja orang lain yang mempunyai senarai perkara-perkara yang dibuat dan tidak dibuat pada hari Sabat. Saya belajar dari kitab suci bahawa kelakuan dan sikap saya terhadap Sabat merupakan satu tanda antara saya dan Bapa Syurgawi [lihat Keluaran 31:13; Yehezkiel 20:12, 20]. Dengan pemahaman itu, saya tidak memerlukan senarai apa yang harus dibuat dan yang tidak patut dibuat. Apabila saya perlu membuat keputusan sama ada suatu aktiviti adalah sesuai untuk hari Sabat, saya bertanya kepada diri sendiri, “Tanda apa yang saya mahu beri kepada Tuhan?’ Soalan itu membuat pilihan saya mengenai hari Sabat dengan jelas.” (“Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2015, 130).